HAMAN – Pembantu Firaun yang namanya tercatat dalam Al-Quran.

Source : Google
Pada pertengahan tahun 1799, seorang anggota tentera Perancis, Pierre-Francois Bouchard secara tidak sengaja telah menemui sebuah batu bersurat di bandar Rashid, berhampiran delta sungai Nil.
Batu yang dikenali sebagai ‘Rosetta’ itu terbahagi kepada tiga bahagian, dan pada setiap bahagian tersebut tertera tulisan aneh yang sukar untuk difahami.
Para pengkaji percaya bahawa batu tersebut merupakan tinggalan sejarah dari tahun 196 Sebelum Masihi. Batu bersurat ini ditulis dalam tiga bentuk tulisan iaitu hiroglifik, Yunani kuno dan demotik (bentuk sederhana tulisan tangan Mesir kuno, dan bahasa Yunani kuno)
Sekalipun ahli sejarah pada masa itu dapat mengecam dan mengenali tulisan yang tertera pada batu berkenaan, tetapi tiada seorang pun yang dapat merungkai apa maksud di sebalik tulisan-tulisan ini.
Ini kerana agama dan budaya Nasrani telah tersebar secara meluas di Mesir sekitar abad ke-2 dan ke-3 Masihi. Kehadiran pengaruh baru ini menyebabkan rakyat Mesir telah meninggalkan kepercayaan kuno mereka berserta dengan tulisan hiroglifiknya sekali.
Bahasa gambar dan lambang telah dilupakan sehingga tidak seorang pun yang dapat membaca dan memahami apa yang tertera pada batu bersurat itu.
Pada tahun 1801, Perang Napoleon telah meletus di antara pihak British dan Perancis di Mesir. Kekalahan tentera Perancis telah menyebabkan pihak British telah mengambil batu bersurat itu dan dibawa ke London untuk dibuat kajian.
Pada 1802, batu tersebut ditempatkan di Muzium British untuk tatapan umum. Bermula daripada situ, pelbagai pihak dari seluruh dunia telah menawarkan diri untuk membuat kajian mengenainya.
Namun, terjemahan semula penulisan manuskrip kuno itu masih menemui jalan buntu kerana bukti artifak yang ditemui sangat minimum. Selama beberapa dekad ia tersimpan di situ tanpa ada sesiapa pun yang dapat menghuraikannya.
Sehinggalah pada tahun 1822, seorang pakar sejarah dan bahasa dari Perancis, Jean- Francois Champollion yang mempunyai kepakaran dalam budaya Yunani berjaya merungkai tulisan yang terdapat pada batu tersebut.
Isi terjemahan tulisan itu berkisar tentang peradaban, agama dan kehidupan masyarakat Mesir kuno. Secara tak langsung, terjemahan ini telah membuka jalan kepada pengetahuan yang lebih banyak tentang babak-babak penting sejarah tamadun manusia zaman silam.
Selain itu, ia turut memahat nama-nama penting dalam sejarah tamadun Mesir seperti Firaun, isteri serta anak-anaknya. Juga terukir nama ‘Haman’ yang selama ini menjadi perdebatan.
Siapa Haman?
Nama Haman ada disebutkan di dalam Al-Quran sebanyak enam kali. Antaranya ialah di dalam surah Al-Qashas, ayat 38. Firman Allah yang bermaksud; …
… “Dan berkata Firaun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman akan tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa…”
Berdasarkan ayat ini, dikatakan Haman adalah sekutu rapat Firaun yang berkemungkinan turut menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan Mesir sebagai menteri dan penasihat raja.
Dalam ayat di atas, kita difahamkan bahawa Haman telah diarahkan oleh rajanya untuk membina sebuah menara yang akan digunakan untuk bertemu dengan Tuhan Nabi Musa.
Dengan kata lain, watak Haman ini seperti yang diceritakan dalam Al-Quran sebenarnya wujud pada zaman Nabi Musa dan pemerintahan dinasti Firaun.
Namun, agak aneh apabila nama Haman langsung tidak disebut di dalam kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa itu sendiri. Akan tetapi, nama tersebut ada dinyatakan di dalam bahagian terakhir kitab perjanjian lama, …
… yang mana lelaki ini dinyatakan sebagai pembantu kepada seorang pembesar Babylon. Haman di dalam kitab perjanjian lama ini dikisahkan hidup sekitar 1,100 tahun selepas kewafatan Nabi Musa.
Perihal nama Haman ini menjadi satu perdebatan kepada golongan agamawan. Sebahagian penganut bukan Islam sekitar abad ke-15 telah menuduh fakta yang dinyatakan di dalam Al-Quran tentang watak bernama Haman ini adalah sesuatu yang palsu.
Mereka menyatakan, Nabi Muhammad telah menyalin kisah tersebut melalui kitab Injil, dan tersilap memasukkan fakta mengenainya. Namun, penemuan batu bersurat Rosetta pada penghujung kurun ke-18 telah mengesahkan segala-galanya.
Watak Haman, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran ternyata mempunyai persamaan dengan apa yang tertulis pada manuskrip batu ini. Secara tak langsung, penemuan bersejarah itu telah mengesahkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah sesuatu yang sahih dan benar.
You can follow @chicanoz.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.