Lebih kurang seminggu sebelum 17/2/2021, telefon berdering dari nombor yg agak familiar. Lukman kata ada baki dari telco dan dia dah lama tak call aku. Kami berbincang dan ada seminggu lagi masa sebelum hari penentuan. Aku bagitau yg aku pun nervous mcm aku yg nak digantung. https://twitter.com/mkini_bm/status/1361970277316325377
Lukman, seperti biasa, dia maintain cool sejak dari Telok Datok lagi. Tak pernah tinggi suara, tak pernah kelam suara. Tak pernah menangis. Cuma setakat bergelinang dgn air mata. Aku je yg sentiasa dok gelisah dgn dia. Suara je yg dok tinggi rendah.
Di pagi hening 17/2/2021, rutin harian aku sbg supir keluarga menghantar anak ke tadika dan bini ke kantor lepas tu terus berdesup ke Putrajaya. PoJ sentiasa menakutkan aku. Lebih rela masuk rumah hantu taman tema berbanding berdiri di depan Hakim.
Di parking, @adlyzulkefly text bagitau Haji dah sampai awal. Satu contoh yg aku tak boleh ikut, be punctual. Aku masih lagi amik mood. Button baju, ikat bib dan sarung jacket. Sempat lagi sebatang rokok. Nyala rokok sambil menghirup nafas tenang di Putrajaya.
Angkut jubah, berkawad ke dalam PoJ. Aku keliru bilik bicara 2 kat mana. Kali pertama aku masuk Mahkamah Persekutuan. Haji melambai dari jauh. Aku duduk sebelah @adlyzulkefly. Sambil explain impact kes Lukman terhadap undang2. Tania Scivetti sampai tak lama lepas tu.
Lukman melangkah masuk. Aku duduk sebelah dia. Menjadi lumrah aku suka duduk sebelah client bila berpeluang. Dalam lokap pun pernah duduk sekali agar client bermotivasi utk hadap perbicaraan. Lukman masuk kandang. Aku berdiri luar kandang. Berbual sebelum mula bicara.
Mahkamah bersidang. Kelihatan YA Tengku Maimun duduk di tengah. Kalau dah jodoh mmg tak ke mana. Harapan kes didengar depan YA terkabul. Haji Hisyam berhujah grounds of appeal. Aku sekadar hiasan di belakang tabir. hati tetap rasa belum layak appear kat PoJ. Bkn lvl aku. Not yet
Usai Haji Hisyam berhujah, giliran DPP pula. Aku keluar mengambil nafas. Masuk kembali apabila DPP selesai berhujah. Mahkamah berehat utk Hakim deliberate. Aku menghampiri Lukman. Beliau berdiri merapati aku. SOP hilang dalam kepala. Mataku berlinang. Tapi control macho.
Hati berdebar menanti keputusan Hakim. Aku bertemu dgn keluarga Lukman. Bertanya khabar. Sorry @adlyzulkefly, terlupa kewujudan kau time ni. Haji Hisyam merasakan Mahkamah akan menukar hukuman di bawah Seksyen lain. Harapan kami agar lari dari tali gantung.
Dalam kes yg lebih kurang sama, DPP offer tukar pertuduhan bawah S39A2. Kami bersedia tapi kata Lukman, baik mati dari penjara 20 tahun. Tapi tiada tawaran sedemikian dari DPP. Kami berjudi dgn nasib. Tawakkal dan redha dgn ketentuan ilahi. Walau bukan nyawaku sbg taruhan.
Tuan punya nyawa tetap senyum. Tak pernah nampak kerisauan di riak wajah dia. “Jgn risau bang. Saya yakin dgn abg”. Kalimat paling bermakna dtg dari client paling istimewa. Diungkap sejak dari Dec 2015. Motivasi aku agar memberikan khidmat paling optimum.
Ketika Haji Hisyam berhujah, sebagai peguam yg masih lagi mentah, mendengar Mahkamah tertinggi membincangkan isu yg dibangkitkan semasa perbicaraan, pelbagai persoalan bermain di minda. Have I given my all, covered everything? Did I miss anything?
“There’s no client as scary as an innocent man” - Lincoln’s Lawyer. Haji Hisyam menggunapakai hampir kesemua hujahan serta perkara yg aku bangkitkan semasa perbicaraan. Sbg peguam mentah, mendengar peguam senior mengulangi apa yg aku ungkapkan dah cukup utk aku.
Kenapa kes ni penting? Lukman innocent ke? Tak. Dia mmg bersalah. Tapi, patut ke dia dibunuh atas kesalahan yg dia lakukan? Dia jual minyak ganja kat org pada harga yg murah. Lagi banyak yg dia sedekah berbanding yg dijual. Patut ke dia dibunuh atas sbb tu?
Lawyer fee? Aku pun tak pernah kira. Sering kali aku tolak tapi kebanyakan sauk jgk. Rezeki jgn ditolak. Hormati niat org nak menderma. Popularity? Fame? Adalah guna sikit2 itupun atas kebenaran keluarga. Bukan itu yg aku nak. Aku tak reti duduk bawah spotlight.
30/8/2018, seminggu tu mcm nak meletop hp aku berbunyi. Satu dunia call tanya update kes Lukman. Terkejut dgn hukuman mati. Igt lagi aku depressed dgn keputusan Mahkamah. Aku persoalkan kewujudan aku di dunia. Berapa ramai tokan berjaya terlepas sblm ni? Knp aku gagal dlm kes ni?
Kita hormat keputusan Mahkamah. Perjuangan belum selesai. Lawan tetap lawan. Rayuan tetap automatik. Haji Hisyam menyambung perjuangan aku di kantor hukum. Aku janji pada Lukman aku akan sentiasa ada dgn dia. Mcm aku janji pada bini sendiri. Sehidup semati walau apa jadi skalipun
Mahkamah bersidang semula. Lukman disabitkan dgn kesalahan. Tapi bukan gantung sebaliknya menjual dadah yg diolah tanpa kebenaran yg sah (lbh kurang gitulah). Dihukum penjara 5 tahun bermula dari tarikh tangkap serta berjalan serentak dgn pertuduhan kedua. Maksudnya Lukman bebas
Hari ni boleh balik dah. Tapi kena sebat dulu. “Takpelah bang. Janji boleh balik”. Maka, kalutlah Penjara Kajang nak sebat org tak tentu pasal hari ni. Tak boleh simpan lagi dah sebab Lukman dah bebas. Aku call penjara, “ni kes BA terlepas tadi ke?” Aku tergelak.
Lukman balik rumah naik ambulance. Bayar 1500 sewa dgn pertolongan org ramai. Alhamdulillah masih ramai yg simpati. Aku balik rumah terus. Letih. Penat. Lega. Walau tak buat apa hari ni. Sekadar hadir. Pada Lukman, perjuangan baru bermula. Belum selesai lagi.
You can follow @farhanmaaruf_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.