Rasanya ramai yang kenal siapa Niccolo Machiavelli. Malah machiavelli adalah satu gagasan popular yang sering diguna pakai dalam dunia politik

Tapi percaya tak gagasan machiavelli juga boleh digunakan dalam perniagaan. Tak percaya?

Meh sini aku kongsikan.
Sebelum itu, Aliko Dangote merupakan salah seorang jutawan yang menggunakan pendekatan Machiavelli dalam perniagaannya.

Jadi aku akan huraikan pendekatan machiavelli yang digunakan Dangote serta petikan daripada The Prince dan The 48 Laws of Power.
1. Perniagaan ialah medan perang dan hapuskan persaingan.

"Penguasa tidak seharusnya menuntut ataupun memikirkan apa-apa ilmu pun selain daripada ilmu peperangan, institusi dan disiplinnya kerana itu adalah satu-satunya ilmu yang memberikan faedah kepada sesiapa yang memerintah"
Apa yang Dangote buat adalah merancang strategi bagi membunuh terus pesaingnya.

Jadi Dangote telah menggunakan taktik permainan harga di mana barangan komoditi utama seperti gula, simen, garam dan tepung diturunkan harganya.
Situasi itu membuatkan pesaing-pesaing Dangote terpaksa mengikut rapat caranya bagi memastikan produk mereka senantiasa menjadi pilihan rakyat.

Secara tidak langsung Dangote telah memonopoli beberapa komoditi utama di Nigeria.
Apa yang boleh dipelajari adalah, rancang strategi untuk hancurkan terus persaingan selumat-lumatnya.
2. Jangan terus berlindung dalam istana untuk bertahan

Dalam perniagaan, jika anda terus berlindung dalam istana tanpa buat apa-apa kerjasama pasti akan karam di lautan duka.
Maksudnya di sini, sebagai usahawan anda perlu miliki banyak kerjasama ataupun hubungan perniagaan untuk kembangkan lagi produk.

Sebagaimana Dangote sendiri banyak bergaul dengan orang-orang berpengaruh di Nigeria.
Impak daripada pergaulan itu adalah Dangote dapat membuat analisis S.W.O.T untuk kembangkan lagi perniagaan berdasarkan beberapa model daripada rakan pergaulannya.
3. Bersahabat dengan orang yang berkuasa

“Untuk menjadi seseorang yang tidak dapat dibenci oleh mana-mana pihak, anda harus mengelakan diri daripada dibenci oleh orang paling berkuasa”
Apabila sudah berjaya dalam perniagaan, pastinya anda akan mencipta beberapa musuh baru.

Apa-apa pun anggaplah mereka sebagai target untuk anda lakukan perkara lebih baik dan jangan sesekali timbulkan pemusuhan yang sangat jelas.
Jadi anda boleh rapatkan diri dengan orang-orang berkuasa bagi meninggalkan terus pesaing anda di belakang dengan mereka akan berikan modal untuk perniagaan anda .

Sebagai tukaran, syarikat anda perlu menaikkan ekonomi, infrastruktur dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara
Hal ini juga pernah dilakukan di Korea apabila sang pemerintah telah memberikan modal kepada beberapa peniaga untuk sama-sama menaikkan ekonomi.

Apa-apapun berhati-hati jika syarikat anda rapat dengan orang-orang berkuasa dan jangan sampai terciduk di kemudian hari.
4. Buat baik bila perlu

“Seseorang penguasa perlulah memiliki sifat belas kasihan, berpegang pada janji, berperikemanusian, terpercaya, beragama dan seangkatan dengannya. Tetapi apabila perlu untuk dia menjadi sebaliknya, dia mampu dan tahu bagaimana untuk menjadi sebaliknya”
Dangote sememangnya seorang yang sangat licik dalam dunia perniagaan tetapi dia tahu bilakah masa yang tepat untuk mempamerkan kebaikan dan menyirnakan kejahatan.

Salah satunya adalah Dangote telah mendermakan berjuta-juta dolar untuk tujuan kebajikan.
Secara tidak langsung tindakan itu akan memberikan pulangan kepada perniagaan Dangote.

Jadi jika anda dapat memenangi hati pelanggan, anda akan mampu membina sebuah jenama yang memberikan nilai sentimental kepada mereka.
5. Bekerja dengan orang-orang yang bijak

“Perkara pertama untuk menghitung kecerdasan sang penguasa adalah dengan melihat orang-orang yang ada di sekelilingnya”
Seorang usahawan yang berjaya selalunya akan dikelilingi oleh orang-orang bijak untuk bersama membantu meningkatkan lagi perniagaan mereka.
Dangote sendiri sering mengambil orang-orang yang bijak untuk bekerja dengannya. Anda kena ingat, seekor harimau tidak lahir dari kawanan babi.

Jadi anda kena pastikan seorang jeneral memiliki kebijaksaan yang serupa dengan leftenan.
Kesimpulannya, berniaga ala machiavelli ni agak kejam tapi boleh je kita nak aplikasikannya. Apa-apapun jangan melampau sangat.
You can follow @Azmil_Azali.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.