"Manusia-Manusia Ketika Wabak Dalam Drama Zombie Korea, Kingdom."

Baca thread ini, lepas tu cuba kaitkan dengan watak-watak yang wujud dalam Malaysia. Manalah tahu ada kebetulan yang kita boleh ambil pengajaran?

Oleh: Nabil Nadri
Ada pihak berkepentingan menaja pembuatan dan penyebarannya tapi bukan niat dia senjata biologi tu capai tahap pandemik macam Cho Hak Ju, bila dah luar kawalan dia terpaksa berpatah arang menyeluk pekasam.
Ada pihak tak berkepentingan tapi terdesak dan didesak untuk bersubahat macam An Hyeon taegam dia terpaksa bersetuju dengan Cho taegam sebab nak mematahkan serangan Jepun. Dia ni orang ingat dia hero Perang Jepun.
Ada pihak dia tak sengaja menjadi pencetus kepada rantaian pandemik macam Yeong Shin, niat dia hanya nak bagi makan rakyat yang kebuluran tanpa tahu keadaan makanan yang diberi tercemar.
Ada pihak dia tak tahu menahu terus jadi mangsa rantaian sebab kebuluran memaksa mereka makan apa saja iaitu rakyat kebanyakan. Depa ni yang paling terjejas sebab jahil tak tahu nak buat apa, akhirnya depa jadi macam ya'juj (yang memamah) dan ma'juj (yang dimamah).
IKLAN: Tawaran promosi KOMBO 3 BUKU RM 60 masih dibuka bagi yang berminat mencari bahan bacaan menarik ketika PKP atau persiapan TOTAL EKONOMI LOCKDOWN yang bakal diumum kerajaan.

Yang paling penting...
FREE SHIPPING!
Beli di webstore kami:
https://thepatriots.store/store/kombo/ 
Dalam pada itu kita ingat Cho taegam tu dah habis jahat dah,rupanya jahat dia ada prinsip iaitu buat apa saja untuk kekal berkuasa demi keselamatan negara. Yang bapak segala jahat adalah Permaisuri yang menggunakan pandemik untuk menjadi orang paling berkuasa demi nafsu peribadi.
Dia akhirnya sanggup bunuh Cho taegam bapak dia sendiri bila bapak dia tahu komplot sebenar dia. Dia inilah jadi punca pandemik tersebut sampai ke Hanyang (Seoul) dan menyusun rancangan untuk ditularkan kembali setelah ia dihapuskan.
Apa yang paling penting pada waktu genting sedemikian bukan lagi percaturan politik dan kesilapan lampau, tapi kebijaksanaan dan iltizam bagaimana untuk menamatkan pandemik tersebut.
Ini nilai yang kita dapat daripada watak Raja Muda Lee Chang dan patriot yang lain termasuk peranan para sarjana negara yang menjadi tonggak kerajaan berpandukan ajaran sebenar Guru Meng Tse.
Ramai yang dibelenggu kesilapan lampau menolak ketepi perasaan ego dan apologetik dan tampil untuk membetulkan keadaan sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka.
Semua orang akan mati, dan ramai orang mati dalam keadaan tersebut, tapi kita boleh memilih keadaan yang bagaimana kita hendak mati sama ada kematian yang penuh bermakna ataupun mati katak.
Kisah ini juga memberikan kepada kita satu kepercayaan bahawa hanya orang orang yang lurus dan sedia berkorban tadi itu akan berjaya mewarisi pemerintahan tanah air mereka manakala yang berkomplot akhirnya akan musnah dimakan hasil kerja mereka sendiri, ibarat senjata makan tuan.
Namun demikian kita perlu terus berhati hati kerana kejahatan sentiasa mengintai peluang untuk kembali. Macam mana kejahatan akan kembali, kena tunggu musim ketiga pulak lah kot? Dan apakah watak-watak dalam drama tersebut, anda nampak pada politikus kita?
You can follow @thepatriotsasia.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.