Minggu lepas saya ada bertanya kepada rakan Twitter berhubung topik sesuai dibincangkan selepas iPhone 12s.

Majoriti ingin mengetahui lebih lanjut mengenai iOS 15.
Sebelum saya mengulas lanjut mengenai perkara ini, kita harus akui bahawa iOS merupakan produk paling sulit untuk didedahkan.

iOS tidak seperti produk lain seperti iPhone, iPad atau Mac. iOS tidak bergantung kepada syarikat luar dan sudah pasti kerahsiaan lebih konkrit.
iOS 15 diketuai oleh Craig Federghi, (gambar) setakat ini beliau telah mengetuai pembangunan iOS sejak 2013 iaitu semasa pelancaran iOS 7.

Sebelum kedatangan iOS 7, iPhone OS hinggalah ke iOS 6 diketuai oleh Scott Forstall.
Scott Forstall boleh dianggap sebagai Bapa Pembangun iOS.

Beliau juga bertanggungjawab dalam pembanggunan iPhone dan berjaya meyakinkan Steve Jobs untuk memilihnya bersama-sama membangunkan iPhone.
Sebelum ini Steve Jobs telah melantik Tony Fadell untuk mengetuai projek iPhone.

Tony Fadell antara individu paling berpengaruh pada ketika itu kerana berjaya meyakinkan Steve Jobs untuk membangunkan iPod.
Disebabkan kepercayaan itulah, pembangunan iPhone dikenali sebagai projek "Purple" atau singkatannya P.

P1 diketuai oleh Tony Fadell dengan fokus untuk menghasilkan iPhone dari DNA iPod.
Manakala P2 diketuai oleh Scott Forstall yang memfokuskan kepada pembangunan yang berteraskan OS X.

Nampaknya tuah memihak Scott Forstall dan identiti iPhone dan iOS kekal sehingga ke hari ini.
Pemergian Scott Forstall berkait rapat dengan isu politik dalaman. Walaupun Tim Cook menggunakan alasan Scott Forstall tidak mahu meminta maaf berhubung isu Peta pada iOS 6.

Hakikatnya punca utama adalah dari Jony Ive yang mahukan Scott Forstall keluar daripada Apple.
Setelah Scott Forstall keluar daripada Apple. Tim Cook melantik Jony Ive dan Craig Federghi untuk mengetuai pembangunan iOS 7.

Maka sekaligus era Skeuomorphism yang diilhamkan oleh Scott Forstall telah lenyap dan diganti dengan rekaan Flat.
Ini bermakna rekaan Skeuomorphism berakhir pada iOS 6. Sejujurnya saya menyokong usaha yang dilakukan oleh kedua-dua individu ini.

iOS 6 boleh dikatakan antara kemuncak kemarahan peminat Apple memandangkan tiada perubahan radikal pada rekaan antara muka.
Ini dibuktikan dengan tepukan gemuruh oleh peminat Apple saat Tim Cook menayangkan video tentang iOS 7.

Peminat Apple turut berdiri bagi menghargai usaha yang dilakukan oleh Apple. Rujuk YouTube :
Kini hampir lapan tahun iOS 7 dilancarkan, setakat ini Apple masih belum membuat rombakan dalam rekaan antara muka.

Saya percaya, iOS 15 besar kemungkinan akan mencipta kembali sejarah kegemilangan seperti iOS 7.
Kita semua mengetahui Apple telah merombak rekaan macOS Big Sur dan memperkenalkan reka bentuk Neumorphism.

Jika dulu rekaan Flat berkait rapat dengan pemergian Scott Forstall. Kini setelah ketiadaan Jony Ive, Alan Dye mula memperkenalkan rekaan Neumorphism.
Kebiasaannya Apple akan gunakan rekaan Neumorphism pada macOS dan iOS. Kerana itulah saya meramalkan iOS 15 bakal hadir dengan rekaan Neumorphism.

Jika sebaliknya, saya yakin Alan Dye akan membuat sesuatu pada rekaan antara muka pada iOS 15.
Selain itu, Widget juga mungkin akan dikembangkan dari segi fitur termasuk Widget pada paparan skrin kunci.

SIRI juga besar kemungkinan akan lebih pintar setelah John Giannandrea mengambil alih tugas daripada Eddy Cue.
John Giannandrea sebelum ini berkhidmat dengan Google dalam membangunkan Enjin Carian Google.

iOS 15 juga akan meningkatkan privasi pengguna dan menghalang sebarang penjejakan iklan dari aplikasi ketiga.
iOS 15 besar kemungkinan akan menyokong:

iPhone 12 Pro Max
iPhone 12 Pro
iPhone 12 mini
iPhone 12
iPhone 11
iPhone SE (2020)
iPhone 11 Pro
iPhone 11 Pro Max
iPhone XS
iPhone XS Max
iPhone XR
iPhone X
iPhone 8
iPhone 8 Plus
iPhone 7
iPhone 7 Plus
iOS 15 bakal diperkenalkan sekitar awal Jun 2021 dan akan dilepaskan kepada umum pada September 2021.

Secara peribadi saya meramalkan Apple akan menjenamakan kembali iOS kepada iPhoneOS.

Adakah penjenamaan ini penting?
Bagi saya, sekiranya penjenamaan ini benar-benar berlaku. Maka era iPod mungkin berakhir dan tiada lagi produk tersebut di pasaran.

Jika Apple kekalkan nama iOS, maka kenyataan saya di sebaliknya.
Konklusinya, setakat ini kita belum mendapat maklumat yang tepat berhubung iOS 15.

iOS merupakan produk paling sulit dan agak sukar untuk dibocorkan.
Namun saya menantikan sama ada Apple akan transformasi rekaan Flat kepada Neumorphism pada iOS 15.

Jika benar, maka kita bakal melihat era baharu dalam reka bentuk iOS setelah kali terakhir ia berevolusi pada tahun 2013.

SEKADAR PANDANGAN
You can follow @XavierNaxa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.