after battling for 9 days, finally kesemua 10,000 botol @sambalnyet telah di pos kepada customers semalam. Berdasarkan pengalaman minggu ni, ada beberapa kelemahan yang aku jumpa, and ini post mortem dari batch yang pertama:
1. bila stock up terlalu banyak, dan jualan sold out sekali gus, proses membungkus parcel menjadi terlampau jammed. Daripada sepuluh ribu terjual, ada org dpt parcel dalam masa sehari, ada org dpt hari ke 9. jadi customer experience tu dah tak balance utk semua customers
2. untuk hari pertama ke hari ketiga, proses jadi slow sbb team kami tak familiar sepenuhnya dengan sistem shopee. Ada waybill yang tak print, and yang tersalah print. Jadi proses utk identify mistake tu ambil masa lama, and buat kesemua parcel jadi delay
3. Dari segi bungkusan, alhamdulillah ok. Daripada 10k botol, so far hanya ada 1 yang pecah & 2-3 botol yg leak. Tapi kami dah ganti kesemuanya. Cuma proses balut ni yg ambil masa lama sbb every parcel kena balut dgn rapi. kalau blh bila org baling kat dinding pun takkan pecah
4. we need machines. proses memasak sambal wajib manual sbb nak make sure sambal ada rasa home made and betul2 pecah minyak. cuma ada part yg sebaiknya automate guna machine mcm bottling, labelling, etc utk jimatkan lagi masa
5. warehouse capacity menjadi kecik bila simpan stock terlalu banyak. movement keluar masuk brg jd jammed sbb x banyak sgt empty space utk work around. so next time kita buat first in first out, at higher frequency
6. ada banyak org cuba buat unauthorised reselling, and menyebabkan confusion sbb orang ingat itu adalah wakil dari HQ. Usually diaorg buka order through whatsapp or shopee, tapi stock tak ada kat tangan. so kesian kat customers yg tak tahu mana perginya duit tu
7. so daripada semua experience ni, i have come out with a new system utk memudahkan proses restocking and parcel movement. bermula isnin ni, sambal akan direstock SETIAP HARI (kecuali sabtu), pada pukul 10am. Quantity sebanyak 800-1,000 botol sehari. Same day postage
8. dengan cara ni, semua customers akan dpt sambal dengan laju, warehouse tak perlu simpan stock banyak2 and customers ada flexibility utk beli bila2 diaorg free. katakanlah customer ada meeting/exam on monday, takpe tuesday blh beli lagi at 10am
9. by doing this, i hope every customer akan rasa customer experience yang sama dgn customer lain. Hari ni order, hari ni post, esok or lusa dpt parcel, and parcel dlm keadaan selamat sbb wrapping dh secure
10. My priority adalah untuk jaga kualiti product dan juga customer experience. Dua benda ni paling penting yang aku belajar selama handle logistics sebelum ni
11. sekarang dh mula ada rating di shopee. Alhamdulillah daripada 3191 rating yang dh diterima so far, 98% beri 5 star. Ini breakdown as of today:
5⭐️ : 3,133
4⭐️ : 42
3⭐️ : 14
2⭐️ : 1
1 ⭐️ : 1
12. i understand ada yg frust sbb stock asyik tak available and tak cukup utk penuhi demand. however, i have to limit the volume demi menjaga kualiti sambal dan juga kebajikan staff, especially during pkp ni 🙏🏻
13. I still have a long way to go and i will do better to improve my business. Yes i’m using my platform to sell products. but i will not take it for granted. i want to make sure business ni boleh pergi jauh
14. akhir sekali, harap maaf 10 jari disusun kalau2 ada yg dah beli and rasa tak puas hati dengan pembelian tu. Please let me know your feedback and i will be more than happy to improve further. Thank you so much guys 🙏🏻🙏🏻
Sambal Nyet hanya di jual di Shopee “khairulamingbrand”. Link untuk pembelian : https://bit.ly/35dm6rm 
You can follow @khairulaming.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.