Kelmarin saya tonton video Mufti Abdur Rahman tentang Saidina Abdul Rahman bin 'Auf r.anh.

Agak panjang juga kuliahnya. Daripada Saidina Abdul Rahman r.anh masuk islam, kisah penghijrahan dan harta2 yang dimiliki.

Korang tahu berapa dinar isteri2 beliau dapat hasil faraid?
Saidina Abdul Rahman bin 'Auf r.anh masuk islam hasil dakwah Saidina Abu Bakar r.anh.

Kalian tahu, dalam 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah swt, 5 daripadanya masuk Islam asbab dakwah Saidina Abu Bakar r.anh.

Masya-Allah.
Dalam peristiwa hijrah, setiap muhajirin (mereka yang berhijrah) akan dipasangkan dengan ansar (penduduk Madinah).

Betapa bijaknya baginda Nabi ﷺ, beliau pasangkan setiap orang tu berdasarkan orang yang berkongsi minat, mindset atau interest yang sama.
Disebabkan Saidina Abdul Rahman merupakan seorang businessman maka beliau dipairkan dengan Saidina Sa'ad Ibn Rabi'.

Saidina Sa'ad ni pun terkenal antara businessman yang berjaya di Madinah. Hartanya, kekayaannya serta minatnya memang sama level dengan Saidina Abdul Rahman r.anh
Lepas Rasulullah ﷺ pairkan tu, maka Saidina Saad pun bagitahu Saidina Abdul Rahman,

Aku akan bagi separuh daripada harta aku untuk kau.

Dan kalau kau mahu, bahkan isteri pun akan aku ceraikan untuk kau kahwini.
Statement kedua tu kata mufti, adalah untuk tunjukkan level kesanggupan sahabat ansar ini untuk entertain sahabat2 muhajirin.

Bayangkan kawan-kawan, kita sendiri tak mampu nak bersikap semacam ni, even pada ahli keluarga kita sendiri.
Katalah abang kita datang kepada kita kerana kesusahan yang dihadapi, sanggup tak kita nak bagi separuh daripada harta kita untuk dia?

Bantu memang kita akan bantu.

Tapi level para sahabat ni memang satu macam. Memang kita sukar untuk faham.
Setelah ditawarkan semua tu, Saidina Abdul Rahman tersenyum dan berkata,

Semoga Allah merahmati kamu, kekayaan kamu & ahli keluargamu.

Tunjukkan aku, dimanakah pasar.

Beliau tolak semua tawaran tu dan tanya dimana tempat untuk beliau mula berniaga.
Satu bentuk yakin yang sempurna kepada yang Maha Kaya.

Bayangkan kalau waktu kita susah, baru lepas bankrap, takde apa-apa, member kita offer separuh daripada harta dia untuk kita.

Dan kita tolak!

Sebab faham rezeki itu datangnya daripada Dia, bukan manusia.
Kemudian bila tiba di pasar, Saidina Abdul Rahman r.anh beli seekor unta dengan bayaran kredit.

Kemudian dijual unta tersebut dengan harga yang sama, yang diambil daripada unta tersebut cumalah talinya.
Jadi secara kasarnya, untung niaga beliau untuk setiap transaksi cumalah tali unta.

Kita pun confuse kan, apa yang Saidina Abdul Rahman cuba buat ni?

Setakat untung tali, mana boleh kaya!
Inilah yang menariknya strategi perniagaan beliau.

Tali unta ni sangat penting untuk kawal unta tu. Dan talinya (pada waktu tu) adalah limited dan jenis guna semula (bukan jenis pakai buang).

Apa yang terjadi adalah, Saidina Abdul Rahman sedang create satu demand tanpa sedar.
Bila semakin banyak unta yang dijual tanpa tali, maka demand untuk mendapatkan tali unta semakin bertambah.

Tali tu pulak ada pada siapa?

Saidina Abdul Rahman bin 'Auf.

Maka dikatakan pada waktu itu, beliau yang mengawal market tali unta ni.
Lepas control market tali unta, perlahan-lahan Saidina Abdul Rahman kembangkan bisnesnya dengan menjual unta.

Kemudian ke sektor hartanah, retail dan semakin membiak-biak.

Sehinggalah hartanya pun ikut membiak sama.
Ada satu ketika, Saidina Abdul Rahman jual sebidang tanah miliknya dengan harga 40,000 dinar.

Berapa banyak 1 dinar?

1 dinar = RM745 (anggaran tahun 2017)

Jadi 40,000 dinar = +-15,000,000!

Apa yang dia buat dengan duit tu?
1/3 beliau berikan kepada ahli keluarganya
1/3 beliau berikan kepada isteri Nabi ﷺ (ketika ini Nabi ﷺ telah wafat)
1/3 beliau berikan kepada orang miskin

Untuk diri sendiri?

Menurut mufti, Saidina Abdul Rahman kata,

I have enough already.
MasyaAllah.

Betapa hebatnya para sahabat ni kan, sampai nilai yang buat mata kita terbeliak nak terkeluar ni pun dia boleh infaqkan macam tu je.
Sebelum beliau meninggal dunia, Saidina Abdul rahman telah menginfaqkan:

50,000 dinar di jalan Allah.
400 dinar untuk setiap sahabat atau ahli keluarga para sahabat yang menyertai perang Badar.

Ni infaq yang dibuat ketika beliau masih lagi hidup bukan wasiat.
Bila meninggal dunia, Saidina Abdul Rahman bin Auf r.anh telah meninggalkan 3 isteri.

Pembahagian faraid untuk isteri ni 1/8 daripada harta. Maknanya, 3 orang isteri tersebut kena kongsi 1/8 tersebut.

Korang tahu berapa anggaran setiap isteri beliau dapat?

80,000 dinar
Gitulah kawan-kawan.

Terlampau banyak yang kita boleh belajar daripada kisah para sahabat ni. Bukan perkara2 akhirat saja, bahkan perkara2 dunia pun, ada yang kita boleh pelajari daripada mereka.

Sebab mereka juga manusia.
Mereka juga ada keperluan hidup sama seperti kita.

Bezanya, mereka tidak pernah meletakkan kehidupan dunia ini sebagai matlamat hidup mereka.

Dunia, harta atau apa saja yang mereka miliki, mereka sekadar meletakkannya ditangan.

Bila tiba saat untuk melepaskan, mereka lepaskan.
Semoga Allah beri kita kefahaman serta kecintaan kepada agama seperti apa yang diberi kepada para sahabat r.anhum.

Mari kita perbanyakkan lagi belajar dan baca kisah para sahabat sama-sama.

Follow @aslamisme. Saya tulis thread kisah para sahabat setiap hari jam +-9 malam.
Untuk rujukan, kalian boleh rujuk video kuliah Mufti Dr. Abdur Rahman disini:



Untuk kadar tukaran 1 dinar, saya rujuk paper research yang diterbitkan oleh UMK ini:

http://www.gjat.my/gjat062018/GJAT062018-7.pdf
You can follow @aslamisme.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.