DEKRIMINALISASI CUBAAN BUNUH DIRI DI
Tahukah anda bahawa cubaan membunuh diri adalah satu jenayah yang berat di
? Dengan PKP yang masih tidak nampak pengakhirannya, implikasinya amat besar kepada mereka yang tertekan dan kemurungan kerana kesempitan hidup #Seminit je

Tahukah anda bahawa cubaan membunuh diri adalah satu jenayah yang berat di

Bunuh diri atau cubaan membunuh diri adalah satu kesalahan di bawah undang-undang jenayah.
Ia terkandung di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574)
Ia terkandung di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574)
Untuk memahami mengapa bunuh diri dianggap sebagai jenayah, kita kena memahami sejarah undang-undang kita. Kanun keseksaan kita diambil daripada Kanun Keseksaan India yang mengikut ‘Common law’ yang berasal dari United Kingdom.
Pada zaman dahulu, bunuh diri dianggap sebagai satu kesalahan yang besar terhadap agama dan Raja di UK kerana pengaruh gereja yang kuat dalam sistem Common Law.
Justeru, mereka yang cuba membunuh diri akan dihukum.
Justeru, mereka yang cuba membunuh diri akan dihukum.
Namun begitu, UK dan India telah lama memansuhkan undang-undang yang menghukum seseorang yang cuba membunuh diri.
Isu bunuh diri bukan lagi dikira jenayah tetapi dianggap sebagai satu masalah kesihatan yang serius
Isu bunuh diri bukan lagi dikira jenayah tetapi dianggap sebagai satu masalah kesihatan yang serius
Di Malaysia, kempen untuk memansuhkan jenayah bunuh diri sudah lama disuarakan. Justeru, kerajaan Malaysia pada 2018 telah mengambil langkah proaktif untuk memansuhkan jenayah bunuh diri dengan mengkaji apakah cara yang lebih efektif untuk membantu mereka yang memerlukan.
Pada mulanya, reformasi undang-undang untuk memansuhkan jenayah bunuh diri dirancang untuk dilakukan pada pertengahan 2020.
Kini, Jabatan Peguam Negara sedang mempertimbangkan idea untuk memberi rawatan perubatan kepada mereka yang cuba membunuh diri dan bukannya menghukum.
Kini, Jabatan Peguam Negara sedang mempertimbangkan idea untuk memberi rawatan perubatan kepada mereka yang cuba membunuh diri dan bukannya menghukum.
Namun begitu, ada juga perkara yang membantut usaha ini. Salah satunya adalah persepsi keagamaan yang meletakkan bunuh diri sebagai satu kesalahan besar disisi agama. Kemudian, kemudahan fasiliti mental juga terhad.
Antara sebab penting mengapa undang-undang ini perlu dimansuhkan adalah kerana ia tidak membantu mengurangkan kadar kes bunuh diri.
Malah, ia membuatkan masyarakat lebih takut untuk meminta bantuan dari badan berkaitan, lebih lebih mereka yang mahu membunuh diri
Malah, ia membuatkan masyarakat lebih takut untuk meminta bantuan dari badan berkaitan, lebih lebih mereka yang mahu membunuh diri
Disamping itu, menghukum cubaan membunuh diri hanya akan mengeruhkan lagi kesihatan mental mereka.
Golongan ini sepatutnya diberikan sokongan dan rawatan yang sewajarnya bukannya dimasukkan ke penjara atau denda.
Golongan ini sepatutnya diberikan sokongan dan rawatan yang sewajarnya bukannya dimasukkan ke penjara atau denda.
Justeru, amat penting untuk kita memansuhkan jenayah bunuh diri supaya tidak ada stigma atau prejudis terhadap mereka yang cuba membunuh diri.
Masyarakat perlu sedar bahawa bunuh diri adalah satu isi kesihatan yang perlu dirawat, bukannya dihukum.
Masyarakat perlu sedar bahawa bunuh diri adalah satu isi kesihatan yang perlu dirawat, bukannya dihukum.
Sumber:
https://www.umlawreview.com/lex-in-breve/suicide-a-tragedy-or-a-crime
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/12/04/agc-considering-proposal-to-decriminalise-attempted-suicide-in-favour-of-me/1928685
https://codeblue.galencentre.org/2020/02/12/decriminalise-suicide-now-arjun-thanaraju/
Gambar:
https://www.change.org/p/mps-and-ag-tan-sri-idrus-harun-decriminalise-suicide-in-malaysia-now