Ingat lagi tak, ada suatu pasukan berani mati yang kononnya nak hancurkan Kaabah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW?
Pasukan tersebut datang dari Yaman menuju ke Mekah sebab tak puas hati orang ramai semua pergi ke Kaabah.
Dah ingat nama panggilan yg sinonim dengan tentera tu?

Yup, kami nak ceritakan kisah tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah bin al-Asyram al-Habasyi yang memerintah Yaman ketika itu.
Kenapa si Abrahah ni nak hancurkan Kaabah?
Sebab mudahnya, dia tak puas hati.
Lah, kenapa pulak?

Abrahah ni tak puas hati sebab bangsa Arab ketika itu terlalu memberi tumpuan kepada Kaabah.
Padahal, dia dah bina sebuah gereja Qullais di Shan'a.
Pada pendapat si Abrahah ni, gereja dia lagi cantik, lagi istimewa dan lagi mewah sebab diperbuat daripada emas dan perak.

Jadi pada fikiran dia, kenapa bangsa Arab mahupun pedagang masih setia mengunjungi Kaabah?
Sedangkan gereja Qullais dia jauh lebih menarik.
Hah, sebab itulah Abrahah ni nak hancurkan Kaabah.
Oleh itu, dia pun membawa bala tenteranya ke Mekah pada tahun 571M.

Ada juga sebahagian riwayat yang mengatakan serangan tersebut dibuat pada tahun 570M.
Apa yang pasti, serangan ini datang beberapa waktu sebelum kelahiran Rasulullah SAW.
Semasa serangan tersebut, ada peristiwa menarik yang berlaku.

Masa ni, Abrahah dan tenteranya memang dah bersiap sedia nak masuk ke Mekah.
Tapi, sang gajah tiba-tiba duduk. Taknak jalan.
Dah jadi satu kerja buat tentera Abrahah nak berusaha bagi gajah mereka jalan.
Mereka cuba macam-macam cara, tapi gajah tetap tak berganjak.
Bingung!

Kemudian, pasukan tentera ini cuba pula hadapkan sang gajah ke arah Syam.
Wah, terus berlari!
Selepas itu, mereka cuba pula arahkan sang gajah ke Yaman.
Fuh, macam lumba lari gajah tu pecut!
Tapi, bila diarahkan semula ke Mekah, sang gajah taknak berganjak.
Subhanallah!

Semasa di Mekah, Abrahah dan bala tenteranya telah merampas harta masyarakat Arab.
Antara harta yang dirampas adalah unta milik Abdul Mutalib Bin Hasyim, iaitu Datuk Rasulullah SAW.
Ketika Abdul Mutalib meminta kembali untanya, Abrahah terkejut lalu bertanya.

"Adakah engkau datang untuk minta 200 ekor unta saja, sedangkan engkau tinggalkan sebuah rumah yang menjadi agama dan agama nenek moyangmu. Aku kan datang untuk menghancurkannya, apakah engkau taknak berurusan tentangnya?"
Abdul Mutalib pun menjawab,
"Sesungguhnya aku adalah pemilik unta ini dan sesungguhnya rumah itu sudah dimiliki Pemiliknya sendiri yang akan melindungi darimu."
Memang benar ucapan Abdul Mutalib!

Kerana Allah SWT telah menghantar burung-burung Ababil untuk melontar batu yang dibuat dari tanah liat yang sedang membakar.
Akibatnya, bala tentera Abrahah seperti daun-daun yg dimakan ulat.
Hingga angin pun boleh meniupnya ke kanan dan kiri sehingga berterbangan di mana-mana.

Kisah ini ada difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Fiil, ayat 1 hingga 5. Bolehlah rujuk!
Setelah gagal menghancurkan Kaabah, Abrahah dan saki-baki tenteranya pun balik ke Yaman.
Namun begitu, ramai anak buahnya yang meninggal akibat penyakit cacar di dalam perjalanan.

Abrahah juga tak ketinggalan, dia pun turut sama menderita sakit cacar yg akhirnya mengakibatkan kematiannya.
Adapun, yg menjadi penunjuk jalan adalah si pengkhianat Abu Righal.
Hingga kini, dikatakan masyarakat Arab masih membaling batu ke arah kuburnya.
Wallahualam.

Semoga kisah ini memberi ibrah kepada kita, selain meneguhkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT!
Thread hari ini dirujuk daripada buku Jejak Ketamadunan dalam Al-Quran, Jilid 2.
Jom follow @MyFundAction untuk lebih banyak konten bermanfaat