Mungkin dh bosan dgr bila ejen cerita benda baik je psl insuran/takaful. Lebih2 lg ejen yg suka overpromised.
Kali ni saya nk share masalah yg sering kita kaitkan dgn insuran/takaful sehingga ramai yg tak percaya insuran/takaful.
PEMILIK MEDICALCARD WAJIB BACA!
[bebenang]
Kali ni saya nk share masalah yg sering kita kaitkan dgn insuran/takaful sehingga ramai yg tak percaya insuran/takaful.
PEMILIK MEDICALCARD WAJIB BACA!
[bebenang]
1. “Insuran/Takaful ni kata nak tolong orang, tapi bila dah sakit tak bole apply”. Sehingga ada sesetengah individu ingat “kalau aku bagi tahu ada sakit, apply mesti tak lepas”. Sebab apa tak bole apply? Konsep takaful/insuran ini adalah pemindahan risiko.
Takkan kita nk terima benda yg berisiko tinggi kan? Lebih2 lagi yg boleh mendatangkan kerugian. Please declare segala menyakit dan rekod kesihatan termasuk sejarah kemalangan. Isu ni la yg selalu VIRAL tu. Selepas di siasat, rupanya, time nk apply tak declare.
2. Tempoh 2 tahun Contestable period. Polisi bawah 2 tahun masih lagi bawah pemerhatian utk cover setiap penyakit. Kerana konsep takaful ni saling membantu. Duit yg kita claim tu, duit pencarum lain juga.
Jadi anda layak dinilai terlebih dahulu. Kalau penyakit anda dtg selepas apply, tidak menjadi masalah. Nak ke anda bagi duit anda kt orang yg nk claim sedangkan dia tak layak?
3. Deductible (SmartSaver300/co-takaful). Medicalcard bukanlah semurah yg disangka. Mungkin ada sejumlah wang yg perlu dibayar dihospital walaupun dah ada MC. Nak full Coverage? bayar la lebih sedikit tiap bulan.
Tapi jangan risau, kadang2 dalam masa 10 tahun, belum tentu sekali pon kita wardedkan? (Ikut nasib juga). Jadi ambil ss300 utk bayar monthly rendah sedikit tak jadi masalah.
4. Deposit hospital dibayar oleh client. Medicalcard bukanlah magiccard yg bole waivekan segala kos. Ini kerana deposit hospital adalah di antara anda & pihak hospital bukan anda & pihak insuran. Deposit hospital yg minta, bukan insuran. Time nak discharge, bole la refund balik.
5. Covid test insuran tak cover. Ni kerana masalah covid-19/pendemic masih baru. Dan yes ada yg cakap “dah 1 tahun kot”. Insuran/Takaful bukan la business air milo. Hari ini rasa tawar, esok terus tambah susu lebih sikit. Banyak aspek yg perlu dikaji. Mohon bersabar ya!
6. Extra request, vitamin tak dicover. Ni ramai yg kurang highlight kan. Any “Extra” is on you. Contoh mcm kita minta extra bantal, tuka cadar. Kenapa vitamin tak cover? Sebab vitamin juga dikelaskan sebagai “extra”. Bukan “perlu ambil”, tetapi “jika ambil lebih baik”.
7. Pay & claim utk kemalangan kecil. Kebiasaannya, kemalangan ni hanya memerlukan 24jam sahaja selepas anda apply utk mendapatkan perlindungan, berbanding penyakit lain yg memerlukan waiting period 120 hari. Utk penyakit kritikal? 2 tahun contestable period.
8. Please buat auto debit, elakkan bayar direct ejen utk mengelakkan isu ketidak amanah. Jika bayar secara manual, pls jadi discipline (not recommended). Kadang2 kita ni terlupa kerana kita hanya insan biasa. Sedar2, time nk guna, polisi dah lapse. Naya!
9. Over promised agent. “Saya tak tahu company X macam mana, tetapi company kami, claim senang, takda isu, GL senang approve”. Confiden betul kan?! Pendek kata, kalau jenis mcm ni, dengar bole, percaya jangan. Ni la punca kami dibenci walaupun spread awareness benda baik.
10. Saving/cash value. Insuran bukan lah tempat yg tepat utk buat saving. Pernah dengar ASB? Nak buat investment/saving dengan low risk better go for ASB. Dan lagi satu, “kalau tak sakit sampai tempoh matang bole dapat duit balik tak?”
Anda rasa pak guard kt kilang, kalau sepanjang dia kerja, kilang tak kena rompak, gaji dia kena pulang balik tak? Fikirkan!
11. Insuran naik harga, nak tuka ambil dengan company lain la. Habis tu kalau company lain tu naik harga juga, anda nak tuka company lagi? Jadi bila nak habis 2 tahun contestable period tu? Selama2 nya takkan habis.
Tak pasal2, lepas je 1 bulan tuka company, anda di uji penyakit kritikal, dah tak cover kerana polisi masih baru. Stay je la. Syarikat mana pon sama je! Harga naik ini kemungkinan besar medical inflation. Benda luar kawalan.
Inilah antara masalah famous berlaku setiap kali topik insuran/takaful dibangkitkan. Kalau anda faham satu persatu. Mudah-mudahan tiada isu dimasa hadapan.
Jadi yang tak ada perlindungan takaful, baru nak apply, boleh hubungi saya. Moga bermanfaat!
http://hi.jomwasap.my/PruHafiz
Jadi yang tak ada perlindungan takaful, baru nak apply, boleh hubungi saya. Moga bermanfaat!
http://hi.jomwasap.my/PruHafiz