Pernah terlibat beberapa tahun dalam mengusahakan rumah mampu milik pasang siap. Ada beberapa halangan dalam menterjemah konsep dari negara pasca-industri ke dalam konteks negara kita: https://twitter.com/hudamahmud79/status/1357985676000518148
1. Kos.Konsep “pre-fab”,seperti apa-apa sektor perkilangan yg perlu mesin, secara umum mahal melainkan dibuat pada skala besar-besaran (economies of scale). Kumpulan kecil kami hanya mampu bina kurang dari 200 buah rumah dalam 10 tahun.
Kos kami dapat hadkan kepada RM40-50k untuk bahan saja,tak termasuk tenaga kerja, penghantaran, & infra.Bahan dinding & atap cement board pun separa derma. Berbanding RM40-50k rumah PPR batu bata yg patutnya termasuk semua.
Suruh syarikat besar buat?Kita dimonopoli syarikat besar yg akhirnya jadikan mahal juga bila sampai kepada pengguna.Suruh kerajaan buat?(macam Singapura yg kilangnya di Johor juga).Kerajaan suka beri kontrak kepada syarikat kroni yg monopoli juga. Terbaik adalah koperasi rakyat.
Kos juga melibatkan perbandingan negara pasca-industri yg mana simen lebih mahal drpd bahan industri lain sebab pekerja dibayar sewajarnya (maka mampu beli rumah lebih mahal).Di sini,simen lebih murah,bahan industri seperti besi mahal sampai penutup lampu jalan pun dicuri
Maka perlu diingatkan, “mampu milik” bukan melibatkan pengurangan upah pekerja, malah perlu ditingkatkan.Yang perlu dikurangkan adalah ketirisan dalam rantai perolehan,yg menguntungkan pihak yg dah terlebih untung,yg ambil kesempatan atas keterdesakan rakyat.
2.Tanah.Banyak kes mampu dapat rumah,tak mampu dapat tanah.Di bandar, lagi lah jauh kemampuannya.Kerajaan perlu rasmikan/gazet kampung tradisi&Tanah Adat, sediakan tanah perumahan di bandar yang tak boleh dijual beli,&gunapakai polisi “land value capture”
Kalau tak, teknologi prefab rumah sesebuah macam ni, akhirnya yang beli adalah orang kaya yang mampu beli tanah di hutan / kampung orang (sampai orang kampung sendiri hilang hutan & tanah)
3. Pemusatan industri&Had kebolehcapaian. Masih banyak kawasan yg jauh dari industri pembuatan bahan binaan.Kos angkut bahan,mesin&tukang tinggi.lepas siap,mana tuan rumah nak dapatkan bahan&mesin untuk baiki?Adakah mereka diajar bagaimana guna&jaga teknologi moden?
Banyak kes,rumah jadi beban kpd tuan,tambah kebergantungan kpd kami sebab mereka susah nak dapatkan bahan&mesin.Dalam projek perumahan skala besar,perjanjian selalu dibuat dgn pembekal utk sediakan stok selama tempoh warranty.Projek skala kecil susah
Yg sedihnya,tuan rumah yg selama ni hidup dgn budaya DIY turun temurun, tiba-tiba jadi “lumpuh” sebab tak dilengkapkan dgn alat menjaga teknologi baru.Dalam konteks ni,teknologi prefab asing tak sesuai,malah boleh membebankan
Dalam konteks perumahan luar bandar,kita perlu berbalik kpd punca kenapa mereka kehilangan upaya bina sendiri rumah.Salah satu punca besar: kehilangan tanah & sumber hutan (yg dilanun oleh industri sendiri)
Ini gambarajah ringkas permasalahan perumahan yang tak dapat diselesaikan dgn teknologi industri sahaja. Hak terhadap tanah, sumber alam & hak pekerja adalah paling utama: https://drive.google.com/file/d/1CbasNNg_5mHEfq5DT4WcxhJbDDVdt1TG/view
You can follow @sswani_s.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.