Here is a thread of Q&A on my Instagram about my quarantine experience in MAEPS, Serdang starting from 7th January 2021. Hope to spread some positivity and show the real situation.
The condition inside the centre. Menakutkan ke? Tak pun. Selesa and bersih. Tengok la sendiri. Yang gantung2 kain putih kat katil tu sebab lampu on 24 jam. So silau. Haha
Basic necessity; Toilet. Ada 6 toilets in total dalam hall ni. Setiap toilet ada around 4-6 cubicles. So far tak pernah lagi beratur or tunggu untuk masuk.
Condition inside one of the toilet cubicle. Clean and well maintained. Selesa nak buat business and mandi. Jangan la expect cam tandas kat hotel.
Food! Served 3 times daily and so far the taste is not bad. Sedap!😋
How they served the food? Food will be sent to each bed. We help each other. Because we are in this together. Ramai yang tolong petugas untuk agihkan makanan.
Kenapa katil kat MAEPS rapat2? Boleh ke share facilities yang sama? Haaa. Saya jelaskan based on apa yang diorang bagitau. Kalau ada doktor atau yang lebih arif nak add on, silakan. Harap korang faham.
Duk sekali dengan foreigner ke? Kenapa diorang asingkan foreigner dengan local? Haaa. Ini based on pemahaman saya kenapa perlu diasingkan.
Nurse yang buat announcement ni sangat sempoi dan suntik sedikit keceriaan dalam dewan. Lawak giler. Syima patut dinaikkan pangkat!
Panas ke dalam dewan tu? Sejuk sampai boleh beku. Hahaha. Selesa serious.
Kipas ke aircond? Tak seperti yang orang gambarkan. Kat sini pakai aircond on 24 jam. Sejuk and selesa. Sakai jap tengok aircond dia ni. Haha
Bila orang baru admitted, pintu ni akan dibuka dan sound effect mantap. Macam dalam movie. Saya panggil ni pintu Maze Runner. Sorakan tu untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya diorang tak rasa takut. What a spirit in here.
Nak charge phone camne? Ada guys charging station all around this hall. So far takde kes lagi and I hope memang takde la. Alhamdulillah.
Solat macam mane? Solat berjemaah setiap waktu. Ada 2 ruang solat disediakan. Azan pun berkemundang dalam dewan. Dah lama tak nampak jemaah camni~😢
Announcement kat sini memang cracked la. Hahaha. Petugas pun melayan haa. Ceria betul keadaan. 🤣😂🤣😂
Layanan frontliners teruk? Ubat dapat lambat? Nurse siap hantar ubat kat bed patient lagi so patient tak menipu tak makan ubat. Boleh bergurau lagi. Sayang kakak nurse! 😘
As requested, ramai nak tengok full scene Pintu Maze Runner kan. Ni waktu member-member nak discharged. Happy je masing-masing nak balik. 🥲
I love the spirit in here. Really. Rather than complain tempat kotor, better pick that broom and start cleaning. Sama-sama tolong petugas. Ada jugak aktiviti. Keluar jugak peluh. 😁
Discharged from MAEPS Quarantine Centre on 7th January 2021! Yang penting dah negative Covid-19. Alhamdulillah. Afifie Chan Katil C-27 signed off~😉
*Discharged on 13th Jan 2021. Not 7th 😅
You can follow @AfifieChan.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.