Q: Ada tips untuk elakkan "Muscle Loss" tak masa "Loss Weight?"

A: [Simple Thread ⬇️]
Okay, konsep Loss Weight adalah mudah. Selalunya, kita akan dapat capai loss weight apabila kita dapat stick dengan diet tersebut, maksudnya kita enjoy the progress. (Of course wajib deficit)
Korang punya total calories intake sehari mestilah kurang daripada TDEE korang. TDEE is your Total Daily Energy Expenditure.

Dalam TDEE ni juga ada beberapa faktor yang mempengaruhinya:

1) BMR
2) TEF
3) NEAT
4) Exercise
Nampak complicated kan, saya simplekan.

Calories In < Calories Out

Faham?

Problem nya di sini apabila terlalu ramai orang melakukan diet yang sangat extreme.
No pain no gain katanya. Bro dan Sis sekalian. Segala benda yang kita buat mestilah pada kadar moderation. Okay?

Sama lah juga dengan makanan sihat. Makanan sihat juga boleh menjadi Poison pada badan kita bila diambil secara berlebihan.

Kita stay moderate je, okay?
Usually, untuk deficit kita maybe akan cut dalam 500 kcal sahaja max based on TDEE. Tapi, ni ada yang sampai cut 1000 kcal, and even ada yang tak makan langsung.

Benda ni bukan sahaja susah untuk dilakukan, malah lebih sia sia pada anda. Takpe kalau tak setuju, ni my POV.
Kenapa saya cakap macamtu? Banyangkan cut gila gila. Korang yakin yang korang tak lack any macro and micro nutrients?

Sebab ni lah jadikan body kita pada catabolic state kalau orang sains panggil. Senang cerita, ha body makan otot korang sekali.
Target nak loss fat sahaja, end up skinny fat sebab selalu dalam state ni. Tak ke rugi tu. Susah nak buang tepi tu.

Jadi, apa yang patur kita buat untuk kekalkan muscle lean tapi losing weight?

Senang je, take a baby step.
Body kita ni tak suka hidup secara nomad. Kita kena slow slow bagi body adapt dengan new intake, sebelum go down lagi. Mayne you can just cut 200 kcal sahaja dahulu daripada your TDEE.

SABAR! Memang slow pace dia, lagipun nak gemuk pun ambil masa kan? Sama lah nak kurus.
Summary: Bila kita cakap Weight Loss, it could be from out bone or muscle juga. Usually muscle lah affected sekali.

Jadi, do resistance training dan cardio dalam 1 session, stay deficit tetapi not too extreme. 200-500 kcal deficit should be okay.

Paling penting, be patient.
You can follow @aimanalif00.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.