Bab kahwin ni kalau boleh janganlah kita anggap sebagai satu keseronokan je,

Bukan tak boleh nak kahwin awal tapi seeloknya biarlah perkahwinan yang dibina tu datang dengan kefahaman tanggungjawab bukan keseronokan nak memenuhi nafsu shj,
Sebenarnya tweet ni up malam tadi kebetulan pulak masa tu Tuan @HilalAsyraf respon dan RT tweet ni. Sempat borak satu dua isu dengan beliau. Sy sebenarnya nak share perihal natijah kahwin muda ni sebab tahun lepas masa PKP 1.0 pernah dijemput @MingguanWanita untuk share pasal ni,
Pertamanya kita kena faham maksud perkahwinan tu yang membawa maksud akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.
Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3,:
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.
Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”
Dalam ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 dijelaskan melalui Seksyen 8. berkenaan had umur minimum untuk perkahwinan:
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau
perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

(LELAKI – 18 tahun PEREMPUAN – 16 Tahun)
Kahwin Muda – Kebiasaannya melibatkan pasangan yang berkahwin pada usia 18 tahun (lelaki), 16 tahun (perempuan) hingga yang berumur 25 tahun;

1. Selepas zaman persekolahan & SPM,
2. Ketika belajar di Institusi Pengajian Tinggi.
Dalam satu laporan BERNAMA SEP 17, 2019 – Kes perceraian membabitkan pasangan Islam di Selangor sangat membimbangkan dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai 24,063 kes bagi 2017 dan 2018.
Menteri Besar Dato' @AmirudinShari berkata, lebih 20 peratus daripada jumlah itu adalah pasangan muda yang baru berkahwin.
JAKIM menerusi laporan antara Jan – Julai 2016 – merekodkan sebanyak 48,077 kes penceraian.

Manakala portal Berita Harian, 2016 – Kebanyakan kes penceraian adalaha melibatkan usia perkahwinan 5 tahun ke bawah.
Bila kita kahwin terlampau muda ni dan tanpa ilmu pengurusan rumahtangga yang baik pasti akan membawa masalah yang akhirnya akan menuju kepada perceraian. antara faktor yang boleh dikenalpasti :
1. Masalah Kewangan

i. Perkahwinan ini memerlukan ilmu alam perkahwinan seperti menjaga anak, tahu tanggungjawab sebagai suami, tanggungjawab sebagai isteri, menguruskan kewangan dan lain-lain.

ii. Berkecendurungan untuk bergantung kepada ibu bapa @ mentua dalam soal kewangan.
iii. 20% pasangan Islam bercerai akibat masalah kewangan dalam usia 5 tahun perkahwinan.

iv. Pasangan muda akan memilih untuk bercerai selepas mereka tidak mampu untuk menyelesaikan krisis kewangan mereka dengan baik.
2. Kegagalan Memikul Tanggungjawab Sebagai Suami Isteri

i. Pasangan yang masih muda & kurang matang tak faham peranan dan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan mendalam.
Contoh : Suami gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga & isteri ingkar dengan perintah suami dan gagal melaksanankan tanggungjawab sebagai ibu dan suri rumah.

ii. Tidak memberi nafkah & sifat malas dalam diri.
3. Tiada Persefahaman

i. Isteri tak faham tugas suami. Suami pun tak memahami tugas isteri.
ii. Masalah komunikasi antara pasangan.
iii. Menggunakan bahasa kasar antara suami & isteri.
Sebagai mak bapak kepada anak-anak kita yang nak sangat kahwin diusia muda nih, kita perlu mainkan peranan Ibu Bapa dari sudut:

1. Melakukan Persediaan Bagi Anak-Anak

i. Memastikan anak dah matang dan dilengkapi dengan ilmu dan pengetahuan tentang alam perkahwinan.
ii. Memastikan anak sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

iii. Matang dari segi pemikiran dan tingkah laku.
2. Perhatian Selepas Berkahwin Bagi Mengelakkan Penceraian Pada Usia Muda

i. Memberikan perhatian yang sewajarnya kepada pasangan muda yang baru berkahwin meliputi segala aspek alam perkahwinan tanpa memasuk campur hal rumah tangga secara lansung.
ii. Memberi nasihat dalam pelbagai aspek seperti kewangan, persefahaman dan sbgnya.

Untuk adik-adik yang nak sangat kahwin muda kononnya dah bersedia nak galas tanggungjawab sebagai suami atau isteri ni, ni pesanan nak diberi supaya hangpa jangan buat loqlak nah,
Hangpa kena bersedia dari sudut;

1. Ekonomi

i. Ada pekerjaan dan pendapatan yang stabil bagi menampung perbelanjaan keluarga.

ii. Tahu cara perbelanjaan dalam keluarga yang bijak.

iii.Menguruskan kewangan dengan baik dengan bagi mengelak beban hutang yang banyak.
iv. Suami dan isteri bertolak ansur dalam mengurus kewangan bersama.

2. Emosi

i. Mempersiapkan diri dengan persediaan mental dan fizikal sebelum nak masuk ke alam perkahwinan.

ii. Kesihatan mental amat penting terutama dalam kehidupan berkeluarga.
iii. Sifat memahami dan bertolak ansur antara pasangan dalam kehidupan seharian.

iv. Berkomunikasi dengan baik.

v. Bersedia untuk membahagikan masa dan perhatian dengan bijak antara perkahwinan dan urusan lain seperti pembelajaran, pekerjaan, & keluarga.
Dari sudut pandang kami sebagai pengamal undang-undang dari Januari 2013 hingga Disember 2017 – 5,362 permohonan kebenaran nikah bawah umur (Islam) telah diluluskan yang mana,

Paling tinggi – 918 (Sarawak), 793 (Sabah), 793 (Kelantan)
Paling rendah – 86 (P.Pinang)
Antara faktor pasangan kahwin muda ni :

1. Kemiskinan – Menyangka boleh memberikan kehidupan yang lebih baik dari segi kewangan jika berkahwin dengan pasangan yang boleh memberi keperluan & kelengkapan.
2. Hamil luar nikah, terlanjur & melahirkan anak – Berkahwin bagi menutup aib diri & keluarga dan demi menjaga masa depan kanak-kanak yang telah terlanjur.
Sumber dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 5,362 permohonan di antara Januari 2013 hingga Disember 2017.

Walaubagaimanapun, terdapat penurunan jumlah permohonan di seluruh negara dalam tempoh sama iaitu dari 1,192 bagi 2013 kepada 877 permohonan pada 2017.
Alasan biasa pasangan muda nak nikah awai ni hat biasa kami dengaq:

1. Mengelakkan maksiat – Menyegerakan nikah agar tidak terus terlanjur. Tidak terlanjur, tidak mengandung anak luar nikah, tiada kes kahwin lari @ pembuangan bayi.

Nak elak maksiat tak semestinya kena kahwin,
2. Menjadi lebih bertanggungjawab – Lebih bermotivasi dan mempunyai dedikasi bagi menyara keluarga.

3. Ingin hidup berdikari bersama pasangan – Tak mahu menyusahkan ibu bapa

Point no 3 tu sepatutnya kalau tak mau susahkan ibu bapa eloknya sambung belajar dulu bagi habis.
Selebihnya tu terpulang pada mak pak kita nak mainkan peranan sewajarnya macam mana nak didik anak-anak dari terbiasa dengan trend kahwin muda zaman sekarang.

Kita bukan kat zaman atok nenek nak kahwin muda duit sekupang buleh beli aiskrim cornetto tau dak?
Korang jangan salah faham ye dengan thread ni,

Thread ni BUKAN mengajak korang untuk kecam pasangan kahwin muda TAPI nak ajak korang supaya berfikir dengan lebih matang SEBELUM berhajat nak berkahwin,

Once you entered the marriage life, everything will changes. 🙏🏻
You can follow @RafiCounsel.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.