Dengan rendah hati, saya berpandangan bahawa Malaysia kena ubah cara kita pandang LGBTQ. Dari dulu zaman berzaman kita tolak tapi semakin hari semakin ramai yang secara terang atau tutup sebahagian dari komuniti ini. Jadi, mana silapnya? Adakah dengan menafi menolak LGBTQ
(1) https://twitter.com/numanmazlan/status/1358306175452778497
membuatkan Malaysia bebas dari komuniti ini? Jawapannya tidak malah lebih proaktif lagi sebenarnya komuniti bergerak. Jadi, dimana silapnya? Bagi saya, kita kena first and foremost, akui kewujudan dan keberadaan komuniti LGBTQ di Malaysia. Saya ingin katakan, akui kewujudan (2)
bukan bermakna kita menyokong perbuatan LGBTQ. Contoh, kita kena AKUI wujudnya golongan pemakan rasuah di Malaysia, tapi adakah dengan akui kita menyokong? Nampakkan?
Next, bila dah akui kewujudan keberadaan komuniti, kita kena cari apa yang menjadi punca kepada peningkatan (3)
ahli dalam komuniti ini. Tidak cukup didikan agama ke? Tidak cukup diasuh ke? Bagi saya, ada banyak sebab. Paling utama yang boleh saya lampirkan, Malaysia masih gagal mendidik pendidikan seksual kepada orang ramai, terutamanya kanak2. Orang kita, bila sebut pendidikan seksual(4)
terus dimindanya fikir kita nak ajar orang 'berzina cara selamat'. Salah yaa tanggapan tu. Pendidikan seksual ni luas, yang paling basic adalah sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat, bagaimana ingin respon kepada bualan lucah, simbol lucah, dan banyak lagi. Ini kena diajar (5)
kepada anak2 adik2 kita. Kalau mereka tak tahu, kemudian ada pemangsa2 yang mungkin juga bekas mangsa, melakukan apa yang sepatutnya kita terangkan dalam Pendidikan Seksual, tapi disebabkan TAK TAHU, mereka TAK SEDAR perkara ini salah. Dan, termasuklah perkara yang (6)
berbentuk aktiviti yang kita gambarkan sebahagian dari komuniti LGBTQ. Contoh, aksi lucah sesama rakan, diberi alasan 'takpelah sama2 lelaki' tapi sebenarnya telah menyumbang kepada peningkatan ahli komuniti LGBTQ. Kita nak tolak, nafi LGBTQ tapi kita sebahagian puncanya. (7)
Lepas tahu punca, carilah penyelesaian yang paling berhikmah. Ingat yaa, kita nak lentur mereka yang berperang dengan perasaan mereka, apa yang mereka rasai, yang sebetulnya tak memberi kesan fizikal pon pada kita, tak sama dengan nak hukum perasuah yang terang2 mengambil hak (8)
orang lain. Komuniti LGBTQ berperanan sesama komuniti, jarang sekali beri kesan langsung kepada orang awam. Contoh, lelaki pakai baju kurung, bahagian mana dalam perbuatan itu menyakiti kita secara langsung? Jadi, fahami yang bila nak ubah perkara seperti ini, kena berhikmah (9)
dan lebih baik kiranya kita tahu apa punca mereka berbuat demikian. Adakah kerana sudah terbiasa dengan gelaran pondan yang didengar sedari bangku sekolah? Kalau ya, adakah kita yang bukan dari komuniti, dan yang merestui malah turut serta dalam memberi gelaran itu telah (10)
turut serta menjadi penyumbang kepada penambahan komuniti LGBTQ di Malaysia? Kita yang tolak, kita yang nafi, tapi secara tak sedar, kita turut menyumbang angka2 komuniti LGBTQ menaik di Malaysia? Pelik bukan 😊
Seterusnya, lepas mencuba untuk mengubah, apa kata kita perkasakan langkah pencegahan. Bagi saya, boleh mula dengan ajar pendidikan seksual, ajar bahawa lelaki itu tak semuanya perkasa wataknya, namun tak kurang lelakinya, ajarkan apa patut dilakukan kiranya menghadapi (11)
gangguan2 yang boleh mencetus kepada mempersoal seksualiti, dan banyak lagi. Tak perlu pon kita berkempen tolak LGBTQ, tak iktiraf LGBTQ, kalau kita sendiri tak memainkan peranan masing2. Ingatlah, perkara apa pon bila sudah terjadi, sukar diubati. Jadi, buatlah pencegahan (12)
awal. Jangan semarak, berkobar2 anti LGBTQ, risau2 kalau tak hari ini, esok lusa kita juga menjadi sebahagian dalam komuniti. Lakukan pencegahan awal, namun jangan sesekali membenci mereka yang dalam komuniti. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Pupuklah empati diri 💖
Semoga sedikit bebenang ciapan saya ini mendapat perhatian daripada menteri @drzul_albakri Saya harap kita kena melangkah satu langkah kehadapan, kerana kalau kita lambat, lebih banyak buah catur yang kita tidak ingini akan kedepan. Terima kasih 😊
You can follow @amirmukmin27.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.