Bila ada 'Dr' depan nama, dan lebih 35,000 follower di Instagram, berhati-hati lah dengan apa yang diperkatakan di akaun tersebut. Jika pemahaman dan penyampaian salah, ini lah akibatnya. https://twitter.com/runandlost/status/1362453268568285185
Roland tidak membongkar apa-apa. Dokumen yang dipegangnya bukanlah dokumen rahsia yang diperolehi secara senyap-senyap. Gaya penyampaiannya membuatkan kita fikir ini satu pembongkaran, padahal amat mudah untuk dapatkan dokumen tersebut. Cuma perlu tahu cari.
Nah. Inilah pautan untuk dokumen tersebut.

http://www.ema.europa.eu  › comir...PDF
Web results
Comirnaty, INN-COVID-19 mRNA Vaccine - European Medicines ...
Maklumat dalam dokumen ini diperolehi dari human trial Corminaty®. Ia adalah rujukan awal untuk program rollout vaksin untuk pemberi dan penerima vaksin buat ulung kali.

Dan program ini telah pun dimulakan di USA, UK, negara-negara Eropah, Singapore, dsb sejak 14 Disember 2021.
Sejak rollout Corminaty®, maklumat-maklumat baru dikumpul dari penerima vaksin tersebut (penerima yang bukan dari ujian human trial).

Lebih 180 juta orang di seluruh dunia telah menerima vaksin Corminaty® yang dihasilkan Pfizer/BioNTech.

Maklumat ini dikumpul dan dianalisa.
Dan lebih banyak ulasan-ulasan mengenai keberkesanan, kesan sampingan, dengan statistik-statiatik yang baru dikeluarkan.

Sebetulnya statistik ini lebih tepat berbanding dokumen yang dipegang Roland kerana statistik baru melibatkan bilangan penerima yang jauh lebih banyak.
Malahan KKM sudah mengulas banyak mengenai cara vaksin Pfizer/BioNTech (Corminaty®) berfungsi, sejauh mana ia berkesan, dan apa kesan sampingan yang kita jangkakan.

Walaubagaimanapun, saya terpaksa akui, KKM dan MOSTI gagal menyebarkan maklumat ini secara berkesan.
Bahan baca yang ada sangat panjang, 'kering' dan kadang-kadang menggunakan ayat yang teknikal.

Zaman kini semua mahu maklumat yang compact, pasif, kalau boleh maklumat tu melompat keluar dari fon dan terus masuk ke dalam otak.
Video-video KKM yang ada mengenai rollout vaksin Corminaty ni pun... saya tak nak komen panjang. Saya nak berkhidmat lama. Tak mahu kena tindakan tatatertib dek komen saya yang berpotensi sangat keras dan kasar.
Kerana kekangan ini, komentar dan video-video sensasi di media sosial menjadi sumber utama rakyat mendapat maklumat.

Kalau tepat, tidak mengapa. Malangnya apa yang ada, pada dasarnya sama standard dengan air suam.
Jika ada pautan yang tuan-tuan dan puan-puan rasakan sesuai, boleh reply dalam thread ini.
Secara peribadi, saya sendiri rasa lebih senang mendapat update dari menonton video. Kena pastikan sumber itu sahih, dan presenter nya mahir dan menerangkan dengan jelas, bukan mahu sensasi.

Channel YouTube Dr Been Lectures menjadi pilihan saya. https://youtube.com/c/USMLEOnline 
Ini video update Corminaty kedua beliau selepas rollout vaksin ini pada 14 Disember 2020 (video update pertama dikeluarkan pada 14 Januari 2021).

Lecture dalam Bahasa Inggeris. Dr Been cuba jelaskan menggunakan terma yang mudah difahami.
Tak sangka panjang pulak thread ni. Ini lah sedikit sebanyak usaha saya untuk tambah kefahaman vaksin covid. Saya sedar usaha saya ni umpama pipit memadam api yang membakar Nabi Ibrahim. Tapi jika saya dapat yakinkan satu orang, saya anggap saya berjaya.

Kenangan di MAEPS:
You can follow @azmanrocks.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.