Orang yang dari kecil membesar tak pernah hidup susah, tak pernah melihat mak ayah susah, akan susah untuk memahami kehidupan orang susah. Apa memori susah zaman anda membesar yang masih anda ingat? Kongsikan untuk tauladan bersama.
Waktu kecil saya dah ikut ayah menoreh getah. Keluar rumah selepas subuh, kadang awal lagi. Petang, isi cuka atau kutip getah. Kalau tak menoreh, ikut bertukang. Pernah tak punya lauk untuk makan. Pernah tak ada duit belanja ke sekolah. Tak pernah lupa asal usul orang kampung.
Pernah duduk menumpang di stor rumah orang. Terbiasa bermalam dengan cahaya lilin dan pelita minyak gas. Pemikiran matang banyak terbentuk dek pengalaman hidup susah. Terkadang, saya tak suka bergaul rapat dengan anak orang senang. Keanak-anak, tak punya hati jauh sekali empati.
Sekarang ekonomi saya lebih baik berbanding dahulu. Sudah mampu belikan apa saja yang keluarga mahukan. Sebab itu mereka, saya manjakan hari ini kerana selama ini kami sekeluarga sudah merasai kesusahan itu bersama-sama. Namun, kami tak lupa dari mana keluarga kami berasal.
That's why, I hate spoiled brat person. Nothing can describe how much I hate em.
Sebahagian orang tidak akan pernah sama sekali memahami situasi ini kerana tidak pernah muncul di benak pemikiran mereka pengalaman hidup sebegini.