BOLEH KE MAKAN IKAN YANG DICUCUK HORMON?

“Doktor, ikan tu kalau dah kena cucuk hormon dan dia mati. Kita boleh makan tak?”
Ikan yang kita nak biakkan biasanya akan disuntik dengan hormon penggalak. Fungsi hormon ini adalah untuk menggalakkan proses kematangan ovari atau sperma
Namun, apabila suntikan terlebih dos atau handling yang kasar, ikan akan stress dan mengalami kemurungan. Ikan, bila murung boleh akibatkan kematian.
Jadi, boleh kah kita goreng dan makan ikan tu? Ada apa-apa kesan ke?

Hormon adalah ikatan molekul peptida yang berfungsi memberi signal kepada sel. Dalam kes pembiakan, hormon sintetik digunakan untuk memberi signal kepada organ pembiakan.
Apabila digoreng garing atau dibuat sambal tempoyak, diletak dengan pais dan dihidang di atas daun pokok pisang, dia akan memberi kesan kepada orang yang memakannya.
Orang yang memakan ikan itu akan merasa kelazatan dan sedikit kepedasan kerana pais ada sambal. Jika dihidang panas-panas, saya sarankan tempah teh o ais siap-siap.

Sekian.
Dr Fitri
Perut berkeroncong.
You can follow @drfitriyusof.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.