Bismillah, ini adalah thread panjang lebar untuk belajar bagaimana nak dapatkan internet dgn kelajuan yg tinggi.

Setelah baca ramai student2 tak dapat aksess internet untuk online study, pekerja2 yang tak boleh nak WFH. Ini adalah thread untuk anda.

SILA Sebarkan dgn tekan RT.
Kesian gak kat pelajar2 yang internet dia sendu, kalau dulu kita ada student lepak kat rumah sewa boleh langgan je unifi dan share2.

Thread ini bukan untuk pengguna yang dah ada UNIFI FIBRE kat rumah ye. Kalau dah ada unifi teruskan guna fibre sebab lebih laju dan stabil. https://twitter.com/injangnation/status/1354423190408163330
First of all, korang kena tahu telco apa yang paling laju, dan stabil di kawasan perumahan korang.

Cara paling tepat adalah, dengan beli sim prepaid satu2, dan test langgan high speed internet. Cara ni paling tepat tetapi makan modal dan sangat leceh.
Apps OPEN SIGNAL paling tak boleh percaya sebab 99% tempat dia tunjuk MAXIS paling laju kat kawasan korang.

Cara lain dan yg aku buat adalah, lihat tower telco mana paling dekat dengan rumah korang.

Bukak http://cellmapper.net  , dan pilih Malaysia dan bukak satu2 telco.
Gambar di bawah adalah tower MAXIS yang paling dekat dengan rumah. kalau ada banyak tower lagi bagus.

So selepas korang dah tahu tower apa yang paling dekat, korang kena ambil tahu jugak plan TELCO apa paling berbaloi dan bagus.

Kena tahu apa itu
-speed capped
-FUP
-unlimited
Dibawah adalah senarai plan telco yang ada. Sekarang kita pergi satu2 apa maksud :-

Speed capped
-kelajuan yang ditawarkan, tak kiralah tempat korang laju mcm apa dia tetap ada had

-FUP (fair usage policy)
Selepas korg guna lebih data dari FUP, tenet korang akan jd sendu
Memilih PLAN internet paling crucial, kalau nak guna utk kau sorang2 je. Pilih je plan internet HIGH SPEED dan UNLIMITED.

Tak perlu pening2 pikirkan HOTSPOT punya kouta.

Langkah seterusnya korang mahukan tarik line paling MAKSIMA korang boleh lah beli MODEM2 yang ada di shopee.
Nak beli modem jgn main terjah je, kena tahu gak BAND apa yang telco kita guna.

maxis = 1(rare),3,7
digi =1,8(rare)3,7
celcom=1(rare),3,7
umobile= 3,7

unifi = 5,38(rare),40
yes 4g = 20,38,40(rare)

Dan aku rekomen 2 modem ni utk masuk plan HALAL (unlimited data&Hotspot)
Sekarang kan tengah VIRAL pasal modem boleh B*P*SS hotspot jadi UNLIMITED tu kan? Tu korang cari dan study sendiri. Kat youtube, FB banyak , pandai makan dan pandai simpan.

Ada juga telco2 yg akan THROTTLE (ban atau slowkan tenet) jika kantoi jika kau masukkan sim dalam modem.
PLAN HALAL yang aku maksudkan yang boleh masuk MODEM dan UNLIMITED HOTSPOT aku shorkan adalah seperti berikut.

Unifi bebas (prepaid, ade speed capped) - RM35/m

Unifi Air*- RM79/m

Maxis OneGo* - RM108/m

Digi i150* (bangsawan) - RM150/m

* xde contract kalau amik sim shj
Satu lg kelemahan 4g ni adalah bila area korang CONGESTED.

Tak kira plan korang laju, tapi bila ada halangan (ramai orang guna, banggunan tinggi yang menghalang signal) korang tetap x dpt speed tggi.

Mcm mana nak tahu congested? Bila upload speed lg tinggi dari download speed.
Okay tu je kot, kalau ada nak bantuan, nak tanya link shopee yang rekomended DM aku terbukak je.

Cuma nasihat aku jangan terjebak beli modem murah2 last2 korang kecewa tak dapat speed apa yang korang inginkan.

PALING PENTING JANGAN AMIK YANG ADA CONTRACT 2TAHUN SIAP MODEM TU!!
Bonus:

“Bang saya dah pakai modem kenapa tenet saya masih sendu? Takde capped speed ni!”

-gunalah modem boleh lock band, modem huawei paling recomended.

Bangsawan :
B618-65d (750-850)
B618-22d (650-799)

Medium :
B529 (480-550)
B525 65a (500-550)

Basic :
B310 (300-399)
Modem yang basic tu takde 4g+ ye. So kalau nak modem yang ade 4g+ boleh lah keluar modal sikit.

“Bang dah lock band, dah dpt 4g+ speed tak meroket jugak ni camne?”

-korang boleh lah pasang indoor atau outdoor atenna, harga jugak boleh tahan keras ye untuk outdoor.

Cont...
Dan elakkan guna booster, kerana SKMM dah wartakan penggunaan booster adalah salah di sisi undang2.

Booster ni mmg boleh buat line phone korang full bar tapi, jiran2 lain akan terkesan. So kalau rasa dlu laju skrg slow boleh lah tgok2 bumbung jiran 🤭 https://amanz.my/2021267626/ 
Dah lock band dah pakai atenna pon slow gak? Tempat korang confirm congested.

Dia ibarat kau kat HIGWAY satu lane, pakai Mustang,ferrari pon tak guna kalau kat highway tu banyak kereta.

Cepat2 lah push tm/tnb/time suruh pasang fibre. Kumpul petition satu taman nak psg fibre.
Nampak tepi jalan ada tiang baru dan cable macam ular ni (line hitam kuning), cepat2 lah sambar port unifi.

Dia akan utamakan strimyx user dahulu barulah pengguna baru. Kalau port penuh pisang lahhhh..... pakai balik modem 4g korang sampai port ada kosong.
Bonus 2:
Korang pakai unifi, tapi takdpt speed yang di langgan? Langgan 300MBps tapi cuma dapat 100? Boleh lah try tuka LAN CABLE korang.

Aku guna modem 4g pon tuka ad perbezaan. Dari cat 6 - cat 7 berbeza speed dapat. Harga pon xdelah mahal. Mampu milik...

Ni cucuk modem-pc.
“Bang tenet saya dah laju tapi kenapa main game lag?”

Korang bolehlah beli router gaming. Router asus ni mmg dikhaskan utk gaming.

bak kata “monaliza” kat yt, dia akan bagi laluan kat gaming lalu dulu. So yg lain akn bg laluan.

Router ni pn akn kurgkan beban kat modem korg.
Ada je router mampu milik, tapi korang kena tahu kenapa korang beli router?

-kurgkan beban kat modem(off wifi kat modem guna wifi router je)
-luaskan wifi range kat rumah korg, so tiada deadspot
-install segala VPN, ¥~>\\€ dll

Ape dll tu & kegunaan dia? korang study sendiri🥶🤭
“Mass ngapain gwa ngelag2 time mabar? Gwa makai unipai ni!”

Okay korang perasan kan time nak connect wifi nampak ada 2.4g/5g kan (modem dual band).
Korang akan dpt perbezaan speed kalau korg guna 2-2 ni.

Xnmpak 5g tu? Maksudnya modem tu takde dual band, atau phone korg kentang.
Berita baik untuk netizen2 di luar sana, unifi TM tidak lagi akan menopoli bissness FIBRE OPTIC.

Sekarang sudah ada TIME dan ALLO. Maxis tak kira lah sbb tumpang port UNIFI.

ALLO ni projek daripada TNB, so doa2 lah boleh meliputi seluruh pelusuk Malaysia.

*STARLINK? Hurm 🤭
Okay done. Dah banyak kot aku feed korang. Ilmu2 atas ni aku kongsi dari pengalaman aku sendiri.

Okay igt UPLOAD SPEED jugak penting untuk streamer2 dan yang selalu buat video call/zoom tu.

Tak guna DLspeed meroket tp ULspeed sendu.

Salam semua, pape DM tepi.
Fuhhh ramai betul DM tepi, ada soalan pon hampir2 sama. Korang spam je soalan2 korang kat DM kat reply2. Free aku baca dan reply sini je lah ye.

So siapa2 nak tanya soalan sama boleh baca je kat Q/A ni.
Q/A 1 : “bang tak okay ke amik kontrak 2tahun siap modem tu?”

-sanggup ke kau perjudikan nasib amik contract 2tahun tu, bulan 1-2 ok lepas tu sendu? Lagi 22bulan tu kau terpaksa menanggung penyesalan.

Kalau amik sim shj, bulan pertama tak okay terus terminate je, try sim lain.
Q/A 2 : “Bang saya nak guna maxis fibre tapi saya cek tower jauh agak2 laju ke tak ni”

-brosis, cek tower tu untuk korang yang akan menggunakan 4g sahaja. Kalau fibre jgn risau pasal kelajuan, sbb dia guna direct cable ke port.

Cuma cek balik ade tak FUP? Lps FUP lju x?
Q/A 3 : “Bang Allo okay tak?”

-aku tak guna, ade 3negeri je dah masuk. So 3negeri ni akan jadi tikus putih, KEDAH odw. Cuma kalau dah nama Fibre aku tetap percaya yang dia akan stabil dan ping rendah. Tengah promosi ni boleh cek coverage korang kat sini. https://allowifi.com/coverage/ 
Q/A 4 : “Bang,tenet saya dah laju tapi naik tgkat atas je kdg2 wifi slow dan tak konnek”

Ramai jugak tanya soalan ni, solution dia bergantung pada modal dan keluasan rumah korang.

Murah -WIFI REPEATER.
-cari yg dual band.
Kelemhan SPEED DROP CKT, kena msk password semula.
MEDIUM - beli router dan LAN cable cat 7.

Cucuk lan cable kat LANPORT modem, dekat ROUTER cucuk WANPORT. Tutup wifi kat modem.

BANGSAWAN : MESH ROUTER

Byk kelebihan, boleh tgok YT monaliza dia ada terangkan mcm mana MESH ni bekerja. Rumah besar bagus amik ni.
Kelemahan - MAHAL
Dah kot bebel, free2 aku sambung ye abang2 sistur2 semua.
Yang aku bg ni surface je kay. Makin kau selam makin banyak kau jumpa.

Macam layan musik jgk, band2 mainstream ni best, tapi band2 underground lagi best.

Okay renung-renungkan lah ye. 🤭🤭
You can follow @isasukeyell.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.