Tahun lepas adalah tahun yang baik bagi pasaran ekuiti.

Banyak dana unit trust yang beri pulangan lebih 50% dalam tempoh setahun, malah ada yang cecah lebih 100%.

Tapi, adakah dana-dana ini yang paling bagus untuk kita masuk?
Sabar dulu. Bila tengok untung macam ni memang nampak mengiurkan, tapi kita kena ingat, keuntungan hadir bersama-sama risiko.

Secara asasnya makin tinggi keuntungan makin tinggi risiko.
Nak pilih dana mana kita nak labur, jangan tengok untung saje. Kena tengok juga perkara lain seperti caj, fi, risiko, di mana duit tu dilaburkan.

Pertama sekali kena tahu toleransi risiko kita. Tinggi, sederhana atau rendah.
Bila nak nilai prestasi dana, kena lihat kepada prestasinya bagi tempoh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Kena ingat, pelaburan ni ada turun naiknya.

Kita ambil contoh dana BIMB I Growth.

Pulangan purata bagi tempoh 5 tahun adalah 11.28% dan 10 tahun 5.75%.
Sekarang kita tengok prestasi tahunan pula. Ada 2 tahun berturut-turut dana ini berikan pulangan negatif. Boleh tengok pelaburan kita rugi untuk 2 tahun?

Kalau kita awal tahun 2018 dan jual hujung tahun 2018, kita rugi 26%.
Sebab tu jangan terpedaya dengan mereka yang menjaja keuntungan semata-mata. Kena tengok secara menyeluruh.

Ini checklist ringkas sebelum melabur unit trust:
1. Tahu tahap toleransi risiko diri sendiri di mana. (Rendah, sederhana atau tinggi)
2. Pilih kategori dana yang bersesuaian dengan toleransi risiko anda. Contoh jika toleransi risiko tinggi, boleh pilih dana dalam kategori ekuiti.
3. Bandingkan dana-dana dalam kategori yang sama. Jangan bandingkan dana daripada kategori yang berbeza.
4. Pelaburan unit trust sesuai untuk jangka masa sederhana & panjang (jangan labur unit trust jika anda nak labur tak sampai 5 tahun)
5. Pilih yang patuh shariah.
6. Diversify. Bina portfolio unit trust anda sendiri. Jangan labur dalam satu dana sahaja.
7. Baca fund fact sheet.
Ini pula kategori unit trust:

1.Dana ekuiti (saham)
2.Dana bon/sukuk
3.Dana money market
4.Dana imbang (campuran ekuiti, bon, money market)

Boleh baca lanjut tentang kategori unit trust di sini: https://theoutlook.asia/apa-itu-unit-trust/
Sekian secara ringkas tentang unit trust.

Nak belajar macam mana bina portfolio unit trust secara DIY? Cara-cara nak analisa dan pilih dana unit trust yang sesuai?

Klik sini: https://labursantai.com/webinar/ 
You can follow @mohdkautharr.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.