Aku nak kongsi REVIEW Apple Watch setelah genap setahun gunakan jam ini.

Model : Apple Watch 5 GPS+Cellular
Size : 44mm
Battery Health : 99%

Ia mungkin membantu bagi yang baru nak beli smartwatch atau teringin nak beli pada masa akan datang.

Thread.
1. Beli GPS @ Cellular version?

Jangan terpengaruh org lain. Kalau 95% masa phone sentiasa di sisi, tak perlu cellular version.

Dengar music masa lari?
GPS pun boleh (download).

Call ketika bersenam?
10/10 takkan guna.

Guna 4 bulan, terminate plan.
Jimat RM18 sebulan (eSIM).
2. Perlu Always On Display (AOD) ke tak?

Depends. Jujurnya ia membantu. Tak perlu angkat tangan nak lihat jam.

Contoh tengah typing di laptop, kita boleh jeling je instead angkat tangan, pusing atau tap untuk wake-up jam.

Hanya AW version 5 dan 6 yang support AOD.
3. Ketahanan Battery?

Bila pakai smartwatch ni memang kena expect sama seperti phone. Jenis rutin kena cas setiap hari.

Memanglah boleh tahan sampai masuk hari ke-2. Tapi takkan nak tunggu 0% baru cas. Biasa cas di meja ketika kerja.

Jam Garmin Fenix aku, seminggu sekali cas.
4. Quality & Performance?

Jujurnya, AW series 4,5,6 hampir tiada beza ketika digunakan. Performance hampir sama + design identical.

Hatta sapa yang pakai version 3 (2017) pun masih okay lagi.

Ini jam. Bukan korang nak main games atau buat editing video kat jam.
5. Aluminium vs Ceramic/Stainless Steel?

Ada duit boleh je beli. Luaran sama, cuma ia lebih berat dan tahan calar. Bila dah pakai kat tangan sama je.

Lagipun ramai guna case untuk protect jam mereka.

Pertama kali dalam dunia orang guna case kat jam. Mengarut! Termasuklah aku.
Lain-lain.

6. Kalau guna iPhone, AW lebih logik dipilih sebab sync ecosystem. Tapi smartwatch lain pun boleh guna tanpa masalah. Perlukan companion apps.

7. Notification boleh pilih nak mirror iPhone atau tak. Aku punya noti cuma untuk Call, SMS dan IMAN Apps (solat) je.
8. AW default face takde yang kira STEP dan rekod Deep Sleep ketika tidur. Benda basic yang aku rasa semua smartwatch lain ada.

Tapi boleh download apps lain. Majoriti berbayar.

Kelebihan AW terbesar adalah sokongan banyak developer. Banyak Apps khusus direka untuk AW.
9. AW di Malaysia masih tak boleh gunakan Apple Pay. Ini paling mengarut dan kesian.

Features ada (termasuk dlm harga belian), tapi tak boleh guna sebab takde bank support.

Jeles betul tengok yang pakai Samsung Watch bayar kat kedai guna jam. 2029 agaknya baru ada kat sini.
10. AW series 5 dan 6 ada features ECG.

Iaitu check keadaan jantung sama ada normal atau ada tanda atrial fibrillation. Sekali lagi, ia tak ada di Malaysia.

Tapi kalau jalan ke Singapore/Thailand boleh activekan ECG. Bila balik sini benda tu available sepanjang masa.
Kesimpulan.

Tujuan utama aku beli AW ni untuk Health & Fitness.

Ia bantu untuk kita kekal aktif setiap hari. Ada target dan motivasi untuk capai.

Bila lama sangat duduk, dia ingatkan suruh berdiri. Bila tak aktif dia suruh keluar buat aktiviti. Kadang2 dia suruh bernafas😭.
Fungsi kesihatan macam monitor heart rate dan ECG sebenarnya membantu. Kalau ada yang abnormal, kita tahu lebih awal.

Ia juga rekod level fitness semasa kita.

Soon dapat check gula dalam darah, tanpa perlu cucuk jarum. Ia satu breakthrough dalam teknologi monitor kesihatan.
AW mungkin paling popular.

Tapi sebenarnya ada banyak lagi smartwatch lain yang bagus dan lebih banyak features dengan harga lebih berbaloi.

Wife guna Samsung Watch Active 2 pair dengan iPhone dia takde masalah. Semua yang AW buat, diapun ada.

Semua data sync tanpa masalah.
Satu lagi kelebihan smartwatch ni kita boleh tukar-tukar strap dengan lebih mudah.

Mungkin perlukan 20 saat je untuk tukar strap jam.

Berbanding jam biasa yang kena gunakan skru halus untuk buka dan pasang.

Jadi boleh sesuaikan dengan keadaan (formal/santai/sport) atau baju.
Akhir sekali. Adakah perlu Apple Watch?

Jujurnya, beli je mana-mana smartwatch yang kita mampu. Mampu AW, silakan.

- Ia bantu kita lebih sihat.
- Galakkan supaya aktif.
- Lari/cycling tak payah bawa phone + dengar audio/ceramah (bluetooth).
- Monitor kesihatan dll.

End.
You can follow @acaiijawe.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.