BELI MEDIKAL KAD HARINI ESOK TERUS NAK PAKAI, BOLEH KE?
(Seutas thread berinformasi)
(Seutas thread berinformasi)
Asslamualaikum, semua, harini saya rajin skit untuk sharekan kepada follower saya sekalian berkenaan satu istilah penting dalam Takaful/Insurance iaitu Waiting Period, atau nama lainnya Tempoh Menunggu.
Pernah tak ejen Takaful korang bagitahu berkenaan dengan Tempoh Menunggu ni? Kenapa kena ada tempoh menunggu? Tak boleh ke harini sign polisi, esok terus masuk wad?
Okay, firstly tempoh menunggu ni sebenarnya suatu tempoh yang mana lepas korang sign Medikal Kad atau Life Takaful, syarikat Takaful belum cover lagi penyakit korang sehinggalah tamat tempoh tersebut.
Aku repeat, syarikat Takaful TIDAK akan cover lagi sakit korang sehinggalah tamat tempoh menunggu/waiting period.
Tempoh menunggu hanya bermula setelah polisi Takaful yang korang sign tu Inforce. Ia berbeza-beza bagi setiap jenis sakit. Paling lama ialah 120 hari (4 bulan). Berikut aku nyatakan tempoh menunggu secara ringkas ya.
Selepas 24 jam - hanya kemalangan sahaja yang dicover.
Selepas 30 hari - hanya penyakit persekitaran yang dicover seperti Denggi, Malaria, Kencing Tikus, Stroke Haba, H1N1, HFMD
Selepas 60 hari - rawatan kanser pesakit luar akan di cover.
Selepas 30 hari - hanya penyakit persekitaran yang dicover seperti Denggi, Malaria, Kencing Tikus, Stroke Haba, H1N1, HFMD
Selepas 60 hari - rawatan kanser pesakit luar akan di cover.
Selepas 120 hari - penyakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit kardiovaskular, penyakit ENT, Hernia dan beberapa lagi penyakit specific korang boleh refer dekat Product Disclosure Sheet akan di cover.
boleh tengok sini untuk detail
boleh tengok sini untuk detail

Tempoh menunggu ni bertujuan untuk mengelakkan penipuan dibuat oleh client yang ada Pre Existing illness.
Yelah, sakit kencing manis sebagai contoh, takkan la tiba-tiba nak datang sehari after ambil medikal kad kan. Tak logik kot. Mesti dari dulu dah ada kencing manis, cuma sesenyap and tak declare.
So, berbalik kepada tajuk asal thread ni, harini ambil medikal kad, esok terus nak pakai? jawapannya, boleh, hanya untuk cover kemalangan sahaja. Anda masih mahu menunggu? Apakata sign je Medikal Kad dulu, dalam masa 4 bulan macam-macam boleh berlaku

Sekiranya anda rasa thread ini bermanfaat untuk anda, mari kita sebarkan untuk orang lain tahu dan tidak lagi terasa tertipu dengan Insurance Company.
Like, RT dan Follow saya sebagai tanda support ya!
Saya doakan rezeki korang mencurah-curah bagai air hujan, aminn
Like, RT dan Follow saya sebagai tanda support ya!
Saya doakan rezeki korang mencurah-curah bagai air hujan, aminn
