BAGAIMANA MEMPUNYAI LEBIHAN WANG DENGAN MEMBELI RUMAH?

Jikalau anda masih ingat, pada minggu lepas saya ada mencatat tentang betapa pentingnya kerajaan untuk mengusahakan pemindahan rakyat ke dalam bandar bagi menanggani beberapa isu yang berlaku,
Pertama sekali, saya berterima kasih terlebih dahulu kepada orang ramai, terutamanya netizen Twitter yang tak putus-putus tag nama menteri perumahan, Zuraida. Eh silap, Datuk (baca: nenek) Zuraida.

Sehari dua selepas itu, Datuk berkenaan ada mengeluarkan kenyataan bahawa
kementerian dibawahnya sedang mengusahakan lebih banyak perumahan mampu milik.

Inilah masalah pemimpin. Mereka menyelesaikan satu-satu masalah tanpa melihat secara menyeluruh. Tanpa melihat kesan-kesan lansung ataupun kesan-kesan sampingan.
Kalau rumah dibina seratus ribu unit, tapi dibina jauh dipelusuk dunia - sudah lah dirosaknya hutan, digondolnya bukit, dikacaunya habitat liar, sekarang mahu menyusahkan rakyat pula.
Bayangkan kerajaan bina rumah mampu milik serendah 300 ribu. Kemudian katakan secara kasar bulanan adalah 700 ringgit. Tapi disebabkan dibina jauh dari kawasan-kawasan yang menempatkan tempat pekerjaan teramai, dan dalam masa yang sama tiada kemudahan pengangkutan awam,
Maka rakyat terpaksa untuk membeli kereta ataupun paling tidak motosikal. Maka bertambahlah jumlah perbelanjaan bulanan mereka. Belum dikira perbelanjaan sampingan seperti tol dan minyak, contoh kiraan dibawah,
Rumah - 700
Utiliti - 100
Kereta - 500
Minyak - 250
Tol - 150

Jumlah = 1,700

Maka untuk mendapatkan pendapatan - katakan 3000, rakyat terpaksa melabur dalam jumlah yang tinggi setiap bulan yang selepas ditolak semuanya,
maka rakyat hanya ada lebihan yang amat rendah, maka sampai bila-bila lah rakyat hanya kais pagi makan pagi,

Tetapi bayangkan kerajaan bina rumah mampu milik di sekitar bandar, yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam, maka tidak perlu bersusah payah untuk membeli kenderaan,
Bayangkan harga rumah yang seperti tadi, malah bayaran bulanan juga sama, tetapi disebabkan ia berdekatan dengan tempat kerjanya, dia boleh menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya, maka dia sudah jimat sekitar 900 (tolak : kereta, minyak dan tol)
Maka wang lebihan ini akan digunakan untuk mempertingkan gaya hidup mereka, seperti memberi nutrisi yang lebih baik kepada anak-anak, mendapatkan pendidikan yang lebih baik, atau memberi kemampuan kewangan yang lebih tinggi,
Jadi untuk menyelesaikan masalah perumahan bukan hanya memperbanyakkan perumahan mampu milik, sebaliknya banyak faktor-faktor yang harus diambil kira.
You can follow @HasyirHusam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.