"Capitol Protest, the Trump supporters madness"

Mungkin ada yang keliru dengan 3 tempat ini, Whitehouse, The Pentagon dan Capitol, dari sudut peranan dan fungsi nya, jangan tersalah, apa yang berlaku di US baru2 ini adalah di Capitol. dun worry jangan pening2

Ini adalah thread
Sebelum tu, saja untuk general knowledge, biasanya negara2 modern nation state era liberal democracy ni akan practice seperation of power, ringkasnya

1. Executive (Kementerian)
2. Legislative (pengubal undang undang)
3. Judiciary (Kehakiman)
kenapa nak asing kan kuasa? supaya ada semak imbang,
kalau kuasa tertumpu kepada satu orang, atau satu instituisi, ada kecendurangan berlaku ketidak adilan dan salah guna kuasa

bak kata John Dalberg
"Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely."

okay sambung
1. Whitehouse

Secara ringkas nya whitehouse ini adalah pejabat executive. Trump as a head of executive dan juga president akan duduk di whitehouse untuk buat kerja2 president dia. Tempat ni lah yang dia degil tak nak lepas ke Biden. Kalau Malaysia kita ada Putrajaya, sama.
2. The Pentagon

The Pentagon pulak biasa kita nampak dalam filem perang kan, kenapa? sebab The Pentagon adalah pejabat untuk United States Department of Defense atau mudah nya menteri pertahanan lah kalau di Malaysia beroperasi. Kenapa asing daripada whitehouse?
sebab Military di US ni sangat besar peranan nya, national defense adalah perkara yang sangat penting untuk negara "superpower" mcm US. Di USDOD sahaja ada 2.8 juta employees termasuk navy, army, airforce dan kakitangan2 lain, sangat ramai. Jadi perlukan headquarters khusus.
3. The Capitol

The Capitol pula tempat Legislative, atau law makers bersidang. Parliament mudahnya. Kalau di US mereka ada United State Congress. US Congress practice bicameral system. apa tu?
Bicameral system adalah sistem dua house, ada lower house (house of representative) dan upper house (senate). Macam di Malaysia pun kita practice bicameral system, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tak semua negara practice system ni, ada yang practice unicameral, satu house sahaja.
Jadi kenapa penyokong Trump ni protes di Capitol?

secara mudahnya, Congress perlu sahkan keputusan election US november lalu, dan declare Biden sebagai next president. Dan sewaktu hari kejadian, adalah waktu senate bersidang untuk fasa terakhir pengumuman. So thats why.
itu sahaja, harap membantu mencerahkan mana mana yang tak clear. jemput rt dan kongsikan. #celikpolitik
You can follow @HuzaylMohd.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.