Nak tahu tak, sebenarnya tajuk asal buku ini adalah "Kenapa Solat Kita Tidak Berkesan?". Tapi IMAN putuskan untuk tukar ke tajuk seperti yang telah dicetak.

Kenapa?
Pengalaman aku kerja di IMAN selama 8 bulan sebagai pelajar latihan industri dan kontrak, IMAN sentiasa pastikan mood yang disampaikan kepada pembaca bukan mood menghukum. Mereka mahu moodnya adalah mendidik dengan nilai (value).
Tajuk asal buku ini dilihat bersifat menghukum walaupun semasa awal perbincangan, ramai yang suka. Kenapa? Sebab tajuknya trigger kita (itulah fungsi tajuk buku). Terus kena dengan keadaan yang kita semua pernah rasa.
Kita rasa seperti solat kita tidak berkesan. Solat, tapi masih buat dosa. Solat, tapi masih buat benda yang salah. Sampai tahap kita akan merasakan solat ini tidak berfungsi dan tidak memberi makna apa-apa kepada kita.

Tapi...
Bagi IMAN dalam proses mendidik pembaca, yang betulnya adalah membina mood bersedia untuk dididik. Antara caranya adalah mewujudkan rasa selamat (mengambil pelajaran daripada kisah Luqman dan ayahnya). Begitulah yang ditonjolkan dalam penukaran tajuk buku ini.
Maka, tajuknya ditukar kepada Rehatkan Hati Dengan Solat. Ia lebih mendamaikan pembaca. Juga tepat dengan isi kandungan buku ini.
Buku ini hadir bukan mahu mengajar pembacanya tentang fekah - hukum dan tatacara solat. Tapi mahu kita melihat kembali bagaimana solat kita agar solat kita punya makna, dan nilai. Bukan sekadar mengisi masa di setiap kali azan berkumandang.
Agar ketika hati kita lelah, solat benar-benar memberikan kita kerehatan - kerana solat menghubungkan kita dengan Tuhan. Lalu ia akan terzahir kepada keperibadian.
Jika tidak? Mungkin ada yang tidak kena dengan solat kita. Moga buku ini menemukan apa masalahnya. Selamat membaca!
You can follow @usaidasmadi_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.