Seorang jurugambar yang baru sahaja membeli sebuah kamera digital, berbuat keputusan untuk mencuba kemampuan kamera tersebut di sebuah jalan di Stjarnsund, Sweden.
Tanpa beliau sedari, dua daripada pelbagai gambar yang berjaya ditangkap mempunyai kisah hitam di sebaliknya.
Tanpa beliau sedari, dua daripada pelbagai gambar yang berjaya ditangkap mempunyai kisah hitam di sebaliknya.
Pada 5 April 2008, Engla Juncosa Hoglund yang berusia 10 tahun, didapati telah hilang sewaktu dalam perjalanan pulang dari latihan bola sepak.
Setelah Engla tidak menjawab panggilan telefon bimbitnya, ibunya iaitu Carina Höglund, mula bimbang dan mula pergi mencari anak perempuannya.
Pencarian tersebut membawa kepada penemuan basikal Engla yang ditinggalkan di kawasan hutan.
Pencarian tersebut membawa kepada penemuan basikal Engla yang ditinggalkan di kawasan hutan.
Pihak berkuasa kemudian dimaklumkan mengenai perkara itu. Mereka mula melaksanakan operasi pencarian di kawasan hutan tersebut. Namun, operasi pencarian tersebut gagal menemukan mayat Engla.
Setelah berita mengenai kehilangan Engla menjadi buah mulut orang ramai dan disiarkan oleh pihak media, jurugambar tersebut teringat akan gambar yang beliau tangkap tempoh hari.
Jurugambar tersebut tampil ke hadapan dan memberitahu pihak berkuasa berkenaan gambar yang beliau ambil pada hari kejadian.
Beliau turut memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan sebuah kereta iaitu Saab 900 berwarna merah yang kelihatan seperti sedang mengekori Engla
Beliau turut memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan sebuah kereta iaitu Saab 900 berwarna merah yang kelihatan seperti sedang mengekori Engla
Dengan maklumat yang didapatkan, pihak berkuasa berhasil mengesan pemilik kenderaan tersebut. Pemilik kenderaan itu dikenal pasti sebagai Anders Eklund.
Oleh hal yang demikian, Anders Eklund telah ditangkap untuk soal siasat.
Oleh hal yang demikian, Anders Eklund telah ditangkap untuk soal siasat.
Akhirnya, pada 13 April 2008, setelah beberapa hari disoal siasat oleh pakar, Eklund mengaku melakukan pembunuhan itu dan mendedahkan lokasi mayat Engla Hoglund.
Semasa soal siasat itu, Eklund turut mengaku membunuh seorang wanita berumur 31 tahun, iaitu Pernilla Hellgren.
Pernilla Hellgren ditemui mati pada 4 Jun 2000, yakni 8 tahun lalu. Beliau telah diserang secara seksual dan kemudiannya dibunuh Eklund.
Pernilla Hellgren ditemui mati pada 4 Jun 2000, yakni 8 tahun lalu. Beliau telah diserang secara seksual dan kemudiannya dibunuh Eklund.
Anders Eklund kemudian dibicarakan atas dua tuduhan pembunuhan dan dua tuduhan merogol.
Selain itu, Eklund juga dituduh atas beberapa tuduhan lain seperti memiliki pornografi kanak-kanak.
Selain itu, Eklund juga dituduh atas beberapa tuduhan lain seperti memiliki pornografi kanak-kanak.
Pada 6 Oktober 2008, Anders Eklund dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Eklund dipenjarakan di Norrtälje Correctional Facility yang menyediakan bahagian khas untuk pesalah seks. Bahagian itu turut dikenali sebagai "bunker seks".