Komik Barat (DC/Marvel) untuk pemula.

Sekiranya anda berminat untuk menyelami dunia DC/Marvel, eloklah baca komiknya yang jauh lebih mendalam dan luas berbanding filem-filemnya.

Aku nak berkongsi sikit bagaimana untuk mula membacanya, nak baca dari mana dulu, dsb.

#UntaianZM
Aku fokus ke DC sebab lebih banyak baca DC berbanding Marvel. Tetapi ekosistemnya lebih kurang sama saja. DC telah menerbitkan berpuluh ribu siri komik, dari superhero, anti-hero sampailah ke penjahat. Termasuklah organisasinya. Boleh lihat senarainya; https://www.dccomics.com/comics?all=1#browse
Untuk komik DC, pertama sekali perlu tentukan garis-masanya (timeline). Selepas Flashpoint, DC mempunyai empat garis-masa utama;

The New 52 (2011-2016)
Rebirth (2016-2018)
New Justice (2018-2021)
Future State (2021-Now)

Kenapa penting untuk tahu garis-masa ini?
Macam telah aku sebutkan, DC ada banyak siri komik. Kadangkala siri-siri ini berkait antara satu sama lain, kadangkala tidak, kadangkala tempias antara satu sama lain.

Tetapi garis-masa yang menyatukan siri-siri ini. Garis-masa ini ibarat dunia (universe) & tulang belakang.
Kalau baca Batman dari The New 52, kita akan jumpa beberapa isu yang menjadikan siri Batman itu berkait dengan siri Superman atau The Flash dari The New 52 juga.

Kalau kita baca Batman The New 52, kemudian baca Superman dari Rebirth, kita tak nampak perkaitan & kesinambungan.
Amnya, setelah kita memilih mana-mana garis-masa, kita bebas mula membaca mana-mana siri pun. Sebab setiap siri boleh berdiri dengan sendirinya. Nak baca Batman dulu boleh, nak baca Superman dulu pun boleh, nak baca Harley Quinn dulu boleh, nak baca Deathstroke dulu pun boleh.
Menariknya, setiap siri² watak akan buat crossover melalui siri komik lain pula. Biasaya DC akan buat crossover dengan dua cara; melalui organisasi atau melalui peristiwa/episod besar.

Contoh organisasi;
1. Justice League
2. Suicide Squad
3. Teen Titans
4. Justice League Dark
Antara contoh peristiwa besar yang menjadikan watak-watak DC buat crossover ialah;

1. Forever Evil
2. Trinity War
3. Future's End
4. Convergence

Bertambah menarik, peristiwa besar merupakan crossover untuk setiap organisasi dan watak DC. Boleh dikatakan sebagai mega-crossover.
Crossover ialah elemen utama kesinambungan (continuity) dalam garis-masa dunia DC. Ibarat filem Marvel. Setiap watak ada filem masing-masing. Mereka akan buat crossover untuk peristiwa besar macam Civil War dan peristiwa besar mempunyai kesinambungan filem crossover seterusnya.
Ini contoh peristiwa Trinity War dalam garis-masa The New 52. Kalau kita perhatikan, untuk faham Trinity War, perlu baca beberapa buah siri dalam isu-isu tertentu. Misalnya, kena baca JL (isu 19-20), JL Dark (Isu 22-23), dll. Ini antara ekosistem rumit dalam dunia komik Barat.
Sebelum berlakunya peristiwa Trinity War, ada peristiwa Forever Evil yang melibatkan lebih banyak siri komik watak dan organisasi. Peristiwa Forever Evil membawa kepada peristiwa Trinity War.
Kalau kita baca komik Batman, tiba-tiba bertemu dengan isu (chapter) yang membawa kepada mana-mana peristiwa besar, tak kisah kalau tak mahu ikuti peristiwa besar itu. Boleh saja teruskan baca siri Batman sampai habis. Sama juga dengan siri-siri komik watak DC yang lain.
Jadi, anda boleh pilih nak baca mengikut siri komik individu, organisasi ataupun peristiwa besar. Kalau aku lebih suka membaca ikut peristiwa besar dan organisasi. Kurang minat sikit membaca komik individu secara keseluruhan. Kalau organisasi, memang biasa pilih JL atau JL Dark.
Untuk tahu kita baca komik di garis-masa atau peristiwa besar yang mana, setiap komiknya telah diletak label. Kalau garis-masa Rebirth, muka depan memang dilabel besar-besar "Rebirth". Kalau New Justice, dia letak label di depan "New Justice". Sama juga macam peristiwa besar.
Tambahan info;

Pelukis-pelukis komik untuk suatu isu memang kita akan biasa jumpa tidak konsisten. Kita tengok isu 1-5 dilukis oleh orang sekian-sekian, masuk isu 6-8 dilukis oleh orang lain pula. Itu memang biasa. Dalam satu siri, pelukis tidak konsisten ialah normal.
Secara peribadi, saya lihat Dunia DC lebih sistematik berbanding Dunia Marvel. Dunia DC ada kosmologinya sendiri, ada sistem alam semestanya sendiri dan sistem garis-masanya lebih tersusun.

Hal ini membuatkan kita mudah faham jalan ceritanya walaupun siri komiknya terlalu banyak
DC juga ada pengkelasan alamnya sendiri, ada dunia magik, ada dunia realiti, ada dunia alam tumbuhan, ada dunia alam dewa. DC dah letak siap-siap sistem dunianya. Siapa dewa, siapa hero, siapa manusia biasa, siapa yang lebih tinggi dari dewa, siapa ahli sihir, dsb.
Bila dah terbiasa dengan dunia komik DC, secara peribadi filem-filem DC memang gagal. Kalau nak banding dengan Marvel dari sudut filem, memang Marvel jauh lebih baik.

Walau bagaimanapun, DC dapat menghasilkan animasi yang mantap.
Injustice Gods Among Us antara siri yang popular dan menarik, siap keluar permainan video PS4 lagi. Walaupun siri ini wujud dalam garis-masa The New 52, siri ini tidak berkait langsung dengan garis-masa tersebut kerana siri ini wujud dalam realiti berbeza (alternate reality).
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.