Berikut dikongsikan peratusan pemain tempatan yg beraksi di #MSL20 mengikut bulan kelahiran. Tren menunjukkan kelompok pemain yg lahir pada awal tahun catat jumlah lebih tinggi dari yg lain

Fenomena ini dikenali sebagai RELATIVE AGE EFFECT

Baca lebih lanjut disini
#OptaJ
Relative Age Effect (RAE) dalam sukan adalah satu fenomena dimana dalam satu kelompok usia yang sama, seseorang atlit/ahli sukan yang lahir lebih awal dianggap mempunyai kelebihan dari sudut fizikal & mental dari rakan² sebaya yang lahir di penghujung tahun.
#OptaJ
Fenomena ini bukan sahaja khusus buat bolasepak malah meliputi semua kategori sukan terutamanya di tahap pembangunan.
Jurulatih atau pencari bakat akan lebih cenderung pilih pemain yg menunjukkan prestasi lebih dari yang mempunyai potensi (performance over potential)
#OptaJ
Berbalik semula kepada #MSL20.
Mengikut statistik, pemain yg lahir pada bulan Jan/Feb/Mar mencatat 34.1%, tertinggi berbanding dgn Apr/May/Jun (27.5%), Jul/Aug/Sep (21.3%)& Oct/Nov/Dec(17%)

Ini adalah impak RAE yg dibawa dari akademi hinggalah ke peringkat profesional
#OptaJ
Tren yang sama juga dilihat pada kelompok pemain tempatan di #MPL20

1️⃣JAN-MAR 33.33%
2️⃣APR-JUN 25.85%
3️⃣JUL-SEP 22.79%
4️⃣OCT-DEC 18.03%
#OptaJ
Rasmus Ankersen, Pengarah Bolasepak di Brentford FC & Pengerusi FC Midtylland melalui buku yg ditulis bertajuk The Gold Mine Effect juga mempersoalkan fenomena ini & mahu sistem yg diibaratkan sebagai 'Talent Apartheid' ini dimansuhkan
#OptaJ
Menurut beliau, tidak adil utk buat pemilihan bakat berdasarkan kekuatan fizikal & prestasi semasa. Ini sudah tentu akan beri kelebihan buat mereka yg lahir lebih awal.
Pencarian bakat harus diukur dari sudut potensi & ambil pendekatan 'what you see is not what you get' #OptaJ
Rasmus Ankersen juga kongsi statistik pemain mengikut bulan kelahiran di Piala Dunia 2010:

1️⃣ JAN-MAC 32.4%
2️⃣ APR-JUN 25.2%
3️⃣ JUL-SEP 21.5%
4️⃣ OCT-DEC 21.0%

#OptaJ
Jika bukti Relative Age Effect ini boleh dilihat di MSL, MPL & Piala Dunia, bagaimana pula dgn liga² terhebat di dunia? Adakah ini berskala global?
Cuba lihat tweet dari @FC_Python ttg statistik di Eropah.
#OptaJ https://twitter.com/FC_Python/status/1353647298664914944?s=19
You can follow @OptaJ_Analytics.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.