Ramai yang tertanya, kenapa Ujian PCR perlu digantikan dengan Ujian RTK-Ag untuk mengawal wabak #COVID19Malaysia sekarang? Ini adalah bebenang (harap bersabar)

1.Walaupun Ujian PCR sgt sensitive(kadang-kala boleh mengesan virus COVID19 yg telah mati),ia mengambil masa
yg sgt lama utk diproses

2.Walaupun negara kita mempunyai kapasiti untuk memproses hampir 70k ujian setiap hari, malah ujian ini tidak mencukupi utk wabak ini. 70k ini tidak mengambil kira ujian yang dibawa kedepan dari hari sebelumnya atau backlog)
3.Dgn adanya backlog yg besar,kadar ujian yang boleh dijalankan pd hari itu akan semakin bertambah-inilah sebabnya memprosesan PCR mengambil masa 2-7 hari (mengikut beban kerja&backlog)
4.Penggunaan RTK-Ag tidak memerlukan pemprosesan di makmal khas&keputusan ujian boleh
diperolehi dalam 1-3 jam

5.Kenapa ini penting? Apabila keputusan ujian diperolehi dgn cepat, para doctor boleh membuat keputusan utk mengisolasi pesakit&memulakan contact tracing& rawatan.Jika Ujian PCR digunakan utk saringan-ia akan mengambil masa yang lebih utk ini berlaku
6.Masa yang lebih menunggu keputusan PCR ini boleh memudaratkan situasi. Orang yg sedang menunggu keputusan yg tidak mempunyai gejala mungkin akan keluar&berdamping dgn orang lain.Perebakan virus boleh berlaku-oleh sebab itu, kepatuhan SOP sgt penting!
7.Jangan salah faham! Ujian PCR penting - tetapi hanya perlu di buat jika pesakit positif dengan RTK-Ag. Apa bezanya dengan keadaan sekarang?Mitigasi utk mendapat isolasi&rawatan boleh bermula dlm beberapa jam berbanding dgn menunggu 7h sebelum bertindak.
8.Dgn ujian besar-besaran&isolasi yang cepat,kita boleh mengurangkan penularan wabak ini terutamanya ke Tahap 3 keatas

9.Masyarakat perlu sedar kenapa ini adalah sesuatu yg penting yg para doktor/saintis sedang gigih menyokong.Mengubah taktik ini boleh menjadi game changer
dalam membendung wabak ini

10.Walaupun apa jua ujian yg diguna,rakyat perlu teruskan mematuhi langka2 pencegahan spt masker, jejak fizikal&kerap cuci tangan.

Salam hari minggu!
Dalam situasi pandemik, masa merupakan faktor utama dlm membanteras penularan #covid19malaysia. Selagi kita bertindak lebih cepat dari virus ini, kami boleh Menang.Tetapi faktor kepatuhan SOP juga Sgt penting!Perlu di faham juga-RTK-Ag lebih murah&tidak perlu bnyk tenaga sokongan
You can follow @Dr_ASinghR.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword β€œunroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.