Manusia bertindak diluar kemampuan dirinya supaya dapat memenuhi nilai ukuran yang telah dianggap sebagai dasar norma sosial dalam masyarakat.
Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri biarpun akan mempengaruhinya kerana ingin mencapai keadaan tersebut.

Jangkaan sosial yang diletakkan itu telah menjadi dorongan kepada seseorang untuk berbuat sedemikian supaya dapat diterima dalam komuniti.
Oleh itu, ia telah mengikat seseorang supaya bertindak selari dengan kehendak norma sosial tersebut.

Secara tidak langsung, memaksa seseorang untuk percaya bahawa ia adalah cara untuk kelihatan unggul.
Keunggulan yang menjadi unsur dalam set pemiawaian tersebut telah menjadikan masyarakat terikut-ikut dan turut serta kerana dilihat sebagai keperluan.

Walaupun begitu, ia bukan suatu perkara yang dituntut melainkan idea terhadap keadaan yang dipercayai sebagai bentuk terbaik kehidupan.
Gambaran idea yang direka ini telah menyebabkan manusia terlalu bergantung harap terhadap nilai tertentu yang tidak mungkin dijangkau.

Betapa penting kesedaran terhadap keupayaan yang dimiliki supaya kita dapat berkembang mengikut acuan masing-masing.
Oleh itu, kita tidak perlu berusaha untuk masuk ke lingkungan tertentu yang berbeza set piawaiannya. Setiap individu adalah unik dengan cara tersendiri.