Hari ini kita telah digemparkan dgn kematian 2 pelajar universiti.

Kawan, aku taktahu apa yg korang lalui tapi aku just nak korang tahu yg dunia ni sebenarnya indah.

Pasangan yg baik itu wujud, masa depan yg cerah itu wujud. Cuma masanya je belum tiba. Tolong lah sabar 🙏🏻😔
Korang kena ingat yg bila Allah tarik sesuatu dari kita, tu maksudnya tangan kita dh terlalu penuh utk terima hadiah yg lebih besar dari Dia

Boleh jadi kau suka seseorg tu, tapi dia bukan yg terbaik utk kau. Allah tu Maha Mengetahui, Dia sebaik2 perancang. Dia tahu apa akan jadi
Mungkin dia lelaki abusive bila lepas kahwin nanti? Or mungkin dia perempuan yg kuat curang lepas kahwin nanti?

Kau patut bersyukur Allah selamatkan kau sekarang sebelum semuanya terjadi di masa hadapan. Believe me kau sabar je nanti dia gantikan dgn someone yg far more better
As for studies and future, jangan terlampau risau dgn diploma/degree korang yg cacamarba tu. Tenang je.

Tak mati pun kalau grade tak cantik. Rezeki tu ada dimana mana. Education penting tapi ramai je yg kaya raya walau xde education tinggi.

Penting lagi personaliti sebenarnya
Kau ada qualification sebagus mana pun, kalau kau takde common sense dan work ethics yg bagus, kau tak kemana.

Aku faham online class memang susah gila. Tapi serious semua orang rasa benda yg sama. Bukan kau je kena pkp so takyah la semangat nk score dekan, lulus pun cukup.
Khairulaming tu ha belajar tinggi tinggi last last tak kerja dalam bidang dia belajar pun? Sabar. Trust the process.

Rezeki tu Allah yg pegang. Dia Maha Adil. Ignore je la mak ayah korang yg paksa korang utk score tu, diorg mmg nk yg terbaik je tapi diorang takkan faham kita.
Cinta (jodoh) dan masa depan (rezeki) adalah dua benda yg orang sangat risaukan, rasa mcm kalau tak dapat secepat mungkin tu terus penghujung dunia dah.

Tak bro sis ku, ajal, jodoh dan rezeki kan hanya Allah yg tahu? Dia akan bagi bila masanya dh tiba
Tak semestinya orang yg kahwin awal dan kaya awal ni bahagia.

Rezeki dia tang tu ye la awal tapi dari segi lain mungkin lambat lagi.

Mungkin dia kahwin awal tapi takde saving or anak lagi?

Mungkin dia kaya awal tapi sebenarnya dia tak sihat ada penyakit yg kita taknampak?
Masing masing ada part masing masing kawan.

Semua orang tak bahagia kat dunia ni. Masing masing pakai topeng belaka kat social media ni. Semua ada ujian tersendiri. Semua rasa nk bunuh diri.

Tapi semua juga masih menunggu dan berharap hari kita bahagia sebenar²nya akan tiba 🥺
Mungkin tak kat dunia kat syurga 😔

Sabar je lah kawan, jangan bunuh diri lagi. Sayang nyawa tu.

Banyak lagi benda kau boleh buat kat dunia ni yg kau belum cuba.

Banyak lagi cuaca yg kau kulit kau tak sentuh.

Banyak lagi makanan yg lidah kau tak rasa.
Banyak lagi kecantikan dunia yg mata kau tak tengok.

Banyak lagi pengalaman yg kau kaki tangan kau tak buat.

Banyak lagi. Dunia ni indah. Tapi kena tengok dgn mata lebah lah. Kalau tengok dgn mata lalat memang yg nampak sampah aje.

Sabar ok? Jgn mcmni kawan. Kau boleh!
Kalau rasa kat Malaysia dah stuck sangat, merantau lah. Dunia ni luas.

Mungkin jodoh kau bukan kat sini tapi kat London kahwin dgn anak raja mcm Kate Middleton?

Mungkin rezeki kau bukan kat sini tapi penjual nasi lemak berjaya di Dubai mcm kak @OwToTheZie ?

Siapa tahu 🤣
Allow to me use this opportunity to selit my small business. 🙏🏻

Boleh lah belikan kpd yg tersayang, show to them that they’re important to you 🥰 https://twitter.com/muzzashark/status/1246827440627834881
I hope yall feel better now ✨ Thanks for reading & retweeting my thread

Bookmark la eh, kalau sedih sedih baca la. Setakat ni je aku mampu tolong nak tolong duit tak mampu

You might wanna read these too if these aren’t enough. Hope it helps you to survive incoming days better.
How to stay happy: https://twitter.com/muzzashark/status/1201559491486990336
How to comfort a sad man: https://twitter.com/muzzashark/status/1215063725473841152
How to fight depression: https://twitter.com/muzzashark/status/1214664890108936192
Yea setakat ni tu je aku boleh recall sharing aku, usha la pinned tweet tu kalau bosan bosan nk baca thread topik lain.

Till next time guys! feel free to follow me for more things liddis hehe tq! nice to meet a strong human like u!

Semoga Malaysia bebas COVID! Aque dh penadt
You can follow @muzzashark.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.