Israel telah berjaya mencetak daging alternatif (alt-meat) menggunakan pencetak 3D, bermula dari proses pembiakan sel. Daging ini mempunyai kualiti, rasa & tekstur yang sama dengan daging sebenar. Dalam masa 1 jam, pencetak 3D ini mampu menghasilkan ribuan unit daging.

#TriviaZM
Berdasarkan artikel, ada beberapa kelebihan dengan teknologi ini;

1. Kurangkan kos penternakan haiwan (tak perlu ternak banyak haiwan kerana daging dapat hasilkan dalam banyak unit melalui haiwan yang ada).

2. Dapat menjaga kualiti keselamatan daging itu dengan lebih baik.
3. Boleh dapatkan daging dalam masa yang singkat berbanding menternak haiwan sebenar yang makan tahun baru boleh disembelih, itu pun tidak dapat dalam kuantiti yang banyak seperti yang dilakukan oleh mesin pencetak 3D ini.
4. Paling bagus sebenarnya, kualiti daging ini dijaga dengan baik. Nutirisi yang baik diambil, yang tidak baik dibuang seperti kolestrol berlebihan, patogen dan sebagainya. Penghasilkan ini menjadikan daging ini lebih selamat dan sihat berbanding daging konvensional.
Berdasarkan kertas kajian ini, kalau sel kultur daging diambil daripada haiwan disembelih, maka halal. Kalau tak disembelih, tidak halal hukumnya.

Amnya, kalau pencetak 3D guna sel kultur haiwan disembelih, maka halal.

Baca lanjut pada pautan dibawah;

https://www.researchgate.net/publication/336853116_Penggunaan_Sel_Stem_dalam_Pengkulturan_Daging_Analisis_Menurut_Perspektif_Hukum_Islam_The_Use_of_Stem_Cells_in_Cultured_Meat_Analysis_According_to_Islamic_Law_Perspective
Rupanya, berdasarkan artikel yang saya pautkan di atas, ada dua syarikat Israel berbeza cetak daging berbeza.

Redefine Meat — cetak daging berasaskan tumbuan (plant-based meat). Tetapi rasa macam daging.

MeaTech — cetak daging berasaskan sel kultur yang diambil dari haiwan.
Tambahan maklumat tentang hukum daging kultur. https://twitter.com/ammardathinker/status/1352790122597498882?s=19
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.