Aku ingat lagi first time aku start belajar saham.
@HameedFikri ajak pergi seminar haji asri. Rm100 kalau pergi 3 orang.
Aku tak igt 2015 ke 2016
So pergi la aku 3 orang dengan @luqyunn

Masa tu kena basuh kaw2 tentang pentingnya saham. Mmg terbuka mata. Part ni aku credit AAA.
Time seminar tu mcm biasa memang ada menari-menari la.
After seminar AAA buka tawaran kelas siapa daftar hari tu akan dapat diskaun kaw2.

Kami terlopong je la sebab lepas diskaun pun harga riban-riban.
So balik kempunan.
Sape tak tertarik dgn profit melalui saham. Mmg kaw banyak
So after seminar tu aku mcm berminat la.
Belajar sikit-sikit.
Ikut youtube.
After some days, @HameedFikri ajak aku pi bukak acc cds dekat mplus wangsa maju.
Pi la buka.
So kat situ mula perjalanan aku sebagai seorang trader.

Belajar-belajar tapi still takde modal nak trade.
Then aku decide nak join kelas saham.
Pakat dengan few friends usim utk sifu dzulhilman buat kelas utk student.
Caj rm600 masa tu.
Kami bayaq. Nak belajar punya pasal.

Masa tu pakat dengan @boy_irwan23 @AshraffShatri @fatintrah fudhail dan yg lain. Group telegram kami ada lagi
After class jenuh baca notes, tak paham-paham.
Tak reti nak apply.
Mungkin aku yg lembap kot. Haha. Atau sebab tak trade betul-betul. Dia nak belajar kena trade pakai duit betul.
Baru belajar.
So aku topup la duit buat modal
Dah topup start trade kaunter first aku beli kaunter nylex dan dufu.
Dufu masa tu brape sen je. Kah3.
Skang dah harga rm4.27 sen/unit.

Excited sebab dapat buat profit pertama.
Dan after few trades aku start rugi.
Rugi dan rugi.
Start zaman hitam main saham 🤣🤣
Aku tak give up. Duit modal habis. Aku topup balik. Habis topup.
Makan maggi kutip duit syiling sebab dah takde duit.
Kah3.

Tapi aku still tak give up.
Cari kelas lagi.
So this time aku masuk kelas yg mahal sikit dgn harapan aku dapat tambah knowledge aku. Nak up trading system
Tapi sekali lagi dikecewakan.
Kelas mahal tapi ajar aku buat channel trendline dan indikator yg aku boleh belajar sendiri dekat youtube.
So sedih.
Aku terus belajar dan kaji sendiri.

Biasiswa jpa masuk je separuh aku masuk jadi modal trade aku.
Yg perasan aku silap sebab banyak awal-awal trading dulu follow buycall.
Orang suruh beli kita beli tanpa buat kajian.
Beli kaunter murah2 sebab murah boleh beli banyak. Bila naik utg banyak.
Tapi aku silap sebab kaunter murah susah gerak.
So modal aku sangkut ribu-ribu.
Terlalu ikut emosi.
Dah untung tak nak jual.
Dan rugi tak nak minimizekan kerugian.
Dah rugi besar baru nak menyesal.

Ada satu tahap jadi stress sebab rugi terlalu besar.
Last aku pergi join personal coaching.
Dan alhamdulillah aku join dan belajar benda baru walaupun aku tak berapa paham sangat.

Tapi better dari ajar trendline 🙄.
So sepanjang aku trade ni 3 kelas je la aku join.

Dan mostly mmg aku belajar sendiri je.
Baiki cara teknik trading
Bayang time medical student pun sibuk nak day trade. Orang pergi hospital aku ponteng kejap dan trade.
Last-last rugi. Kah3

Bangang abadi betul masa tu.
Sampai hujung tahun 2018, aku stop bursa.
Sebab modal takde. Habis.

Then aku cari alternatif lain. Pi main cfd plak. Last2 lagi senang nak hilang duit. Hahaha.

Tapi aku belajar banyak dari buat kajian chart saham dari situ
Tgh tahun 2019 aku start balik saham bursa malaysia
Tak tahu since then, trade dan kajian saham jadi mudah bagi aku.
Aku nampak game dia mcm mana.

Aku nampak apa yg terjadi disebalik chart.
Nampak apa kaitan supply dan demand dalam chart.
Start pertengahan tahun 2019 aku konsisten making profit sampai skang.
Cuma sebab buzy kerja hospital tak sempat nak trade.
Tapi syukur sebab banyak pengalaman Allah bagi untuk sampai tahap skang.

Masih banyak kena belajar.
Masih bertatih.

Selepas rugi puluh-puluh ribu. Dah dapat cover balik semua.

Dan bagi yg belum belajar, belajar la.
Orang melayu tak ramai yg involve dalam bidang saham ni.
Rugi sangat.

Lubuk emas bgi yang pandai.
Gaji sebulan doktor rm4k.
If u know how to do it, u can get it within a week.
Kadang sehari dapat.

Tapi kerja hakiki is kerja hakiki.
Duit trade hanya untuk geli-geli.
Cuma my point is please learn stock market.
Boleh ajar anak-anak cucu nanti

Rugi tu biasa.
Pengalaman mematangkan kita.

#sahamiscool #Bursa
You can follow @Izzathafiz09.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.