Okay harini saya akan kongsikan, system saya follow masa sy trade. Bukan sifu atau coach, cuma share sikit apa yg sy tau. Semoga bermanfaat.
1. Saya akan tengok long term trend untuk overall picture. My priority closing price mesti above MA 50 dan MA 200. Kebanyakan great trader seperti Paul Tudor Jones, Mark Minervini, dan Ed Seykota berpegang pada prinsip ni.
Ada a few exception untuk method trend following ni, tp sy stick sahaja. Functionnya nak reduce risk dan ibarat belayar kita nak angin ada dibelakang. Lebih mudah bila follow trend.
Multi timeframe analysis amat penting bila lakukan kajian, sy akan bermula dengan timeframe yang lebih besar. Weekly > Daily. Untuk entry gunakan timeframe yang lebih kecil seperti 1hour dan 15 min. Kena faham bahawa big fund takkan tengok timeframe yang lebih kecil dari daily.
2. Okay cukup untuk long term trend, seterusnya kita ke intermediate term. Dalam mid term kita nak tengok presence of chart pattern, holding support dan base formation.
Chart pattern.
1. Descending upper trendline, kalau perasan tak perlu pun untuk ingat semua pattern triangle ni, konsep dia beli bila break minor DTL.
2. Saucer atau cup and handle.
3. Any flag pattern, the tighter and shorter period the better.
4. Double bottom
Holding support.
1. Dynamic support iaitu moving average.
2. Horizontal SNR, untuk horizontal snr saya suka gunakan di timeframe weekly. The longer the timeframe more significant, more touch more significant. Saya gunakan high/low untuk horizontal snr instead closing price.
Base formation.
Base ni mmg banyak jenis, kena faham konsep 2nd wyckof rule cause vs effect. The longer the base effect dia akan lagi besar. Sy kategorikan base kepada dua jenis, flat base dan base lain2. Flat base retracement akan kurang dari 10-15%.
3. Okay cukup untuk mid term, sekarang kita move ke short term. Short term saya nak tengok pada 3 benda ni.
-Pullback (low volume)
-Breakout (high volume dan ada follow up buy)
-Rebound (high volume, berlaku selepas pullback)
Ikut citarasa masing2, ada orang selesa beli breakout, ada yang selesa beli pullback. Taste orang berbeza, yang penting kena buat self analysis. Focus pada satu niche terlebih dahulu dan move kepada benda lain.
4. Seterusnya volume analysis.
Topik ini agak besar boleh baca buku anna coulling. Setiap price movement perlu ada validation dari volume. Ibarat irama dan lagu gittew.
untuk volume perlu tengok dalam banyak konteks, position candle dalam chart juga memainkan peranan. Saya akan tengok benda ni.
-Rising price validate dengan rising volume.
-High volume dalam pandangan saya more than 50 average day volume.
-Any pullback mesti low volume
5. Volume ni panjang sikit nak cerita, sampai esok tak habis sebab dia ada banyak konteks yang berbeza. Bukan sekadar high dan low volume. Seterusnya kita move yang terakhir Fundamental Analysis.
Dalam fundamental analysis saya pun tak berapa arif, tapi saya hanya tengok 3 benda.
-Increasing EPS untuk 2 quarter
-Increasing profit margin
-EPS % Q1 2021 dengan Q1 2020 at least ada improvement 25%.
okay tu sahaja perkongsian harini secara roughly, bukan sifu atau sesiapa trader nubis juga sama mcm korang. Saya sertakan sekali list buku yang okay untuk korang baca.
List buku.
http://1.How  to make money in stocks (O Neil)
http://2.Trade  like a stock market wizard series (Mark Minervini)
3.Volume Price Analysis (Anna Coulling)
4.Secret for profitting bull and bear market (Stan Weinstein)
5. Trading in the zone (Mark Douglas)
6. Reminiscences of stock operator (Edwin Lefevre)
7. How i made 2 mil in stock market (Nicolas Darvas)
8. Market wizard series (Jack D Schwager)
9. Chart pattern analysis (Fred Tam)
10. Trading for a living (Alexander Elder)
You can follow @nazmiafiq_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.