Midnight sharing yang I baru je dengar dari Ustaz Hanan. Salah satu cara menjemput pertolongan dari Allah adalah solat.

Saya solat tapi hidup masih macam ni. Saya solat tapi doa saya belum termakbul. Saya solat tapi masalah saya masih belum selesai, musibah bertimpa-timpa...
Kita solat tapi kita masih rasa macsm tu. Normal, I pun rasa macam tu. I solat, I berdoa setiap kali solat untuk dipermudahkan urusan jodoh (sebab I penat dengar mulut orang).

Tapi solat yang macam mana menjemput pertolongan Allah ketika kita dalam kepayahan dan kebuntuan?
Ustaz ada share satu kisah untuk kita mudah faham. Kisah ni disampaikan oleh seorang sahabat, Anas ibn Malik.

Dahulu ada seorang lelaki di Madinah yang berdagang antara Syam ke Madinah. Suatu hari dalam perjalanan lelaki ni dirompak. Hartanya diambil oleh perompak tersebut
Maka berkatalah lelaki tersebut kepada perompak tadi

“Wahai fulan kalau kau nak harta ambil lah, biarkan aku teruskan perjalanan”

Tapi perompak tu tak nak. Dia balas,

“Harta tu mmg sudah jadi milik aku, sekarang aku hanya ingin membunuh mu”
Mendengar kata-kata perompak tadi, lelaki tersebut meminta agar diberikan peluang untuk dia solat 2 rakaat terlebih dahulu sebelum dibunuh. Permintaannya diterima.

Maka solatlah pedagang tadi dengan kusyuk. Dalam solat, dia baca satu ayat dari surah An-Naml ayat 62..
..dengan penuh penghayatan. Dia betul-betul menghayati ayat tu sepanjang solatnya sehinggakan muncul rasa yakin dalam hatinya bahawa harapan dia satu satu hanya Allah. Sesungguhnya dalam keadaan dia yang dah tak berdaya waktu itu hanya Allah sahaja yang boleh membantu.
Siapa yang akan perkenankan doa org tak berdaya selain Allah? Maka muncul rasa yakin dalam hati lelaki tadi. Selesai sahaja solat dia berdoa sambil menyebut nama-nama Allah yang mulia.

Ya Rab, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang..
wahai Tuhan Yang Memiliki Arasy Yang Mulia, Tuhan Yang Menampakkan makhluk, wahai Tuhan Yang Mengembalikan, Tuhan Yang Maha Melaksanakan apa yg Dia kehendaki. Aku mohon dengan cahayaMu yang memenuhi sudut-sudit ArasyMu.
..hamba mohon kepadaMu dengan kekuasaanMu Yang Menguasai MakhlukMu dan dgn rahmatMu yang meliputi segala sesuatu. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Ya Allah. Wahai Tuhan Yang Maha Penolong, tolong lah aku.

Sepenuh hatinya dia meminta pertolongan pada Allah.
Tiba-tiba selesai sahaja dia berdoa, muncul seorang lelaki dengan pakaian hijau bercahaya menaiki kuda dan mengeluarkan pedang. Si perompak cuba menyerang tapi ditendang oleh kuda lelaki itu dan kemudiannya lelaki tersebut membunuhnya
Pedagang tadi bertanya kepada lelaki bercahaya itu “Siapakah tuan?”

“Ketahuilah saya malaikat yang turun dari langit ketiga. Ketika kamu berdoa pada Allah kali pertama, kami para malaikat mendengar suara gemerincing dari pintu langit..
... sehingga malaikat-malaikat tertanya apakah yang terjadi. Tiba-tiba muncul doa kedua kamu, sehingga pintu pintu langit terbuka dan nampak cahaya yang sangat terang. Muncul doa ketiga, datang malaikat Jibrail kepada kami berseru
“Siapa antara kalian wahai para malaikat yang mahu menolong hamba Allah itu”

Lalu aku memohon pada Allah untuk mengizinkan aku melaksanakan tugas ini. Wahai hamba Allah ketahuilah, barang siapa yang berdoa dengan doa yang engkau baca tadi ketika dlm kesedihan..
..penderitaan dan dalam keadaan sedang susah, maka Allah akan melepaskannya dari kesedihan dan akan menolongnya”

Rahsia pedagang tadi sehingga Allah datangkan malaikat kursus untuknya ialah melalui ibadah solat yang Ihsan.
Seperti dikatakan Rasulullah tentang ihsan

“Yaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak mampu melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia selalu melihatmu”
Rasulullah mengajar kita tentang solat yg mendekatkan kita terus dengan Allah. Yakin seolah kita melihat Allah, lalu dgn cara itu kita minta dgn penuh keyakinan. Kalau kita tak mampu rasa macam tu, yakin yang Allah melihat kita, mendengar dan menunggu apa yg kita perlu dariNya
Maka itulah solat yang disebut

“Solat yang boleh mendatangkan pertolongan Allah”

Minta maaf sharing I panjang kali ni. I kena susun ayat dan ringkaskan betul-betul. Semoga bermanfaat dan bagi kita sinar harapan untuk baiki solat dan kekurangan kita dalam berdoa
Ini link sharing yang I dengar. Kadang-kadang perkara random macam ni muncul saat kita betul-betul perlukannya. Itu tanda Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Tidur lena semua orang 💕
You guys boleh check this thread untuk baca topic lain 🤗 https://twitter.com/anisaniesa/status/1348279437326913537
You can follow @anisaniesa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.