Kecerdasan(intelligence) tidak sama dengan berpendidikan(educated). Yg diwarisi melalui genetik ialah kecerdasan. Kecerdasan juga tidak dibentuk semata2 dengan genetik malah persekitaran juga. Kecerdasan juga ada banyak jenis. Howard Gardner (1983) mencadangkan teori https://twitter.com/DienaHanie8/status/1360440399114891264
Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence Theory) dan dalam teori ini terdapat 8 jenis kecerdasan dengan tambahan 1 lagi kemungkinan kecerdasan yang disebut sebagai kecerdasan eksistensialis.

8 jenis kecerdasan yang lainnya ialah:
1. Kecerdasan Linguistik

Melibatkan kebolehan menganalisis maklumat & menghasilkan produk bahasa percakapan & penulisan seperti ucapan, buku & lain2.
2. Kecerdasan logik matematik

Daripada nama pun kita dah boleh agak apa kebolehan yg merangkumi kecerdasan ini yg termasuk kebolehan mengira, mengembangkan persamaan matematik dan menyelesaikan masalah yang abstrak.
3. Spatial intelligence

Kebolehan untuk menjana imej dalam minda dan memanipulasi imej ini dengan mentransformasi dan memusingkannya. Ada berkait dengan ruang dan objek. Contohnya sebuah kiub. Kalau dibuka macammana bentuknya, kalau di pusing apa rupanya dan sebagainya.
4. Bodily kinesthetic intelligence

Kebolehan untuk menggunakan gerak badan sendiri untuk menghasilkan sesuatu atau pun menyelesaikan masalah. Contohnya menari, berlakon, bertukang, bersukan dan sebagainya.
5. Kecerdasan muzikal

Kebolehan untuk menghasilkan, mengingati dan mengenalpasti corak ritma dan melodi.
6. Kecerdasan interpersonal

Orang yg mempunyai kecerdasan jenis ini bijak untuk mengenalpasti emosi, motivasi & keinginan orang disekeliling serta menggunakan kebolehan ini untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.
7. Kecerdasan intrapersonal.

Kalau kecerdasan interpersonal dapat mengenalpasti emosi orang lain & lain2, intrapersonal berkebolehan mengenalpasti emosi, motivasi & perasan sendiri. Boleh membuat refleksi diri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.
8. Naturalistic intelligence.

Kecerdasan jenis ini berkait dengan alam semulajadi. Lebih suka meneroka alam sekitar & belajar mengenai spesies lain. Lebih sensitif terhadap perubahan alam sekitar seperti cuaca dan sebagainya.
9. Kecerdasan eksistensialis

Orang yg mempunyai kecerdasan ini bergerak untuk menjawab soalan mengapa kita hidup dan kenapa kita mati. Nama lain yg biasa orang kaitkan dengan kecerdasan eksistentialis ini ialah kecerdasan spiritual
Daripada senarai ini, kita dapat lihat kecerdasan bukan semata-mata kebolehan menulis, membaca & mengira seperti yg selalu dianalisis dalam sistem pendidikan. Malah ia merangkumi aspek yg lebih luas lagi.

Sangat luas sampaikan teori Howard Gardner ni pun masih dapat cabaran.
Aspek genetik pun masih banyak lagi perkara yg masih cuba dikenalpasti. Antara sebab kenapa saintis mengaitkan kecerdasan diwarisi dari ibu ialah sebab anak mewarisi kromosom X dari ibu yg menyebabkan kecerdasan lebih dikaitkan dgn ibu kerana anak lelaki hanya ada 1 kromosom X.
Saintis juga mengaitkan kecerdasan diwarisi daripada ibu kerana perwarisan mitokondria (sumber jana kuasa tenaga dalam sel). Mitokondria yang sihat boleh menjana lebih banyak tenaga termasuklah dalam otak untuk otak yang sihat yang sekaligus membantu potensi kecerdasan.
Incase ada yang berminat nak baca pasal gifted underachievers. Alang-alang dah baca pasal jenis-jenis kecerdasan tu. https://twitter.com/rheedaanur/status/1012949435255418880?s=19
You can follow @rheedaanur.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.