ADAB REPLY EMAIL.

Apakah maksud To; CC; BCC?

Siapakah yang perlu membalas email tersebut?

Ramai yang masih kurang faham tentang etika membalas email.

Ini yang saya kongsikan dengan pelajar saya sebelum mereka memulakan internship atau bekerja.
1. “To” bermaksud email itu ditujukan kepada siapa, dan hanya individu yang di dalam kategori “To” sahaja yang perlu membalas email tersebut.

Apabila anda menerima sesuatu email, pastikan anda melihat dahulu adakah email itu diajukan kepada anda seorang, atau terdapat “CC”.
2. Sekiranya anda terletak dalam kategori “To” dan terdapat email lain di dalam “CC”,

pastikan anda membalas email tersebut dengan “Reply All”.

Bermakna respon dari anda itu akan dimaklumkan juga kepada mereka yang di dalam “CC”.

Rude ya kalau setakat “Reply” kepada sender 👎🏼
3. “CC” bermaksud Carbon Copy.
Mereka yang terletak dalam kategori “CC” TIDAK PERLU reply email tersebut.

“CC” adalah sebagai salinan dari sender, kebiasaannya untuk memaklumkan yang lain tentang email tersebut.

What if anda di “CC” tetapi anda nak reply sebab ada add-on info?
4. If you’re in the “CC” and you think there’s something you need to add, please reply to original sender ONLY.

Bukan reply kepada semua 🙅🏻‍♀️

Beritahu sender, apa yang perlu ditambah tolak dari email asal.
5. “BCC” bermaksud Blind Carbon Copy. Sebagai penerima email yang berada dalam “To” dan “CC”,
anda TIDAK TAHU siapa yang di “BCC”. Sebab “BCC” tidak akan keluar dalam email details.

Sebab tu bila dapat email, kena respon kalau perlu.

Kita tak tahu kalau sender “BCC” boss 🤭
6. Contoh situasi HR hantar email tentang cadangan cuti tanpa gaji kepada anda, dia “CC” kepada account, dan “BCC” kepada boss, sebab boss nak tahu apa respon you.

Jadi, sentiasa lah beradab setiap kali reply email, walaupun anda rapat dengan sender.
7. Sentiasa beritahu yang anda telah menerima email tersebut. As simple as

“Hello, Hannah.
Thank you for the email. I shall get back to you shortly.”

Ni contoh ayat sahaja. Bergantung kepada situasi.

Yang penting, always acknowledge the sender that you have received the email
8. If you want to protect an email from spam messages, or make the email address invisible, that is when you use “BCC”.

“BCC” juga akan menghadkan penerimaan unnecessary replies.

Kalau anda forward email tersebut, email address “BCC” won’t be included. It keeps the privacy.
You can follow @LinkitMy.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.