Contoh marketing yang aku paling tak suka 👇

Fear mongering dari ejen² takaful dari dulu sampai sekarang.

Provok dengan cerita² sedih macam ni.

Meh aku bagitau REALITI SEBENAR bab pengurusan harta orang Islam ni macam mana,

(Sambung) https://twitter.com/yieee98/status/1355368173558661125
1. Sebelum fikir nak buat hibah takaful tu hangpa suami² isteri² kena fikir dulu komitmen bulanan yang perlu diasingkan sebab once dah sign up hibah takaful ni, ia dikira KOMITMEN dan komitmen ni kita perlu konsisten bayarannya kalau nakkan hasilnya kelak,
2. Letak dalam kepala otak tu, hibah takaful ni bukannya satu²nya penyelesaian kepada masalah pengurusan harta TAPI kita ada banyak lagi cara antara lain;

i. Wasiat (terhad kepada 1/3 harta dan perlu kepada persetujuan ahli waris lain sekiranya bersetuju)
ii. Hibah

a) hibah mutlak
b) hibah bersyarat
c) hibah takaful

Kita ada banyak jenis hibah, jangan terlalu hanya fokus pada hibah takaful semata²,

Ye aku faham hibah takaful ni tertakluk pada Akta Kewangan Islam 2013 dan kita tak perlu ke Mahkamah Syariah
untuk proses pengesahan hibah sekiranya berlaku kematian pencarum hibah TAPI hibah yang lain juga jangan kita nafikan haknya seolah² dalam hibah ni cuma hibah takaful je yang terbaik, jangan ye!
Kaedah pengurusan harta pusaka orang Islam ni dah cantik sangat dah tapi sikap segelintir ejen² takaful yg beria² buat fear mongering dengan cerita² macam ni buatkan orang² yg takde ilmu berkaitan pengurusan harta akan pandang negatif pada institusi kehakiman syariah negara kita,
iii. Harta Sepencarian

Memang betul dalam tweet tu bagitau KWSP TIDAK BOLEH diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian TAPI sekiranya si mati meninggalkan harta sebelum sijil kematian dikeluarkan,
isteri boleh cepat² keluarkan segala wang yang ada di bank etc sebelum pihak bank bekukan DAN isteri boleh gunakan terlebih dulu harta tu sementara menanti proses pusaka selesai bagi meneruskan kelangsungan hidup.
iv. Faraid

Ejen² takatul tolonglah letak dalam kepala otak korang tu, faraid ni BUKANLAH keutamaan yang utama perlu diselesaikan TAPI faraid ni adalah instrument TERAKHIR yang akan digunakan SELEPAS kesemua kaedah yang disebut diatas selesai dilaksanakan.
3. Ini bermaksud sekiranya si mati masih ada BAKI HARTA yang tinggal selepas ditolak semua urusan berkaitan barulah akan pergi kepada sistem FARAID.
4. Isu berkaitan tuntutan Harta Sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah ni akan jadi lama kalau isteri tu tadi proceed kes secara sendiri tanpa bantuan mereka yang ahlinya sebagaimana dalam surah An-Nahl ayat 43 :
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang² lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
5. Jumpa Peguam Syarie & dapatkan khidmat nasihat lanjut dari mereka tak kisah Peguam Syarie Swasta @ Kerajaan (JBG) berkenaan pengurusan harta si mati.
6. Kat sini kita akan nampak peranan Peguam Syarie tu sebenarnya membantu memudahkan urusan pihak² di Mahkamah supaya kes berkaitan tuntutan pengisytiharan Harta Sepencarian dapat diselesaikan dengan mudah & cepat.
Kes HS ni kalau dibuat pengisytiharan di Mahkamah sekurang²nya akan dapat at least 10% dari keseluruhan harta atau kalau isteri ada beri sumbangan langsung @ tak langsung boleh pergi sampai 50% bahagian yang akan diterima kelak.
7. Perlu diingat, tanggungjawab menafkahi keluarga isteri yang kematian suami tadi sekiranya si mati TAKDE ANAK LELAKI atau ahli waris asobah, akan pergi kepada ahli waris² lelaki yang LAYAK TERIMA FARAID mengikut turutan keutamaan.
8. Menurut mazhab Syafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul²nya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usul perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya),
nafkah tidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas.
Yang lebih dekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat.
Jika sama² dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan nafkah dikongsi bersama.
Apabila tidak ada langsung datuk atau datuk yang ada tidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul² perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).
9. Berkenaan isu menebus harta dari pihak lain yang berhak mengikut faraid ni, itulah pentingnya muafakat dalam pengurusan harta pusaka ni bukannya membabi buta terus nak claim itu ini macam drama TV3 walaupun situasi tu memang berlaku pun!
10. Urusan faraid takdelah sampai bertahun² melainkan harta suami tu melibatkan JUTAAN RINGGIT macam kes arwah Tan Sri Jamaludin Jarjis yang meninggal terhempas helikopter tu.
Kalau setakat harta ada ratus ribu ni bila dokumen dah lengkap nak dapatkan sijil faraid dari Mahkamah Syariah KEJAP je. Selesai dapatkan sijil faraid terus je bawa ke JKPTG untuk proses pengurusan pusaka di sana.
Janganlah buat tanggapan yang tak betul pasal Mahkamah Syariah kalau kita tak tahu apa².

Nak promot produk takde masalah langsung tapi jadi masalah bila kita ambil kesempatan atas kesulitan!

#CelikSyariah
#SyarieCounsel
You can follow @RafiCounsel.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.