Elakkan dan jauhkan beli tanah lot lidi. Kenapa?

1. Status masih pertanian.
2. Tak menukar syarat kepada bangunan/kediaman. Maka tak boleh masuk nama pembeli2 tanah lot dalam geran.
3. Terdahulu, pemilik tanah guna surat ikatan amanah, dah tak dibenarkan sejak 2018 hingga kini. https://twitter.com/twthartanah/status/1360903558372093955
4. Surat ikatan amanah tidak bermakna dalam transaksi jual beli hartanah. Ia bukan pemilikan. Hak pembeli-pembeli masih "tergantung".

5. Masalah pembahagian pusaka berlaku dengan tanah lot lidi, kerana nama tiada dalam geran sebagai pemilik. Silap-silap masih nama owner asal.
6. Ramai masih terkeliru dengan status tanah lot lidi ini. Malah masih ramai membeli kerana harga hartanah pertanian sangat jauh lebih murah berbanding status kediaman.

7. Antara kelemahan lain lot lidi, nak jual/beli pun kena beli tunai saje. Tiada bank boleh biaya(loan).
8. ELAKKAN membeli tanah yang diragui statusnya:-
a) Pastikan sama ada tanah berstatus geran individu dan telah ditukar status daripada pertanian.
b) Tiada kaveat atas hartanah.
c) Jangan mudah terpedaya dengan harga murah. Ia murah sebab belum bayar premium penukaran status.
d) sentiasa rujuk pada rakan-rakan dalam bidang hartanah, sama ada peguam atau ejen hartanah berdaftar. Terlalu ramai broker tidak berdaftar di luar sana yang "membantu" menjual tanah-tanah lot lidi sebegini. Kebanyakan pembeli pula gunakan tunai atau personal loan untuk membeli.
You can follow @mrlucaz.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.