Kisah semut membunuh gajah

Beberapa hari ni kecoh kisah pelabur runcit yang menewaskan Hedge Fund (akan diterangkan).

Sebab apa benda ni kecoh? Kerana ada hero dan villain dalam cerita ni. Orang yang tertindas melawan yang menindas. Miskin VS kaya. Marhaen VS elitis.
Orang ramai sangat skeptical dengan institusi kewangan, institusi kewangan dilihat menindas orang awam.

Institusi kewangan nampak tamak, contoh terdekat tengok macam mana susahnya bank nak bagi moratorium sedangkan mereka masih untung.
Dalam pasaran pula, biasanya pelabur runcit yang kena 'game' dengan jerung-jerung (mereka yang ada modal besar). Boleh baca contoh disini: https://theoutlook.asia/bagaimana-pelabur-runcit-ditipu/

Hedge fund ni pelaburnya terdiri dalam kalangan orang sangat kaya.

Tapi kali jerung pula kena 'game' dengan bilis
Siapa hero dalam cerita ni?
1. Trader di Reddit channel wallstreetbet (kalau kat Malaysia macam dekat forum I3 investor)
2. Elon Musk
3. Chamath

Siapa villain?
1. Hedge Fund
Sebelum teruskan kita kena fahamkan dulu apa itu hedge fund, apa itu saham dan apa itu short selling.
Secara teorinya kenapa harga saham naik? Sebab permintaan tinggi. Sebab apa tinggi? Sebab pelabur merasakan yang perniagaan syarikat tersebut ada potensi dan akan terus berkembang.

Bila berkembang, syarikat untung, sebagai pemilik saham kita berhak dapat untung dalam dividen.
Proses normal buat untung dalam saham adalah beli kemudian jual.

Apa itu short selling?
Short selling ni pelabur akan jual dulu saham tu kemudian dia beli semula. Macam mana nak jual dulu? Dia akan pinjam daripada pelabur lain (lazimnya broker).

Macam agak kompleks kan?
Saya cuba mudahkan.

Katakan selepas membuat kajian dan analisa, Ali rasa harga pisang akan jatuh dalam sebulan akan datang.

Harga semasa setandan pisang RM10. Muthu ada kebun pisang, Ali pinjam setandan pisang dari Muthu dan jual di kedai dengan harga yang sama, RM10.
Cukup sebulan, harga pisang jatuh ke RM5 setandan. Ali beli setandang pisang RM5 dari kedai Ah Chong dan pulangkan semula pisang tu kepada Muthu, dia bagi Muthu RM1 sebagai upah.

Untung: RM10-RM5-RM1 = RM4
Ingat ye, Ali tak keluar modal pun, dia hutang pisang, jual dapat duit, bila harga jatuh dia beli pisang dan pulangkan pisang kepada Muthu?

Apa jadi kalau harga pisang naik? Katakan tadi Ali janji ke Muthu nak pulang balik pisang dalam tempoh sebulan.
Nak taknak Ali kena pulangkan pisang, tapi harga pisang sekarang RM15. Ali terpaksa la beli juga pisang tu dan tanggung kerugian RM5.

Faham apa itu short selling?
Dengan adanya short selling pelabur boleh buat untung bila harga saham jatuh.

Seterusnya apa itu hedge fund?

Hedge fund adalah syarikat pengurusan dana pelaburan. Pelabur hedge fund terdiri dalam golongan kaya dan profil risiko yang tinggi.
Mereka buat duit masa pasaran naik dan jatuh. Siapa tengok siri Billion mesti tahu berita buruk bagi sesuatu company adalah keuntungan bagi hedge fund.

Berita buruk > harga saham jatuh > hedge fund buat duit.
Ada kumpulan yang melihat hedge fund ni jahat sebab buat keuntungan dengan musibah orang. Yela, contoh syarikat sedang mengalami kerugian, pekerja kena buang, tapi hedge fund buat untung dari situ.
Sekarang baru kita masuk ke GameStop.

Syarikat GameStop ni memang tidak berapa menguntungkan sejak beberapa tahun lepas, harga saham pun dalam fasa downtrend sejak 2016.

Dalam fasa downtrend ni seronok la hedge fund buat untung, dari $30 ke $10, $10 ke $4.
Sentimen positif terhadap GameStop bermula apabila Ryan Cohen membeli saham GameStop sebanyak 10% pada Ogos 2020 dan hadir dengan strategy nak turnaround.

Ryan Cohen adalah pelabur individu terbesar dalam saham Apple.
Sekarang kita masuk bahagian Reddit pula. Seorang redittor perasan yang hedge fund dah pinjam 140% daripada semua saham GameStop yang ada. Semua perbincangan ni berlaku dalam channel Wallstreetbet.
Secara logiknya dia boleh pinjam 100% je dari semua saham yang ada. Contoh ada 10 pelabur pegang RM100. Maknanya maksimum dia boleh pinjam RM1,000 jela, tapi sekarang dia dah pinjam RM1,400.

Kalau Ali ada 10 pisang kita boleh pinjam sepuluh je, mana boleh pinjam 14 pisang.
Ini menunjukkan betapa kompleksnya pasaran kewangan hari ini. Entah apa yang dijual beli pun taktahu

Benda ni tak masuk akal & menunjukkan sifat tamak hedge fund. Bila mereka dah short sell saham, mereka kena beli semula saham tu nanti (dalam masa ditetapkan berdasarkan kontrak)
Redittor nampak benda ni sebagai peluang yang baik, jadi dia ajak redittor lain untuk beli saham ni, bila ramai beli harga akan naik (asas permintaan dan bekalan)
Bila harga naik melambung, hedge fund ni akan rugi. Mahu atau tidak dia kena beli semula saham tu.

Bila harga naik, apa hedge fund ni buat (mereka sedang rugi ni), mereka short lagi sebab mereka rasa mereka boleh manipulasikan pasaran.
Saham GameStop dari $4 naik sampai $76, ketika ini salah satu hedge fund iaitu Malvin Capital terpaksa minta bail-out.

Untuk lebih menghangatkan keadaan, Elon Musk pun masuk dan 'suruh' orang beli saham GameStop.
Elon musk antara orang tak suka short selling. Antara orang kaya lain yang support movement ni adalah Chamath, CEO social capital.
Boleh tengok video ulasan Chamath di bawah https://twitter.com/itsavibe/status/1354484760115081217?s=19
Sekarang harga GameStop sekitar $350, dah berapa banyak hedge fund rugi? Sampai ada yang merayu dekat badan autoriti untuk tutup channel Reddit, tak benarkan orang beli saham GameStop lagi.
Hedge fund kata ini adalah manipulasi pasaran, sedangkan mereka lah selama ini yang memanipulasikan pasaran. Orang awam nampak peristiwa ini sebagai balas dendam kepada golongan elitis.
Sedikit tambahan, antara catalyst dalam peristiwa adalah kewujudan Robinhood. Robinhood charge 0% untuk pembelian saham dan dengan design yang menarik dia berjaya tarik lebih ramai pelabur muda.

Antara faktor jumlah pelabur runcit di US meningkat adalah disebabkan Robinhood.
Apa akan jadi seterusnya? Saya tak pasti. Apa jadi dekat pelabur yang tersangkut dekat pucuk? Adakah kerajaan akan masuk campur? Kisah ini belum berakhir.

Boleh jadi benda sama dekat Malaysia, sangat sukar nak berlaku. Boleh baca ulasan rakan saya.
Sekian
You can follow @mohdkautharr.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.