Lagu negeri Johor memang dipanggil lagu bangsa Johor. Penggunaan bangsa Johor memang ada di mana-mana, sampai lagu negeri pun guna perkataan tersebut. Tak salah, tapi jadi sedikit tidak manis bila orang Johor terlalu taksub dengan perkataan tersebut.
Sebab perkataan bangsa Johor seolah-olah merujuk kepada satu bangsa istimewa, yang lebih istimewa berbanding rakyat Malaysia yang lain.

Tidak sama sekali.

Bangsa Johor adalah orang Johor, yang sebahagian daripada Malaysia dan rakyat Malaysia juga.

Tak ada lebih atau kurang.
Aku anak jati Johor, dibesarkan di Johor, bermastautin di Johor, tapi aku sendiri tak bersetuju kalau aku letak bangsa Johor first, above Malaysia.

Sebab apa-apa pun, aku rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai bangsa Johor.
Bila ada yang lebihkan semangat kenegerian, akan berlaku satu sifat asabiyyah. Memang semangat ini penting, lagi-lagi untuk kita majukan negeri, daerah, persatuan, kelab masing-masing. Semangat kekitaan.

Tapi boleh menyebabkan perpecahan juga.
Sebab akan ada orang yang rasa we are better than you, I am better than you. Lama-lama akan menyebabkan perpecahan dalam kelompok itu sendiri. Sebab itu letaklah diri kita sebagai rakyat Malaysia dahulu, baru bangsa serta etnik, negeri dan lain-lain.
Bangsa Johor is nothing. Tak ada yang perlu dibanggakan. Kalau betul-betul bangga, tunjukkan aku apa yang bagus atau mulia sangat tentang bangsa Johor ini.

Kena ingat, aku bercakap sebagai anak jati Johor, bukan orang negeri lain yang persoalkan tentang kewujudan bangsa Johor.
Johor adalah negeri di selatan Malaysia. Kita duduk bawah bendera yang sama - bendera Malaysia. Kenapa perlu rasa kita adalah negeri paling istimewa, boleh jadi satu entiti bebas dari Malaysia? Johor tidak dijajah oleh Malaysia yang perlu menuntut kemerdekaan.
Jangan mudah termakan dengan kata-kata manis yang mahu Johor bebas dari Malaysia. Apa yang kita ada untuk berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan kerajaan pusat? Minyak? Nenas? Lada hitam? Pasir? Rumah-rumah mewah tak terjual?
Lihat sahaja kesan COVID-19, tanpa kemasukan rakyat Singapura, boleh dikatakan business di Johor lumpuh. City Square dan JBCC hidup segan mati tak mahu, kedai-kedai makan pun sakit nak sustain, banyak business dah lingkup atau hampir lingkup, Legoland pun tak ada orang.
Buka mata, tengok sekeliling kita. Apa yang kita ada? Rumah-rumah di Danga Bay, ada yang kita mampu beli? Rumah-rumah di Nusajaya ada yang kita mampu beli? Kita bergantung pada orang luar untuk hasil negeri, terutamanya penjualan properties.

Tapi kita dapat benefit ke?
Kalau betul Johor mampu berdiri dengan sendirinya, tak akan ada orang miskin di Johor, tak akan ada orang mengemis di Johor, tak akan ada orang merempat tepi jalan di Johor. Kita tak perlukan Syed Saddiq pun untuk kumpul dana untuk belikan laptop.
In fact, kita boleh angkuh menolak bantuan dari kerajaan musim pandemik ini. BPN? BSH? Apa tu? Tak payah! Kami rakyat Johor boleh hidup dengan bantuan kerajaan negeri kami! Kami tak perlukan kerajaan pusat!

Tapi tanya diri sendiri, mampu ke kita survive tanpa kerajaan pusat?
Ingat aku tak malu ke orang perlekeh, make fun of orang-orang negeri Johor, sebab ketaksuban dengan negeri sendiri?

@LilyHazizan selalu menganjing aku. Sampai dah lali.

Tapi aku tetap rasa malu, bila orang make fun of Johor dan orang negeri Johor.
Sebab nak tak nak, aku orang Johor. Anak jati pula tu. Tapi aku tak suka semangat kenegerian, asabiyyah yang tak bertempat. Aku sayang negeri ini, tapi aku tak nak sokong benda bukan-bukan macam keluar Malaysia.

Sebab above all, aku rakyat Malaysia. Bukan bangsa Johor semata.
So video yang viral itu, aku SANGAT tidak suka dan tidak sokong. So out of touch, so insensitive. Peduli kalau orang cakap mereka donate berjuta-juta. Itu bukan tiket nak tunjuk betapa mewahnya kehidupan bila ramai orang lain merana sebab pandemik.

Read the room, orang cakap.
Apa yang perlu disanjung sangat? Tell me. I want to know. Apa yang kita perlu banggakan sangat orang Johor ada pesawat peribadi, kapal mewah, Bugatti, Aston Martin, Rolls Royce, macam-macam lagi?

Tengok orang sekeliling kita, berapa ramai yang masih papa kedana, susah?
So apa kaitan semua itu dengan kesusahan yang kita semua sedang hadapi? Tak ada. Itu semua hanya flex, orang cakap.

Jangan terlalu taksub. Jangan sampai menyembah manusia biasa.

Tak ada apa-apa kebaikan yang kita dapat bila kita terlalu taksub dengan manusia.
Buka mata. Luas-luas. Pandanglah sesuatu dengan pancaindera yang Tuhan kurniakan. Ketaksuban itu membimbing manusia ke ambang kemusnahan dan perpecahan.

At the end of the day, mereka masih kekal kaya dan terus kaya dan mewah.

Tapi kita?

Ya, tidak kaya seperti mereka pun.
Tak perlu taksub dengan Syed Saddiq, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, mana-mana kerabat diraja.

Boleh dijadikan idola, tapi jangan sampai taksub sehingga kita 'butakan' mata dan hati, bila mereka buat salah, kita tetap sanjung, seolah-olah mereka sentiasa benar.
Awas! Al-Amin hanya ada satu dalam dunia. Yang sentiasa benar dan berkata-kata benar.

Awas! Manusia biasa tidak maksum dan bebas dari dosa, mereka semua itu bukan para nabi atau rasul. Bermakna, mereka tidak maksum.

Mereka hanya manusia biasa seperti kita. Sama dan serupa.
Tapi sebab wujudnya undang-undang dunia, kita semua terbatas daripada berbicara perkara yang benar. Kita takut, sebab kita boleh ditangkap, didakwa, mungkin juga terus lenyap dari atas muka bumi ini.

Kita takut dengan undang-undang manusia.

Betul?

Ya, sebab aku macam tu.
Sebab itu aku tak nak taksub sokong mana-mana ahli politik, mana-mana parti politik, tak nak menyanjung tinggi mana-mana kerabat diraja hatta yang berasal dari negeri aku sendiri.

Untuk apa?

Apa keuntungan yang aku dapat jika aku taksub?

Acknowledgment? Fame? Money?
So ... Orang Johor, orang mana-mana negeri pun, jangan terlalu semai semangat kenegerian dalam diri. Jangan rasa bangga dengan sifat asabiyyah.

Contohi Ebit Liew, yang meletakkan dirinya sebagai rakyat Malaysia, membantu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, negeri mana.
Malaysia above all. OK? Tak payah lagi bising atau sokong gerakan nak keluar Malaysia.

Aku tak nak. Aku suka Malaysia, aku sayang Malaysia. Aku sayang orang-orang dari negeri lain. Aku ramai saudara, kawan dari negeri-negeri lain.

Aku rakyat Malaysia yang berasal dari Johor.
You can follow @SyazanaMI.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.