Orang yang tinggi anxiety biasanya akan cepat takut, tak selesa dan resah gelisah jika benda yang berlaku tidak seperti yang dijangkakan.

Ini mungkin menyebabkan mereka cepat marah atau jadi "control freak."

Dia akan cuba kawal orang sekitarnya supaya buat ikut cara dia.
Contohnya, ada orang tinggi anxiety bila naik kereta laju2.

Bila dia jadi co-driver, dia akan jadi sangat sensitif dan waspada dengan cara pemanduan pemandu sehingga dia sentiasa suruh brek, perlahankan kenderaan, berhati2 dengan sekeliling sehingga pemandu tidak selesa.
Ada orang tinggi anxiety bila naik kapal terbang, berada di tempat tinggi, tempat gelap, tempat tertutup, atau jumpa doktor di hospital, jadi ketua projek & kerja tak ikut cara yang dia harapkan.
Dalam fikirannya, semua benda perlu ikut seperti mana dalam imaginasinya supaya dia dapat kurangkan anxiety.

Jika tidak, mungkin perkara buruk akan berlaku.

Contohnya kemalangan, kapal terbang jatuh, kena marah dengan pensyarah, gred jatuh - bergantung kepada situasi.
Bagi orang sekeliling, mereka akan lihat orang ini sebagai seorang yang cepat marah, "king atau queen control" dan "annoying."

Ada sahaja yang tak kena yang boleh cetuskan anxiety mereka.

Sebenarnya mereka bukan saja2 begitu, deep down mereka sangat tinggi anxiety.
Anxiety ini yang menjadikan mereka bertingkah laku seperti itu.

Sekiranya tidak ditangani dengan baik, situasi ini boleh mencetuskan konflik, salah faham & pergaduhan.
Juga boleh mengganggu kefungsian individu yang ada anxiety tersebut.

Secara umumnya, orang yang ada anxiety tinggi perlu cuba untuk tanganinya dengan "coping skills" & dapatkan bantuan profesional, manakala orang sekitarnya perlu ada empati yang tinggi.
Kisah ini hanya utk memberi gambaran bahawa orang yang cepat marah atau "control freak" mungkin ada underlying anxiety.

Tidak boleh digeneralisasi kepada semua orang dan situasi.
Penting juga untuk faham:

Tak semua orang yang ada anxiety, ada anxiety disorder.

Ada ciri2 anxiety tak semestinya anxiety disorder.

Bergantung kepada kekerapan, tahap severity, sejauh mana mengganggu kefungsian harian & banyak lagi faktor lain.
You can follow @akif_basri.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.