Golongan tu memang pakar alih tiang gol.
Orang cakap fasal jaga halal haram, dia tetiba pergi cerita "Apakah Melayu jual karipap angin halal?" seakan-akan semua melayu jual karipap, karipap angin.
Orang cakap fasal Bahasa Melayu, dia mula la cakap "Kenapa tak Bahasa Malaysia?"

Tengok ramai mula menyokong, bersuara agar menekan Netflix Malaysia(ya, bukan Netflix Amerika) agar menciap dalam bahasa kebangsaan kita, dia mulalah kumpul ciapan-ciapan yang menggunakan bahasa jelek, pamerkan seakan-akan itulah gaya semua pejuang bahasa melayu.
Memartabatkan identiti Melayu ni hanya jadi tunggangan mereka bila mereka nak menentang Islam atas nama penentangan terhadap arabisasi, kononnya.
Masa tu la mereka konon nak kita kembali berkebaya, berbaju melayu, agar kita tak berjubah, berjilbab menutup aurat.

Kata serapan iftar pun dilawannya sampai dikarang satu artikel panjang ajak masyarakat menggunakan sungkai, konon-konon telah hilang jati diri kita ini sebab 'terlalu Islam Arab'.
Bagi yang celik dengan permainan mereka, kita akan tahu bahawa mereka hanyalah segolongan hipokrit.

Samalah bila mereka perlukan Islam, dalil Al-Quran, sama ada untuk menyebelahi 'perjuangan' mereka atau untuk halalkan nafsu serakah mereka.
Oh, ketika itu baru dipetiknya ayat Al-Quran, hadith Nabi, Rasulullah diiktiraf sebagai feminis dan segala bagai yang lain.

Demikianlah betapa lalangnya mereka dan betapa hipokritnya mereka.
Mereka tidak pernah ambil sesuatu itu secara menyeluruh dan jujur. Mereka hanya ambil apa yang kena dengan anak tekak mereka, dan kemudian tidak segan silu menghina apa yang tidak kena dengan nafsu mereka.