I know there are still more questions regarding my quarantine in MAEPS and Covid-19 in general. So I opened a Q&A sticker on my ig. Answers are based on my experience and point of view. Here are some of it that worth to share. Hope this helps.
Apa tanda2 awal Covid? If korang bergejala dan start tunjuk simptom, cuba dapatkan rawatan and swab test secepat mungkin. Boleh refer link ni untuk dapatkan maklumat lebih lanjut pasal fee and list of clinic and hospital yang ada buat swab test berbayar.
http://covid-19.moh.gov.my
http://covid-19.moh.gov.my
Baju kotor camne? Boleh basuh baju ke? Ade washing machine tak? Ade tempat sidai tak? Boleh cuci guna tangan and ade tempat sidai. Or pakai baju pink polkadot. Stylo tapi memang nampak selesa la! Bila lagi nak rase kan?

Ada jugak orang tanya pasal katil double decker and katil askar tu. Ini pandangan saya. Tapi tak silap dalam salah satu hall perempuan pun ade double decker. But I think it is based on availability la. Hope my view make sense~

Ada baby tak dalam MAEPS? Budak-budak? Orang tua? Hope saya menjawab soalan. This is based on my observation.
Lepas dapat tau positive, ambulance ade call tak before datang pick up? Ini berdasarkan pengalaman saya. Mungkin lain orang lain cara dia. Ade cepat ade lambat. It is all depends on ambulance punya availability.
Ape simptom-simptom Covid-19? Rawatan ape yang diorang bagi? Apa infection stages? Ni semua berdasarkan pemahaman saya.

Boleh tak saya kuarantin kat rumah? Saya pun fikir benda yang sama aritu. Tapi bila dah pergi sana, baru saya faham.
Packing tips dan barang yang disediakan oleh pihak PKRC. Bawak la yang penting korang selesa. Sentiasa jaga barang sendiri.

Ramai yang fikir dalam tu ade routine atau jadual yang kena ikut. Hahaha. Takde guys. Buat la ape boleh buat dalam tu.
Korang nampak semua yang happy kat socmed. Tapi ape yang kami rasa dan lalui, takkan nak tunjuk kesedihan kat semua orang kan? Kena positive untuk hadapi dugaan ni.
Best tak kat sana? Sebab semua orang nampak cam enjoy tapi there is a price to pay. So kalau korang sihat and not infected, stay away from the virus! Hargai kesihatan yang korang ade.
Sakit tak kena covid ni? Gila tak sakit. Saya yang tahap 1 ni pun boleh rase sakit. Itu baru sikit. Imagine yang tahap lagi tinggi camne. Jangan main-main guys.
Discharge procedure. Kitorang bukan hari-hari kena swab test. Kitorang lepas discharged, masih boleh dijangkiti balik. So still kena jaga SOP and jaga diri.
Supplement yang elok diambil. Kita tak boleh cegah dengan sebarang supplement. Kite boleh speed up recovery and jaga diri and SOP untuk pastikan kita tak dijangkiti.
Apa maksud kontak rapat? Tak semestinya kau nampak orang tu dalam office, kau dikire kontak rapat. Hanya kontak rapat je kena buat swab test. Jenis-jenis swab test pun saya letak sekali.