Mengapa orang susah/miskin malas belajar, badannya lebih gempal dan anaknya lebih ramai?
(Untaian)
Memahami cara berfikir orang susah.
(Untaian)
Memahami cara berfikir orang susah.
Ramai orang senang dan kaya merasakan mereka cukup cerdik untuk mengetahui apa yang terbaik untuk orang miskin. Jadi ramailah yang menyalahkan personaliti orang miskin atas kemiskinannya. Realitinya, tidak seperti itu.
Jika kita pernah terdetik untuk menyalahkan mereka, ketahuilah, kita berada di dalam kalangan orang yang senang dan cukup. Kerana pemikiran orang biasa dan orang susah adalah berbeza. Logiknya berbeza. Sebab itu kita gagal untuk memahami psikologikal orang susah.
Orang susah terperangkap dalam mentaliti kelangsungan hidup. Kalau kita berada di lembah kemiskinan, kita akan habiskan masa dan tenaga hanya demi kelangsungan hidup. Kita tidak mampu berfikir tentang masa hadapan dan akhirnya membuat keputusan yang salah.
Jadi apa yang membuatkan orang susah mempunyai ramai anak? Jawapan mudahnya adalah tenaga kerja. Ini adalah naluri primitif. Mentaliti kuantiti daripada kualiti. Dengan ramai anak, kerja-kerja dapat dibahagikan.
Selain itu, ia juga seperti sebuah pelaburan. Bila anak-anak sudah besar dan cukup umur untuk bekerja, mereka dapat membantu menyara keluarga. Untuk memahami logik naluri ini, bayangkan jika kita ingin memulakan perniagaan.
Tetapi, kita tidak cukup modal dan ilmu, maka kita akan mencari rakan kongsi. Walaupun kita tahu perkongsian bakal membawa masalah seperti konflik kepentingan atau ketidak puas hatian dalam jangka masa yang panjang, kita terpaksa.
Dan jika kita mempunyai modal yang banyak, sudah tentu kita membuka perniagaan persendirian. Kita terpaksa membuat keputusan yang memberikan keuntungan masa sekarang, dan endahkan kerugian di masa akan datang.
Kalau macam itu, lebih baik tidak membuka perniagaan. Bermakna, kita perlu menghalang orang miskin dari berkahwin dan berkeluarga. Ini adalah idea sampah. Berkeluarga adalah keperluan manusia. Menghalangnya, seperti menafikan kewujudannya sebagai manusia.
Kita terlihat pula sesetengah orang susah ini badannya besar-besar. Maknanya, mereka tidaklah susah. Elok saja makan banyak? Perspektif kita berbeza. Contohnya, dengan RM10 apa yang kita dapat makan? Sudah pasti kita akan cari benda yang paling sedap.
Berbeza pula dengan orang susah, mereka akan memaksimumkan RM10 itu dengan mencari makanan yang paling banyak. Orang senang mencari makanan sedap, orang susah mencari makanan yang mampu membuat mereka rasa kenyang dalam tempoh yang lama.
Orang susah sentiasa ada idea bahawa mereka akan berlapar. Jadi, apabila mereka makan, mereka makan lebih dari kenyang supaya mereka lambat rasa lapar. Makanan sedap dan berkhasiat tidak begitu penting. Dan seperti yang kita tahu, makanan murah yang sedap, tidak berkhasiat.
Kemiskinan bukan disebabkan kekurangan ilmu, tetapi kerana kemiskinanlah seseorang itu kekurangan ilmu. Pendidikan bukan penyelesaian. Bagaimana ingin mengajar seseorang, jika seseorang itu berada dalam tekanan dan kerisauan? Yang sentiasa kebulur?
“Kemiskinan memusnahkan masa hadapan”, kata George Orwell. Orang miskin tidak ada panduan masa depan yang nyata. Mereka tiada cita-cita yang besar. “Mengajar orang miskin ibarat mengajar seseorang untuk berenang dan campaknya terus ke lautan bergelora”, kata Prof Shafir.
Satu kajian terhadap petani tebu di India mendapati IQ mereka meningkat apabila musim menuai. Bermakna, kemiskinan menyebabkan seseorang itu malas belajar dan membuat keputusan yang salah. Dalam keadaan itu, orang yang pandai pun akan membuat keputusan yang bodoh.
Saidina Ali pernah berkata bahawa kemiskinan adalah maut yang dahsyat. Dalam mentaliti kelangsungan hidup itu membuatkan mereka kurang waras, agama juga sepertinya tidak relevan. Tiada agama pada orang yang tidak berakal. Kemanisan beragama hanyalah pada orang yang senang.
Andai anda berikan Al-Quran semata pada gelendangan yang kebulur, bersedialah untuk diludah, kerana anda layak menerimanya. Syed Hussein Alatas pernah bertanya, “Di manakah kesedaran umat Islam menasihati orang yang kebulur supaya jangan tamak makan?”
Kalau bab kemiskinan ini, kita yang senang ini berhentilah fikir kita tahu apa yang terbaik untuk mereka. Mereka tahu apa yang mereka perlu, dan ia bukannya apa yang ‘pakar’ fikir mereka perlu.
Keluarga yang miskin – anak ramai – anak dalam keadaan serba kekurangan – kurang pendidikan – tiada masa depan – anak juga menjadi miskin.
Inilah kitaran kehidupan orang miskin.
Orang miskin makin miskin.
Inilah kitaran kehidupan orang miskin.
Orang miskin makin miskin.
Jadi bagaimana cara untuk membasmi kemiskinan? Boleh tengok video ini :