Kalau duit ngam-ngam tinggal RM 5k sahaja, jangan beli emas dulu. Ramai cakap beli emas untung, tapi itu kalau kau niat nak jual emas tu balik 10-20 tahun lagi. Kalau duit kau cukup-cukup makan, lepastu beli emas dengan harapan nak jual balik next week, dapat untung, silap besar
Contoh :
Kau beli emas hari ni, nilainya RM 250/gram. Katalah kau beli gelang 10gram. So total RM 2500 (katalah takde nilai upah). Cuba kau jual balik next week. Tak payah tunggu next week, esoknya dah cukup. Kau dapat balik tak RM 2500 kau paling cikai ?
Kau beli emas hari ni, nilainya RM 250/gram. Katalah kau beli gelang 10gram. So total RM 2500 (katalah takde nilai upah). Cuba kau jual balik next week. Tak payah tunggu next week, esoknya dah cukup. Kau dapat balik tak RM 2500 kau paling cikai ?
Orang yg cakap boleh untung beli dan simpan emas ni org yg memang banyak duit. Dia beli emas dalam keadaan tak terdesak pun. Which kalau dia beli emas hari ni pun, kalau dia simpan 10 tahun lagi pun, dia tak kebulur. Tapi kalau kau duit cukup makan, jgn ambil risiko.
Aku tanya mak aku, memang u tung ke simpan emas. Memang untung kalau beza harga emas besar. Kalau tak percaya, cuba kau tanya harga loket, gelang, subang, cincin yg parents or tok nenek korg bagi hadiah zaman kecik-kecik, zaman 80/90-an kat kedai emas sekarang.
Mungkin dulu dorang beli loket emas bentuk seposen ada logo bunga raya + rantai tu tak sampai RM 300 pun waktu tahun 80-an. Cuba pergi kedai emas dan tanya harga jual balik sekarang. Mungkin boleh cecah RM 700-800. Berapa tahun tingkah tu baru dapat untung.
Aku cerita ni bagi golongan marhaen mcm kita yg berniat nak beli emas untuk dapat untung. Bukan golongan profesional melabur. Kalau fikir beli emas harini, bulan depan jual dapat untung, kau fikirlah banyak-banyak kali especially kalau simpanan kau cukup-cukup makan.
Ini kisah benar tau.Taknak nanti kau dapat duit sikit, terus beli emas padahal duit tu mmg ngam-ngam untuk survive 2-3 bulan. Kau pergi beli emas. Simpanan kau maybe RM 5k, kau spend RM 3k beli gelang. Bila terdesak bulan depannya, jual bulan depan. Berapa agaknya kau dapat ?
Kalau betul niat nak simpan dan labur for long term, baik kau beli dalam bentuk bukan barang kemas untuk dipakai. Memang mahal sikit sebab dia bukan 916 tapi 999. Tapi kena ingat, barang kemas 916 kita pakai. Nanti waktu nak jual, susut lebih banyak dari 999.
Kalau kau biasa dgn barang kemas, kau mesti tahu yg bila nak jual balik for cash or trade in, org kedai either bersihkan dulu or bakar untuk buang kotor, wear and tear semua sbb kita dah pakai barang kemas tu. Berat akan susut punya dari timbangan beli yg asal.
Kalau emas dalam bentuk gold bar 5/10/50/100 gram tu, kau mmg confirm tak pakai sehari-harilah gold bar tu. Kecuali kau rapper internasyional, head to toe kena pakai emas. Tiberrr. So kau beli berat macam tu, jual balik pun berat cenggitu. Harga jual tinggi sikit compared dgn 916
Dalam masa yg mendesak ni, fikir masak-masak. Pelaburan yg mcm mana boleh bagi pulangan yg nyata, realistik dan efektif. Adakah beli emas, simpan dulu duit, melabur, mula business kecil-kecil atau apa-apa kaedah lain yg lebih berbaloi. Setiap sen penting, saat saat macam ni tau.
Aku bukanlah ahli labur melabur ni. Aku dapat input sikit-sikit pun dari org kedai emas, baca sikit-sikit and tanya pendapat kawan yg lebih mahir. Ada sebab kenapa org banyak emas, kita panggil orang kaya. Dan bila kata kaya, maksudnya dia tiada masalah untuk isi perut.
Ini bukan nasihat profesional ya. Sekadar sembang-sembang mesyuarat tingkap. Kalau kau nak beli, ikut suka. Janji kau dah ada backup plan yg cantik untuk at least 6 bulan - 12 bulan akan datang. Jgn jadi hamba emas. Hamba perut dan tembolok sendiri takpe sebab makan tu penting.