Aku ni lama dah bergelumang dengan ganja. Sejak kecik. It was a blessing, for my case. Tapi sejak kawin, aku slow down dan sejak dua tahun lepas aku completely clean. Kat sini aku nak cerita pasal ganja ni. Summary thread ni adalah; ganja tak baik untuk kesihatan mental.
It was a blessing sebab aku dtg dari broken home. So ganja helps in taking away my thoughts from my actual condition into my mindscape. Else harini aku dah jadi kepala gangster sebab itulah ambition pertama aku sejak kecik. Melalui ganja aku tukar nak jadi pilot jer.
Ganja ada bahkan aktif nama cannabinoid dan THC. Cannabinoid ni bagus, THC tidak. THC ni peliknya, rupa chemical dia tu secocok dgn cbd receptor dalam otak yg kontrol happy feeling. So bila isap ganja, badan tak rembeskan happy hormon lain sebab dlm badan dahada.
Dan efek THC ni pada badan lagi pawer dari rembesan hormon happy dalam badan. Lagi terasa laa, senang cerita. So continuous and prolonged usage of ganja buatkan badan kau dah terbiasa dgn kandungan happy hormon yg tinggi. So benda2 hepi yg biasa2 dah xbuat kau rasa hepi lagi..
Kiranya kalau kau dah minum air manis, manis buah durian tu kurang terasa. Dan akibat dah selalu ada happy hormon dalam badan, kau jadi ketagih. Kat sini bahaya nya ganja tu. Ada ganja, kau normal. Takde, kau baran.
Dan prolonged use of ganja juga buatkan kelenjar yg kontrol happy hormon kau kurang reaktif or malfunction. Org xde mental power or lazy ppl akan kena benda ni sebab otak dia takde neuroplasticity (kebolehan otak bina neuron baru) dan lazy tu mmg gaya hidup moden.
Lazy ni maknanya dia kurang gunakan otaknya utk berfikir. Gemar main ikut jer. Or jarang berada dalam keadaan terdesak dimana dia kena fikir solusi nak survive. Tu sebab efek ganja ni pada setiap org berbeza. Beza bab ni lah.
Tapi sungguhpun kau sering berfikir, kau masih terdedah pada kemungkinan bahawa perception kau dipengaruhi oleh ganja. Reality is merely our perception of our sensory experience. Dan jika perception kau salah, kau akan mental juga. Ini kes aku. Mujur Allah jaga aku
So cara nak guna ganja hanyalah ketika kau anxiety. Bila kau dah takboleh fokus sangat sebab tertekan dsbnya. Or jadikan ia reward selepas kau setelkan semua kerja. Tapi, sapa bley tahan, kan? Sebab kita nak kick happy hormon tu. Tu yg selagi tak abes dok ngadap, kan?
Dan ganja menjauhkan kita dari Allah. Kita rasa macam kita semakin religious tapi itu hanyalah sebab perception kita dah dipengaruhi THC tadi. Dan perasaan sebegitu hanyalah fatamorgana. Allah taknak fake people like that.
So, please. Don't normalize ganja. But don't be afraid of it. Nasihatkan lah kawan2 yg masih. Cuma, harini masalah masyarakat kita bukanlah ganja tapi meth. Ganja nak kena impot. Meth boleh buat sendiri. Satu strategi nak eliminate meth adalah kurangkan hukuman utk ganja.
Nowadays dahada flavor vape yg ganja tu. Tu bahaya sebab ada yg sintetik. Bab sintetik tu yg bahayanya. Thing is, camana kau nak tau ia ori or not unless u do chemical test or consume it. Dah consume tu agak too late laa. Kapitalis pedulik apa kau mampos ke apa asalkan profit
So please be careful. Aku kongsi ni dengan harapan anak cucu aku nantik Allah jaga juga. Aku alhamdulillah dah lepas. Mereka ni yg aku risau kan. Sekian.
You can follow @akuskizo.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.