Apa yang kita perlu tengok kalau nak bandingkan Medical Card (read Medical Insurance)

RT la skit, bosan la takde RT ni 🥲
Had Harga Bilik Satu Malam

Ha, harga bilik yang dimaksudkan ni ialah harga bilik bila kita warded. Ade bilik harga RM 500, 300, 200 dan 150 tau.

Makin mahal harga bilik, makin mahal la premium bulanan.
Bilik mahal ni selalunya bilik Single bed, dan bilik murah bilik sharing.
Cth, kalau korang impikan nak masuk Gleneagles KL bilik Single bed, korang kena ambil Medical card yang cover harga bilik RM 300/malam.

Tapi kena ingat, harga bilik ni berubah tiap tahun due to inflasi tau. Tengok harga bilik berdekatan area korang 👇🏻 https://mypf.my/risk/life/malaysian-hospital-room-rates/
Kalau korang nak masuk hospital yang harga bilik melebihi had coverage Medical card korang, boleh je, tapi kena bayar sendiri la selebihnya.

contoh had Medical card cover 150/malam, tapi masuk bilik 200/malam, baki 50 tu korang kena topup sendiri la.
Kemudian, korang boleh bandingkan Annual Limit dan Lifetime Limit.

Annual limit ni had coverage untuk setahun, dan lifetime limit ni had seumur hidup sepanjang korang membayar polisi.

Aku suggest, cari la medical card yang TIADA LIFETIME LIMIT.
contoh Lifetime limit 1 Juta, korang dah gunakan 1 juta pada umur 52, korang kena cari medikal kad lain pula, sebab medikal kad tu dah tak cover sebab mencapai limit dah kan.

Tapi malangnya, kalau dah sakit tak boleh buat medikal kad!

so carilah yang TIADA LIFETIME LIMIT
Annual limit ni limit penggunaan medikal kad utk setahun.
Bila mencapai je limit tersebut, medikal kad tu dah tak cover, sehinggalah masuk tahun baru.

contoh limit 150K setahun, korang dah pakai 150K untuk pembedahan. Kalau warded lagi pada tahun yg sama, kena bayar sendirilah.
Maghrib ni, jom kita solat dahulu, RT skit baru aku sambung, kasi support skit la kawan2 😬
Okay guys, aku bosan ni, so aku sambung skit apa kriteria yang korang kena tengok untuk bandingkan Medikal Kad, zassss
Korang kena pastikan, adakah cost sharing measure yang medikal kad tu ada, adakah co-Takaful atau Deductible.

Firstly, apa itu Deductible?

Deductible ni fix amount yang kau kena bayar bila warded.
Contoh, plan Medikal kad deductible rm 300, so kalau warded kena total Rm 5,000

Rm 300 - bayar sendiri
Rm 4,700 - medikal kad bayar

So, kalau ZERO deductible, meaning thay korang tak perlu bayar sesen pun bila warded. Tapi of course lebih mahal caruman bulanan medikal kad tu!
Semakin tinggi deductible, semakin murah premium medikal kad

Semakin rendah deductible, semakin mahal premium medikal kad

Make sure ambil medikal kad yang dedutible tu korang MAMPU bayar. Sebab kalau kena kes dua tiga kali masuk ward setahun takde la rasa terbeban.
Okay, apakah itu co-Takaful.

Co-takaful ni meaning that kau kena bayar percentage yang telah ditetapkan tiap kali warded.

Contoh, co-takaful 20%, so ko kena bayar 20% dari total kos warded tu. Medikal kad hanya cover 80% sahaja.
Masalah dengan co-Takaful ni, korang kena bayar ikut percentage, jadi nya dia tak fix la. Boleh jadi kena bayar tinggi, boleh jadi rendah, depends kepada total bill hospital tu.

So, payah la sikit, sebab uncertain berapa nak kena bayar nanti.
Contoh, total rawatan RM 100,000

Bila co-Takaful 20%

Rm 20,000- bayar sendiri
Rm 80,000- medikal kad cover

Mana kau nak cekau RM 20,000 ha?

So, aku sarankan, ambillah medikal kad yang ada Deductible yang mampu bayar, premium tak mahal sangat, bila warded tak koyak dompet.
Memang normal pada zaman sekarang, medical card ade cost sharing. Salah satu sebabnya ialah nak mengelakkan pengguna medikal kad masuk ward atas sakit2 kecik yang tak perlu warded. Sekurang kurangnya pikir sikit bila nak warded, pasai ade kena pakai duit sendiri kan
You can follow @anassVEVO.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.