Ini tread ringkas cara kira Zakat Simpanan (Selangor).

Contoh baki akhir simpanan korang sekarang:

1. Tabung Haji : RM15,000
2. Maybank : RM5,000
3. Public Bank : RM5,000
5. Tunai di tangan : RM1,000

Berapa zakat wajib dibayar?
Korang dikenakan Zakat Simpanan kalau menepati syarat ini:

1. Melebihi Nisab (Nisab : Harga 85 gram emas : RM14,857)
2. Cukup Haul (Tempoh Setahun)
3. Sempurna Milik (Sebab tu KWSP belum dikenakan zakat)

*Fatwa Baru : Zakat Simpanan dikira baki akhir. Bukan baki terendah.
Cara Kira Zakat:

Jumlah Wang Akhir Haul : RM15k + RM5k + RM5k + RM1k = RM26,000 (Lebih Nisab - Dah Wajib Zakat).

Sebab Tabung Haji dah keluarkan zakat, jadi kita keluarkan duit Tabung Haji (RM15,000).

Jumlah Zakat Wajib Bayar : RM11,000 x 2.5% = RM275
KEYPOINT ZAKAT SIMPANAN :-

Jika keseluruhan simpanan kita lebih dari Nisab, maka kita wajib keluarkan zakat sebanyak 2.5%, tidak mengira dari mana Wang tersebut berada.

Simpanan tu tak kisah dari Maybank, FD, Unit Trust, bawah bantal, peti besi dsb.
Contoh 2 :

Tabung Haji : RM20,000
Maybank : RM2,000
Tunai : RM1,000.

Berapa Zakat kena bayar?

Jumlah Wang Akhir Haul : RM23,000 (Lebih Nisab -> Wajib Dizakatkan)
Jumlah dah dizakatkan : RM20,000
Balance belum zakat : RM3,000

Jumlah Zakat Kena Bayar : RM3,000 x 2.5% = RM75
Lupa nak bagitau semalam.

Pembayaran apa jua jenis zakat pada tahun semasa termasuk Zakat Simpanan ini layak mendapat rebet cukai 100% dari LHDN.

Cukai : RM500
Bayar Zakat : RM200
Cukai kena bayar : RM300

Gunakan peluang ini untuk bayar zakat dan qada' zakat yang lepas.
You can follow @acaiijawe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.