"Cik nak kahwin dua bulan lagi kan? Boleh dah mula makan asid folik ni untuk persediaan sebelum hamil."

Aku nampak matanya ter'besar' sedikit merenungku di sebalik penutup muka ombrenya.

'Ah, mesti musykillah tu,' detikku dalam hati.

"Boleh ke doktor? Tiada masalah ke?"
"Apa masalahnya?"

Soalan aku jawab dengan soalan. Tidak menjawab soalan namanya ni. 😇

Sama sahaja persoalan apabila dinasihatkan untuk ambil asid folik sebelum hamil dan kalau mahu hamil sebaik sahaja nikah, maka sebelum nikahlah.

Ruang masa sama tetapi berbeza ikut kefahaman
"Asid folik ni bukan tablet orang dah kahwin sahaja. Sebelum hamil, disarankan makan 3 bulan sebelum hamil dan disambung hingga 12 minggu/3 bulan kehamilan. Jadi kalau rancangnya nak hamil terus selepas nikah, 3 bulan sebelum nikahlah kena makan. Tiada masalah."
"Cik tahu apa kebaikan makan asid folik ni?"

Gelengan kepala yang terjamu di depan mata.

Peluang memberikan kefahaman kepadanya.

"Asid folik adalah sejenis vitamin B, berperanan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi, spina bifida pernah dengar?"
Kandungan yang dinanti-nantikan semestinya diharapkan sihat dan sempurna. Ini adalah salah satu usaha awal untuk itu.

"Mudah dan murah sahaja, selain berdoa kita juga berusaha. Kami sarankan untuk Cik mulakan langkah ini kali ini. Nanti dah positif ujian air kencing, buka
buku pink ya! Boleh dapatkan temujanji di sini untuk pemeriksaan susulan kehamilan yang seterusnya."

Senang sekali konsultasi dengan dia.

Dia dinasihatkan untuk segera hamil untuk membantu kawalan masalah kesihatan yang dialaminya.

Semoga baik-baik sahaja.

#AimiGYN
Ebook "Nasihat-nasihat sebelum hamil" boleh dapatkan di sini.

http://bit.ly/NasihatSebelumHamil
Apa yang biasa korang dengar mitos mengenai asid folik?

Tolong quote and reply tweet. Nanti kita bincang sesama.
Betulkan yang salah, biasakan yang betul.

#AimiGYN
You can follow @aimirahayuAR.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.